Kerajaan mengambil kira pandangan pihak berkaitan dalam melaksanakan peluasan kawasan larangan merokok melibatkan semua restoran atau kedai makanan mulai 1 Jan 2019.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, isu berkenaan perlu ditangani secara bersama.
"Mungkin kita sebagai pengamal perubatan, kita merasakan ini perlu (larangan merokok). Namun, di luar sana ada kekangannya apabila persatuan restoran seperti kedai mamak kebanyakannya telah membantah kerana ini akan mengekang dan mengurangkan pelanggan mereka yang kebanyakannya merokok. Ini yang kita mesti tangani bersama," katanya semasa berucap merasmikan sambutan Hari Jantung Sedunia Peringkat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, hari ini.
Bagaimanapun, katanya, tiga polisi utama yang diperluaskan semasa pembentangan Belanjawan 2019, termasuk peluasan kawasan larangan merokok melibatkan semua restoran atau kedai makanan mulai 1 Jan 2019, adalah bukti kerajaan serius memerangi penyakit tidak berjangkit (NCD) yang semakin membimbangkan di Malaysia.
Selain itu, kerajaan juga ada menerima cadangan lain termasuk saranan sesetengah pihak yang mahu tempoh operasi restoran dan kedai makan dihadkan sehingga jam 12 malam sahaja.
"Ada juga cadangan mengehadkan masa bagi restoran 24 jam supaya dikendalikan sampai 12 malam. Itu juga ditentang hebat kerana itu dikatakan 'Malaysian lifestyle'. Ada juga mengatakan kadangkala orang yang kerja shift memerlukan restoran 24 jam untuk menjadi lokasi makan mereka. Semua inilah yang akan kita lihat dan akan lalui bersama," ujarnya lagi.
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan bertegas untuk menguatkuasakan larangan merokok di semua premis makanan di negara ini demi kepentingan awam.
Ketetapan itu dibuat susulan bantahan pengusaha restoran dan kedai makan di seluruh negara yang tidak berpuas hati dengan peraturan larangan merokok sepenuhnya.
Rahimah Abdullah
Mon Nov 19 2018
![Isu larangan merokok perlu diselesaikan secara bersama - TPM Isu larangan merokok perlu diselesaikan secara bersama - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61542613382_MEROKOK.jpg)
Dr Wan Azizah berkata, kerajaan serius memerangi penyakit NCD yang semakin membimbangkan di Malaysia. - BERNAMA/Fail
![2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS 2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736855519_TBPPSKOTATINGGI.jpg)
2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS
Sebanyak 2,062 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak masih berlindung di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 pagi ini.
![Piala FA: Selepas singkir Liverpool, giliran Manchester City buruan Plymouth Piala FA: Selepas singkir Liverpool, giliran Manchester City buruan Plymouth](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739239331_SoccerFootballFA.jpg)
Piala FA: Selepas singkir Liverpool, giliran Manchester City buruan Plymouth
Manchester United, bakal bertemu Fulham, manakala Newcastle United bertemu Brighton dan Bournemouth bertemu Wolverhampton Wanderers.
![Keyfield International raih RM56 juta untuk perintah kerja daripada Petronas Carigali Keyfield International raih RM56 juta untuk perintah kerja daripada Petronas Carigali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739239055_keyfield.jpg)
Keyfield International raih RM56 juta untuk perintah kerja daripada Petronas Carigali
Tertakluk kepada hak penyewa di bawah kontrak, WOA dan WOE mempunyai tempoh lima hingga enam bulan bermula dari tarikh permulaan masing-masing.
![Steam haramkan permainan video paksa pemain tonton iklan Steam haramkan permainan video paksa pemain tonton iklan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739239047_Steam.jpg)
Steam haramkan permainan video paksa pemain tonton iklan
Pembangun tidak dibenarkan meletakkan iklan dalam permainan semata-mata untuk menjana pendapatan.
![Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236340_SamAltman.jpg)
Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion
Reaksi Sam Altman kepada Musk: "Tidak, terima kasih. Tapi kami sudi beli Twitter dengan harga AS$9.74 bilion jika anda mahu."
![PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236309_PLUS.jpg)
PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April
Melalui laporan TheEdge, PLUS dikatakan ingin memulakan ujian rintis untuk sistem tol tanpa palang mereka tersendiri menjelang April.
![Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731393622_garisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
![Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739233803_massgrave.jpg)
Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya
IOM berkata, 19 mayat, sebahagiannya dengan kesan tembakan ditemui di Jikharra, kira-kira 440 kilometer tenggara Benghazi.
![Pemandu lori maut kemalangan di WCE Pemandu lori maut kemalangan di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739233661_kemalangan.jpg)
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
![Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739231725_KedaiRuncitTerbakar.jpg)
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
![COVID-19: Pengusaha F&B saran kerajaan benarkan 'dine-in', dua pelanggan satu meja COVID-19: Pengusaha F&B saran kerajaan benarkan 'dine-in', dua pelanggan satu meja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51626353379_TBZuhairiAbKadir.jpg)
COVID-19: Pengusaha F&B saran kerajaan benarkan 'dine-in', dua pelanggan satu meja
Menurutnya pengusaha industri makanan dan minuman (F&B) kecewa apabila tindakan 'total lockdown' dilihat tidak menyeluruh.
![Kedai makan, serbaneka di Kuala Lumpur boleh beroperasi hingga 2 pagi Kedai makan, serbaneka di Kuala Lumpur boleh beroperasi hingga 2 pagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/71589627017_AnnuarMusaMenteri.jpg)
Kedai makan, serbaneka di Kuala Lumpur boleh beroperasi hingga 2 pagi
Kedai makan dan kedai serbaneka di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dibenarkan beroperasi sehingga pukul 2 pagi mulai Isnin.