KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu berterus-terang sekiranya sekiranya kontraktor utama projek kapal tempur pesisir (LCS), Boustead Naval Shipyard (BNS) pernah meminta komitmen penyenggaraan kapal berkenaan dengan nilai RM53 bilion untuk tempoh 30 tahun.
Bekas Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong berkata, selain itu, berdasarkan rekod, BNS juga pernah mencuba untuk menerbitkan sukuk bernilai RM4 bilion bagi membiayai projek tersebut, namun tanpa sebarang cagaran atau jaminan.
Katanya lagi, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein perlu menjelaskan kepada Dewan Negara minggu hadapan, tentang situasi kewangan terkini BNS, serta kemampuan syarikat itu untuk meneruskan projek LCS bernilai kira-kira RM9 bilion.
“Kami ingin memahami apa rancangan kewangan kerana dalam satu cadangan kepada kerajaan tahun lepas, BNS bercadang untuk sukuk bernilai RM4 bilion untuk diterbitkan. Bermakna BNS pergi ke pasaran sukuk untuk meminjam RM4 bilion bagi meneruskan LCS. Tetapi BNS tak ada apa yang boleh dicagarkan atau jaminan.
“Maka BNS meminta kerajaan supaya beri RM53 bilion order book, untuk kerajaan commit atau bersetuju untuk memberi kontrak MRO (perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih) atau kontrak senggaraan kepada BNS selama 30 tahun,” katanya kepada Astro AWANI.
Justeru, Chin Tong berkata, Hishammuddin perlu menerangkan kepada Dewan Negara dan kepada rakyat sekiranya BNS masih mampu untuk menghormati kontrak projek tersebut.
Awal hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Jemaah Menteri telah mencadangkan supaya laporan pengauditan forensik projek LCS yang dijalankan pada tahun 2019 dinyahklasifikasikan.
Beliau berkata, ia merupakan antara komitmen dan jaminan kerajaan tentang siasatan telus, tanpa melindungi sesiapa pun.
Selain itu Ismail Sabri berkata, Jemaah Menteri juga memutuskan agar laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan Dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang untuk disiarkan kepada umum.
Hishammuddin dalam kenyataan susulan berkata, beliau dan Kementerian Pertahanan (Mindef) akan melakukan apa sahaja bagi memastikan isu tersebut dapat diselesaikan, serta memberikan kerjasama penuh kepada semua badan berkuasa yang melakukan siasatan.
Katanya lagi, beliau dan barisan kepimpinan Mindef tiada sebarang perkara yang hendak disembunyikan.
Mengulas lanjut, Chin Tong berkata, selain dua dokumen itu, kerajaan juga perlu menyahklasifikasi sepuluh surat yang ditulis oleh bekas Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
“Surat itu akan menjelas kenapa design Perancis atau Gowind-class tidak patut digunakan. Itu adalah salah satu sebab sejak awal projek ini mengalami masalah kerana pertukaran sistem.
“Pertukaran itu tidak dipersetujui oleh TLDM sendiri, dan mereka tidak dimaklumkan tentang pertukaran reka bentuk, sehinggalah mereka mendapat maklumat itu dari kontraktor, bukan dari Menteri atau Timbalan Menteri ketika itu,” katanya lagi.
Berhubung dakwaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kemajuan projek terganggu ketika Pakatan Harapan mengambil alih Kerajaan pada 2018, Chin Tong berkata, beliau dan Menteri Pertahanan PH ketika itu, Mohamad Sabu dimaklumkan projek tersebut tidak dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.
Beliau berkata, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan cadangan Mohamad untuk ditubuhkan Jawatankuasa Siasatan Khas yang dipengerusikan Tan Sri Ambrin Buang untuk melihat beberapa projek di bawah Mindef, termasuk LCS.
Katanya lagi, mereka telah dimaklumkan BNS telah berhutang dengan jumlah original equipment manufactures (OEM) yang banyak, dan ramai pekerja OEM terpaksa berhenti kerja kerana tidak mendapat bayaran yang sepatutnya daripada BNS.
“Pada bulan Ogos 2019, Tan Sri Ambrin bentang siasatan. Selepas bentang siasatan, Kementerian cuba selesaikan masalah, dan pada 11 Februari, Kementerian bentangkan siasatan dan cadangan untuk selesaikan masalah LCS kepada Perdana Menteri.
“Pada masa itu Dr Mahathir mengarahkan Kementerian untuk menyediakan kertas Jemaah Menteri bagi menyelesaikan masalah ini. Tetapi selepas itu kerajaan (PH) telah tumbang,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Chin Tong berkata, dakwaan Najib bahawa PH telah menyebabkan kemajuan projek LCS terhenti, tidak lebih daripada sekadar bermotifkan politik.
Firdaus Azil
Wed Aug 10 2022
![Isu LCS: 'Hishammuddin perlu jelaskan kemampuan kewangan Boustead Naval Shipyard' - Chin Tong Isu LCS: 'Hishammuddin perlu jelaskan kemampuan kewangan Boustead Naval Shipyard' - Chin Tong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/41538575225_LiewChinTong.jpg)
Chin Tong mendakwa, BNS pernah cuba meminta komitmen Kerajaan bernilai RM53 bilion untuk kerja MRO bagi tempoh 30 tahun akan datang
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![MITI semak semula lima akta untuk perkukuh pembangunan perindustrian MITI semak semula lima akta untuk perkukuh pembangunan perindustrian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738735872_LiewChinTong.jpg)
MITI semak semula lima akta untuk perkukuh pembangunan perindustrian
Rang Undang-undang Pembangunan Perindustrian 2025 yang dicadangkan itu adalah bertujuan untuk memudahkan proses perniagaan bagi pengilang dan meningkatkan daya tahan rantaian bekalan.
![Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738735872_LiewChinTong.jpg)
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
![Malaysia perlu wujud sinergi antara kerajaan negeri, sektor swasta, teknologi - Liew Malaysia perlu wujud sinergi antara kerajaan negeri, sektor swasta, teknologi - Liew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51693126110_TBLIEWCHINTONG.jpg)
Malaysia perlu wujud sinergi antara kerajaan negeri, sektor swasta, teknologi - Liew
Malaysia perlu mula mempertimbangkan kewujudan sinergi antara kerajaan negeri, sektor swasta dan teknologi, yang akan membolehkan lebih banyak perolehan teknologi dalam sistem kerajaan.
![1500 unit pengecas EV jenis DC menjelang 2025 1500 unit pengecas EV jenis DC menjelang 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732682359_LiewChinTong.jpg)
1500 unit pengecas EV jenis DC menjelang 2025
Liew berkata, langkah itu dilakukan memandangkan pengecas DC mampu mengecas kenderaan EV dengan pantas.
![MITI umum laporan mengenai impak kapasiti berlebihan produk China tidak lama lagi - Liew MITI umum laporan mengenai impak kapasiti berlebihan produk China tidak lama lagi - Liew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731906148_LiewChinTong.jpg)
MITI umum laporan mengenai impak kapasiti berlebihan produk China tidak lama lagi - Liew
MITI akan mengumumkan hasil laporan mengenai impak kapasiti berlebihan dari China terutama dalam industri besi dan keluli tidak lama lagi.
![Kerajaan perkenal dua dana baharu bantu PKS, MTC Kerajaan perkenal dua dana baharu bantu PKS, MTC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730869473_LiewChinTong.jpg)
Kerajaan perkenal dua dana baharu bantu PKS, MTC
Kerajaan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah memperkenalkan dua dana baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.
![Malaysia kutip RM500 juta duti antilambakan bagi tempoh 2016 hingga 2024 Malaysia kutip RM500 juta duti antilambakan bagi tempoh 2016 hingga 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71730269405_LiewChinTong.jpg)
Malaysia kutip RM500 juta duti antilambakan bagi tempoh 2016 hingga 2024
Malaysia mencatat kutipan duti antilambakan bernilai kira-kira RM500 juta bagi tempoh 2016 hingga Jun 2024 dalam usaha mengurangkan kesan import tidak adil.
![Syarikat China harus pertimbang Malaysia sebagai hab serantau, tubuh ibu pejabat Syarikat China harus pertimbang Malaysia sebagai hab serantau, tubuh ibu pejabat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729076130_LiewChinTong.jpg)
Syarikat China harus pertimbang Malaysia sebagai hab serantau, tubuh ibu pejabat
Syarikat China harus mempertimbangkan Malaysia sebagai destinasi yang ideal untuk menubuhkan ibu pejabat serantau, yang seterusnya berkembang di peringkat antarabangsa melalui Malaysia.
![Teo Nie Ching dipilih Pengerusi DAP Johor Teo Nie Ching dipilih Pengerusi DAP Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728223752_TBTEONIECHING.jpg)
Teo Nie Ching dipilih Pengerusi DAP Johor
Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor bagi penggal 2024/2027 menggantikan Liew Chin Tong yang menyandang jawatan itu sejak 2014.
![Pengerusi DAP Johor: Chin Tong sedia beri laluan kepada Nie Ching Pengerusi DAP Johor: Chin Tong sedia beri laluan kepada Nie Ching](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728195502_tbPRUPengerusiDAPJ.jpg)
Pengerusi DAP Johor: Chin Tong sedia beri laluan kepada Nie Ching
Liew Chin Tong sedia berundur daripada jawatannya sebagai Pengerusi DAP Johor untuk memberi ruang kepada timbalannya, Teo Nie Ching.