PETALING JAYA: Baki keluarga yang mendakwa terkesan dengan perobohan rumah di Kampung Sri Makmur, Gombak di sini baru-baru ini perlu membuktikan mereka adalah penduduk asal yang wajar mendapat penempatan semula selain tidak mendapat pampasan daripada mana-mana pihak.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata pihaknya bersedia untuk melihat kembali bantuan yang boleh diterima keluarga berkenaan kerana itu merupakan tugas hakiki sebagai kerajaan negeri.
"Kita bersedia melihat balik apa boleh dibantu, tetapi bukanlah saya janji okey baik saya ganti tetapi kita cakap kena buktikan mereka penduduk asal (yang) wajar dapat penempatan dan tidak dapat pampasan lain.
"Itu antara syarat kita letakkan, jadi (sesetengah mereka) prasyarat itu tidak dipenuhi (jadi) ditolak. Bukannya kesilapan kita, tapi yang 21 (penduduk) yang telah dapat itu (penuhi syarat). Alhamdullilah kita telah beri (pampasan)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan hanya 21 daripada 153 buah keluarga di kampung itu yang terlibat dalam kerja-kerja perobohan kediaman mendapat pampasan RM1,000 serta penempatan semula di Rumah Selangorku.
Amirudin memaklumkan sudah banyak peluang diberikan kepada penduduk kampung berkenaan bermula kira-kira dua atau tiga tahun lepas.
"Kita dah bagi peluang agak lama dari dua (atau) tiga tahun lepas termasuk rayuan terakhir selepas hari raya dan kita telah penuhi.
"...ada permintaan untuk melihat lagi tujuh, lapan orang dan kita berikan mereka (peluang) untuk buktikan beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), tetapi selebih itu tak dapat buktikan," katanya.
Beliau berkata antara sebab tindakan itu dilakukan ialah banyak kehadiran warga asing di kawasan tersebut.
Berdasarkan kenyataan media Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) semalam, isu di kawasan itu bermula sejak Julai 2006 yang menyaksikan operasi perobohan dilaksanakan terhadap sebahagian unit rumah, namun bancian pada 2016 mendapati jumlah rumah meningkat 204 unit berbanding 80 buah pada 2006.
PKNS memaklumkan penjualan tanah di kampung itu kepada sebuah syarikat dimaterai pada 8 Sept 2020 dan syarikat tersebut memperoleh perintah mahkamah untuk melaksanakan tindakan meroboh semua struktur di tanah itu pada 14 Mei lepas.
Kerajaan Selangor juga telah menawarkan pembelian seunit Rumah Selangorku dengan harga subsidi RM65,000 dan sagu hati 'ex-gratia' sebanyak RM1,000 kepada 21 setinggan asal, berdasarkan pengesahan bancian pada 2006 dan 2016 mengikut senarai Pejabat Daerah Daerah dan Tanah Gombak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2024

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika sidang media PKNS Selangor Masters dan Kejohanan Golf Junior Antarabangsa Selangor di Kelab Seri Selangor, hari ini. - Foto Bernama
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Isu Kg Sri Makmur: Penduduk perlu tunjuk bukti penduduk asal - Amirudin
Baki keluarga yang mendakwa terkesan dengan perobohan rumah di Kampung Sri Makmur, Gombak perlu membuktikan mereka adalah penduduk asal.