Isu curi air oleh syarikat Alliance Steel yang beroperasi di Taman Industri Kuantan Malaysia-China (MCKIP) dekat Gebeng di sini sebenarnya tidak benar, sebaliknya hanyalah disebabkan kekeliruan dan salah faham antara pihak yang terbabit.
Jurucakap Syarikat Alliance Steel (M) Sdn Bhd, Jason Ng Kau berkata, isu sebelum ini timbul hanya disebabkan kekeliruan dan salah faham terhadap perjanjian antara Suruhanjaya Perkhidmatan Air Malaysia (SPAN) dan pihak syarikat.
"Namun isu ini sudah selesai setelah pihak kami mendapat penerangan daripada pihak SPAN dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP). Masalah ini sebenarnya berpunca daripada kekeliruan antara pihak kami dan kerajaan negeri sebelum ini.
"Saya akui mereka (SPAN) ada datang ke sini (MCKIP) pertengahan Mac lalu. Pada ketika itu, kita ada masalah bekalan air sebab saiz paip yang perlu dipasang adalah 600 milimeter (mm), sedangkan saiz paip yang ada ketika itu hanyalah 300 mm sahaja.
"Jadi kami perlu tempah paip yang disyaratkan oleh SPAN dari Jerman dan kita harap ia dapat sampai tidak lama lagi,” katanya ketika sidang media di Hotel Rocana, di sini, hari ini.
Yang hadir sama, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah, ADUN Teruntum, Sim Chon Siang dan ADUN Semambu, Lee Chean Chung.
Astro AWANI sebelum ini pernah melaporkan mengenai sebuah kilang asing yang terletak di dalam MCKIP yang dikesan mencuri air buat kali kedua selepas tidak sampai seminggu kerja pemotongan dan penyitaan dilakukan oleh SPAN.
Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna, Bahagian Pengurusan Korporat SPAN, Mohd Fazil Ismail berkata, pihaknya yang membuat pemeriksaan mendapati kilang berkenaan membuat sekali lagi penyambungan paip secara haram.
Sementara itu, Jason berkata, pihaknya sudah menerima surat rasmi mengenai perkara terbabit daripada pihak SPAN dan mereka sudah membenarkan penggunaan paip sedia ada.
“Pihak SPAN juga telah beri masa dua bulan kepada untuk memasang paip 600mm bagi tujuan penyaluran bekalan air ke kawasan operasi kami," katanya.
Menyentuh mengenai kegagalan Alliance Steel membayar bil air dan pampasan kepada SPAN, Jason berkata, perkara itu sudah diselesaikan hujung minggu lalu.
"Kami sudah bayar bil berjumlah RM513,474.70 pada 18 Mei lalu dan sehari sebelum itu, Alliance Steel juga melangsaikan 10 peratus waiver ditetapkan SPAN berjumlah RM610,560.
"Kami tidak pernah berniat untuk melanggar apa juga peraturan dan undang-undang di negara ini, kami juga memberikan kerjasama baik kepada semua pihak, sepanjang proses membabitkan SPAN dan PAIP sejak awal tahun ini dan sehinggalah isu ini selesai," katanya.
Noraniza Kamsani
Mon May 28 2018

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (kanan) memberi penjelasan berhubung salah faham diantara pihak berkaitan dalam isu kecurian air. - Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Isu kecurian air tidak benar, hanya salah faham
Terjadi kekeliruan dan salah faham terhadap perjanjian antara Suruhanjaya Perkhidmatan Air Malaysia (SPAN) dan pihak syarikat.