KUALA LUMPUR:Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa (UNI-MLC) menyuarakan cadangan agar satu siasatan terperinci dilakukan oleh Kerajaan dalam isu penggantungan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation (MARACorp), Datuk Badlisyah Abdul Ghani.
Presidennya, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal mencadangkan agar Perdana Menteri dan Menteri Kewangan melakukan siasatan itu bagi memastikan kemelut yang sama tidak berulang terhadap tokoh-tokoh berkaliber di negara ini.
"UNI-MLC terpanggil untuk memberi respon dalam hal kemelut MARA Corporation kebelakangan ini berkenaan penggantungan Ketua Pegawai Eksekutif MARACorp, Datuk Badlisyah Abdul Ghani yang tersiar dalam media baru-baru ini.
"UNI-MLC telah mendapat maklumbalas terperinci mengenai ketokohan dan integriti Datuk Badlisyah yang merupakan seorang ahli korporat professional yang dihormati di Malaysia dan di luar negara terutama ketika berkhidmat sebagai CEO CIMB Group Islamic Banking dan CIMB Islamic Bank Bhd yang pertama.
"Beliau juga merupakan mantan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lembaga Tabung Haji dan beliau menerajui Chartered Institute of Islamic Finance (CIIF) sebagai Pengerusi,"ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Oleh itu, jelasnya dengan pengalaman yang luas, ternyata bahawa pemilihan Badlisyah bagi jawatan itu amat tepat dan disambut baik oleh masyarakat kerana pengalaman beliau akan memberi manafaat dan kelebihan kepada MARACorp untuk terus maju.
Namun, menurut Mohamed Shafie, baru-baru ini Badlisyah dilaporkan digantung tugas atas sebab-sebab tersirat.
BACA: CEO Kumpulan MARACorp digantung tugas?
"UNI-MLC mengingatkan pada awal tahun ini, kerajaan telah memberi jaminan bahawa walaupun kerajaan bertukar tangan akan tetapi jika pegawai korporat yang telah dipilih terdahulu adalah seorang yang berkaliber, mempunyai rekod yang cemerlang dan tahap professionalisma yang tinggi, kedudukan mereka tidak akan berubah.
"UNI-MLC berpendapat bahawa ada berbau politik dan niat kurang baik terhadap Datuk Badlisyah yang menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif MARACorp.
"UNI-MLC memandang perkara ini sangat serius, walaupun seseorang pegawai itu mempunyai ketokohan, intergriti dan kredibiliti yang cemerlang boleh di tendang keluar mengikut emosi politik oleh mereka yang mempunyai kuasa.
"UNI MLC mencadangkan YAB Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan Malaysia menyiasat secara terperinci dalam kemelut ini kerana jika di biarkan kemungkinan lebih ramai tokoh-tokoh korporat yang berkaliber akan menjadi mangsa," ujarnya.
BACA: Penggantungan CEO Kumpulan MARACorp bukan keputusan politik
BACA: Isu MARA Corp: Ujian keikhlasan PN memperjuangkan ekonomi Melayu
Badlisyah yang dilantik pada 3 September lalu difahamkan digantung tugas pada November 2020 oleh Lembaga Pengarah MARACorp sementara menanti 'siasatan'.
Astro Awani
Fri Dec 11 2020

UNI-MLC berpendapat bahawa ada berbau politik dan niat kurang baik terhadap Datuk Badlisyah (gambar) yang menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif MARACorp. - Gambar fail/Twitter
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

MARA sasar RM50 juta kutipan Wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun
Tempoh lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.

Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid
Ujian asas fardu ain sebagai syarat wajib memasuki institusi TVET GiatMARA, akan diperluas ke institusi pendidikan MARA yang lain.

Peminjam, penyewa premis MARA terjejas banjir boleh mohon penjadualan semula bayaran
KKDW melalui agensinya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memberi bantuan sokongan kepada peminjam dan penyewa yang terjejas akibat banjir termasuk penjadualan semula bayaran pinjaman.

Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.

MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.

Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.

Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.

MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.

Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).