PUTRAJAYA: Isu kekurangan jururawat di hospital di negara ini sedang ditangani dalam usaha memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Berucap merasmikan sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2022 di sini hari ini, beliau mengakui menerima banyak aduan berhubung kekurangan jururawat di hospital-hospital.
Menurutnya, dalam lawatannya ke Hospital Tunku Azizah (HTA) minggu lepas iaitu hospital moden dan canggih yang dibina untuk ibu dan anak di Kuala Lumpur didapati ia tidak dapat memaksimumkan perkhidmatan kerana tidak cukup jururawat.
"Jadi kita telah cepatkan kelulusan jururawat untuk dihantar ke HTA dan usahakan untuk hantar ke hospital lain juga," katanya.
Sementara itu, Khairy berkata beliau akan cuba menyelesaikan isu jururawat berstatus kontrak dan perjawatan mereka.
"Ketika ini, terdapat kira-kira 3,469 jururawat berstatus kontrak... saya akan usaha bantu isu ini sedaya upaya dan berharap jururawat akan terus berikan perkhidmatan cemerlang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 12 2022

Khairy berkata beliau akan cuba menyelesaikan isu jururawat berstatus kontrak dan perjawatan mereka. - Gambar fail

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Kekurangan jururawat diunjur hampir 60 peratus 2030 - Dr Dzulkefly
Kerjasama sektor awam dan swasta dapat bantu atasi kekurangan petugas kejururawatan di Malaysia yang diperlukan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan.

Isu kekurangan jururawat sedang ditangani - Khairy
Isu kekurangan jururawat di hospital di negara ini sedang ditangani dalam usaha memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat.