Tiada lagi penerokaan baharu akan dilaksanakan di Hutan Simpan Sungai Puteh Utara- Selatan untuk pembinaan pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB), demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai, Tiew Way Keng.
Namun persoalan sama ada projek Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) akan terus dibenarkan merentasi hutan simpan berkenaan, masih menjadi tanda tanya.
Tiew mengesahkan bahawa biarpun penerokaan kawasan hutan simpan untuk kerja pembinaan pencawang elektrik telah tamat, namun isu masih timbul berikutan jajaran lebuh raya SUKE akan merentasi sebahagian hutan berkenaan.
"Ya sebahagian hutan simpan itu akan dilalui lebuh raya sebab itulah kami membantah projek berkenaan. Saya sendiri membantah projek berkenaan dan saya telah hadir bersama penduduk kawasan saya untuk menyerah memorandum kepada kerajaan negeri Selangor."
"Setahu saya, kami diberitahu Exco Alam Sekitar, Elizabeth Wong bahawa apa sahaja yang diteroka untuk pencawang TNB telah selesai. Itu hanya untuk TNB," katanya selepas ditemui pada majlis bantahan penduduk setempat terhadap tiga projek lebuhraya iaitu Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE), Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE) di sini, hari ini.
Ditanya mengenai kesan cat merah yang ditanda pada pokok-pokok dipercayai untuk ditebang di hutan simpan berkenaan, katanya, beliau akan mendapatkan pengesahan lanjut berhubung perkara tersebut.
"Kami akan mendapatkan jawapan rasmi daripada kerajaan Selangor dan TNB untuk mengesahkan tentang tanda-tanda itu kerana kami difahamkan bahawa tiada lagi pokok akan ditebang oleh TNB di bawah Projek Grid Kebangsaan," katanya.
Sebelum ini, Astro AWANI ada menyiarkan laporan tentang kesan penerokaan di Hutan Simpan Sungai Puteh Utara-Selatan yang dipercayai untuk kerja pembinaan pencawang elektrik.
Beberapa pokok dicat dengan warna merah bertanda dengan angka seperti "117, 118" dipercayai bilangan pokok yang akan ditebang.
Difahamkan, laluan yang sama dengan pencawang elektrik juga akan digunakan sebagai laluan lebuhraya SUKE.
BACA: Hutan simpan berdepan ancaman bagi pembangunan?
Buat masa ini, pihaknya masih menunggu tarikh pendengaran daripada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor selepas penyerahan petisyen bantahan yang ditandatangani lebih 10,000 penduduk setempat yang membantah pembangunan di hutan simpan itu.
SUKE adalah lebuhraya bertingkat sepanjang 31.8 kilometer yang akan mempunyai tiga lorong dua hala yang akan menghubungkan Sri Petaling ke Ulu Kelang melalui Cheras dan Ampang.
Berdasarkan peta cadangan jajaran, lebuhraya itu juga bakal merentasi kawasan berhutan menerusi Taman Putra, Taman Saga, Taman Bukit Teratai, Taman Bukit Segar Jaya dan Taman Cheras Hartamas.
Malah, salah satu daripada tiga tol yang dirancang juga terletak dalam kawasan hutan.
Tan Su Lin
Sat Jun 04 2016

Beberapa pokok dicat dengan warna merah bertanda dengan angka seperti "117, 118" dipercayai bilangan pokok yang akan ditebang. - Foto Astro AWANI/Tan Su Lin

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Polis tahan dua mekanik berlumba di lebuh raya DASH
Polis menahan dua lelaki warga tempatan disyaki terbabit dalam perlumbaan haram melibatkan enam buah kereta.

Kutipan tol di lebuh raya DASH bermula esok
Pengguna Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) akan dikenakan bayaran tol bermula pada 12.01 tengah malam, 1 Disember (Khamis).

DASH catat kemalangan maut pertama libatkan penghantar makanan
Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang dibuka pada Jumaat, mencatat kemalangan maut pertama melibatkan seorang penghantar makanan.

Tanggungjawab Prolintas bayar kontraktor DASH, SUKE, bukan kerajaan
KKR memaklumkan Prolintas adalah pemegang konsesi bagi kedua-dua lebuh raya tersebut.

Kedua-dua arah Lebuhraya NKVE ditutup sementara bagi projek pembinaan DASH
Ia bagi menjamin keselamatan pengguna lebuh raya dalam mengelakkan sebarang kejadian luar jangka ketika kerja-kerja dijalankan.

Warga Bangladesh mangsa dihempap konkrit meninggal dunia - Polis
Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dalam satu kenyataan kepada media.

Operasi pembersihan perancah besi DASH dihentikan akibat hujan lebat - Prolintas
Datuk Mohammad Azlan Abdullah menjelaskan kerja-kerja pembersihan akan bersambung pada Isnin.

Lebuhraya DASH, SUKE dapat kurangkan 30 peratus kesesakan lalu lintas
Pembinaan dua lebuh raya ini dapat meningkatkan aksesibiliti dan mobiliti pengguna.

Prolintas harap pembinaan SUKE boleh disambung semula selepas seminggu
Prolintas memberi masa seminggu kepada kontraktor untuk memastikan kawasan berhampiran Taman Bukit Saga selamat sebelum menyambung semula pembinaan Lebuhraya Bertingkat SUKE.

Prolintas hubungkan masyarakat kepada syarikat pembangun projek SUKE, DASH
Kempen #contactlahkami selaras dengan falsafah Prolintas yang mengutamakan kualiti, teknologi dan tanggungjawab kepada rakyat dalam memajukan projek-projek infrastruktur.