Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, kesal dengan sikap Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dalam isu 35 keluarga terlepas peluang mendapat rumah baharu di Kerinchi.
Beliau (Nurul Izzah) kini bukan sekadar 'cuci tangan' terhadap nasib penduduk yang menentang Projek Residensi Kerinchi, malah kini menyalahkan tindakan mereka berbuat demikian, katanya.
Tengku Sariffuddin berkata anggota parlimen itu juga tidak bersimpati terhadap mereka yang terkesan dengan hasutannya sebelum ini.
"Tidak ada sepatah perkataan pun yang tertulis memberi jalan penyelesaian, tidak ada secoret pun simpati kepada mereka yang terkesan hasil tindakan beliau, jauh sekali mengakui kesilapan yang telah beliau lakukan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Projek Residensi Kerinchi yang menempatkan 472 isi rumah dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin lepas.
Bagaimanapun 35 keluarga (penduduk Flat Empat Tingkat Kampung Kerinchi itu) tidak menandatangani perjanjian projek berkenaan sebelum ini.
Najib ketika berucap pada majlis perasmian residensi itu melahirkan rasa musykilnya terhadap tindakan Nurul Izzah yang dilihat cuba menggagalkan projek itu sebelum ini.
"Akhirnya mangsa 35 keluarga mengikut hasutannya (Nurul Izzah). Dan sekarang mereka menyesal kerana tidak dapat rumah baharu," kata perdana menteri.
Perdana menteri ketika berucap pada majlis perasmian itu berkata penduduk yang menerima baik projek kerajaan itu kini mampu tinggal di pangsapuri berkeluasan 900 kaki persegi yang kondusif dengan dilengkapi kolam renang, surau, taman permainan dan sebagainya tanpa sebarang bayaran berdasarkan konsep 'trade-off' (tukar ganti).
Residensi Kerinchi menempatkan 472 unit apartmen dibangunkan di kawasan lebih 2.8 hektar atas tapak bekas Flat Empat Tingkat, Kampung Kerinchi itu, yang diruntuhkan.
Nurul Izzah ketika membalas komen Najib, sebaliknya dilaporkan menggesa perdana menteri supaya menghormati hak penduduk dan memberhentikan kenyataan berbaur 'fitnah' serta tidak menyakiti hati mereka.
"Realitinya, beliau adalah penghasut. Bertahun lamanya beliau menentang kerajaan dan menghasut rakyat membantah projek yang hanya akan bawa kebaikan kepada mereka," Tengku Sariffuddin. -- Bernama
Bernama
Wed Mar 01 2017

Projek Residensi Kerinchi yang menempatkan 472 isi rumah dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin lepas. - Foto Bernama

ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!
Laungan nama 'TMJ' turut bergema di SSI selepas juara liga super 10 kali berturut-turut itu melakar kemenangan bergaya.

Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok
Pihak berkuasa kini sedang melakukan siasatan lanjut ke atas Onal dan beberapa saksi di lokasi kejadian.

Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir
Sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan D'Sury, Jelebu pada 3 pagi tadi bagi menempatkan 51 mangsa terjejas akibat banjir kilat.

Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican
Pemimpin tertinggi Gereja Katolik Sedunia itu alami pneumonia dia kedua-dua paru-parunya dan keadaannya kekal "kompleks." kata pentadbiran Vatican.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia
Allahyarham Zakaria yang berusia 73 tahun meninggal dunia akibat stroke di Hospital Slim River, Perak, sekitar pukul 2.30 pagi tadi.
Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menangguhkan lawatannya ke Arab Saudi bagi mengelakkan sebarang legitimasi terhadap mesyuarat antara pegawai Amerika Syarikat dan Rusia di Riyadh pada Selasa.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.

Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden
Protes besar-besaran itu dibuat ketika cuti umum Hari Presiden yang disambut pada hari Isnin ketiga dalam bulan Februari setiap tahun.
PGA tumpaskan sindiket dadah, temui 393 pil yaba di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dalam op taring wawasan Kelantan selepas menyerbu sebuah rumah di Pulau Belanga, Kota Bharu pada Isnin.
Wanita warga Belanda cedera ketika mendaki gunung jasar
Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa dalam kenyataan pada Selasa berkata, mangsa berusia 51 tahun yang mendaki secara berkumpulan itu mengalami kecederaan pada bahagian lutut.

Isu Kerinchi: Tengku Sariffuddin anggap Nurul Izzah cuci tangan
Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, kesal dengan sikap Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dalam isu 35 keluarga terlepas peluang mendapat rumah baharu di Kerinchi.