SHAH ALAM: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mempersoalkan mengapa projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) mengambil masa lama untuk disiapkan dari tempoh sebenar.
Sedangkan, katanya, kapal terbabit seharusnya disiapkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun yang lepas.
“Isu sebenar bukan sama ada kapal itu wujud atau tidak. Tapi isunya ialah projek itu dah terlalu jauh tersasar dari tempoh siap yang dinyatakan dalam kontrak, dan progress tidak sepadan dengan jumlah RM6 bilion yang telah dibayar,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Justeru katanya, UMNO didesak supaya tidak mengalihkan perhatian rakyat dengan menyatakan bahawa kapal tersebut wujud dan sedang disiapkan.
"Kenapa tiada tindakan apabila projek sebegini besar lari jauh dari tarikh siap yang dipersetujui? Kenapa duit dibayar sebegitu banyak sehingga tidak sepadan dengan progress projek?
"Kenapa pandangan Panglima Tentera Laut Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditolak sehingga kapal yang dibeli bukan kapal yang dikehendaki oleh TLDM?
"Adakah ada apa-apa salah laku di sebalik skandal ini? Adakah sesiapa kaut untung hingga berbilion ringgit? Itu soalan-soalan sebenar. Bukan sama ada kapal wujud atau tidak.
"Saya jangka UMNO akan bermati-matian cuba melarikan perhatian rakyat dan mengelirukan rakyat. Sebab pemimpin tertinggi UMNO dinamakan secara terus dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)," katanya.
Sinar Harian baru-baru ini melaporkan, pihak media dibawa melihat perkembangan pembinaan LCS pertama dan meninjau gudang simpanan kapal Boustead Naval Shipyard (BNS) yang menempatkan perkakasan berkaitan projek LCS.
Ketua Pegawai Eksekutif BNS, Ir Azhar Jumaat berkata, kerja pembinaan ke atas kelima-lima LCS yang ditempatkan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut itu masih berjalan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Aug 14 2022

Tangkap layar kenyataan Wan Saiful menerusi Facebooknya pada Ahad. -Foto Sinar Harian

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.

Projek Jana Wibawa: Pendakwaan bantah permohonan Wan Saiful dapatkan penyata bank syarikat
Pihak pendakwaan membantah permohonan Wan Saiful bagi mendapatkan penyata bank sebuah syarikat berhubung kes pengubahan wang haram dan rasuah projek Jana Wibawa.

Kes Wan Saiful: Wang berjumlah RM46,487.85 dimasukkan ke akaun bank sebuah syarikat
Wan Saiful didakwa memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM46,487.85 ke akaun Hong Leong Bank milik Good Square Sdn Bhd.

Wan Saiful tidak kelirukan Dewan Rakyat - Parlimen
Keputusan ini dibuat selepas jawatankuasa yang dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, bermesyuarat pada 6 dan 10 September lalu.

Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.

Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Perlis pada Sabtu.

Ada transaksi kemasukan wang RM49,000 ke akaun peribadi Wan Saiful - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu terdapat transaksi kemasukan wang berjumlah RM49,000 ke dalam akaun bank persendirian Wan Saiful dua tahun lepas.

Hakim dan ketua pendakwaan baharu, bicara kes Wan Saiful 22 Ogos ini
Perbicaraan kes pengubahan wang haram dan rasuah dihadapi Wan Saiful berhubung Jana Wibawa, bersambung pada 22 Ogos di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen yang baharu.

Mahkamah benar Wan Saiful dapat sementara pasport untuk ke Singapura, Jakarta
Mahkamah membenarkan permohonan bekas Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara.

Wan Saiful dedah perbualan WhatsApp, gambar didakwa ‘ejen’ pujuk sokong PM
Wan Saiful mendedahkan butiran perbualan WhatsApp dengan individu yang didakwa ejen atau orang tengah, bagi menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.