SHAH ALAM: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang cuba membangkitkan provokasi mengenai Mentega Terbang pada ketika ini, sedangkan filem itu mula dikongsi di media sosial sejak April 2021, ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Justeru beliau meminta mereka yang berkenaan supaya tidak bersifat hipokrit dalam mengetengahkan isu berkenaan.
"Menariknya, kalau kita teliti di media sosial, filem ini mula berlegar pada tahun 2021, siapa mentadbir (negara) waktu itu? Kenapa tiada apa-apa tindakan pada waktu itu?
"Mana pasukan mereka yang buat laporan sekarang ini? Waktu itu mereka di mana? Kenapa tak teliti (filem itu)?
"Cuma kita tidak boleh hipokrit dalam hal ini. Ini bukan filem baharu tapi sekarang ini cuba diapi-apikan dan cuba diambil kesempatan sesetengah pihak," kata beliiau pada sidang media selepas majlis pengagihan Peranti Siswa dan perasmian MyDigital.KKD di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, di sini pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai mengenai tindakan yang diambil kementeriannya terhadap produksi Mentega Terbang.
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Pas dan Barisan Nasional (BN) mengetuai negara sejak 1 Mac 2020 sebelum diambil alih Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dari 21 Ogos 2021 hingga November 2022.
Memetik laporan Berita Pas, Dewan Pemuda Pas Terengganu (DPPT) menzahirkan rasa pelik dengan sikap sesetengah pihak yang terlibat dalam perfileman di negara ini apabila meluluskan tayangan filem Mentega Terbang tanpa sebarang tapisan dan sekatan.
Ketuanya, Mohd Harun Esa berkata, kelulusan filem yang katanya mempersenda agama Islam itu seperti satu provokasi yang sengaja dilepaskan untuk 'test market' pandangan majmuk rakyat Malaysia.
Menurutnya, sisi gelap filem itu dikatakan mempromosikan sekularisme dan liberalisme dalam agama seolah ianya suatu yang biasa dan wajar dibuat dengan alasan kajian atau terasa serasi dengan agama lain tanpa sebarang rasa bersalah.
Umavathi Ramayah
Sun Mar 05 2023
![Isu Mentega Terbang: Jangan hipokrit... Kenapa PN tidak ambil tindakan waktu itu? - Fahmi Isu Mentega Terbang: Jangan hipokrit... Kenapa PN tidak ambil tindakan waktu itu? - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678002256_TBFAHMI.jpg)
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berucap pada Majlis Pengagihan PerantiSiswa dan merasmikan MyDIGITAL.KKD di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam hari ini.- Foto BERNAMA
![Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739960236_TengkuMuhammadIsma.jpg)
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri
Industri pembinaan pesawat ringan bakal bertapak di Terengganu apabila memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara ini dijangka dimeterai dalam masa terdekat.
Kerajaan Indonesia optimis pertumbuhan perdagangan
Sehingga kini, 19 perjanjian perdagangan telah dilaksanakan, 10 perjanjian perdagangan lain telah ditandatangani atau disahkan,16 sedang dalam proses rundingan, dan enam lagi di luar perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif sedang diproses.
UUM terajui program mobiliti pelajar ASEAN
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menerajui Program Mobiliti Pelajar ASEAN sempena penganjuran Pameran dan Forum Universiti ASEAN 2025 (AEF2025) yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 24 dan 25 Feb ini.
Pelaksanaan RCEP, memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN
ASEAN perlu menekankan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global sebagai keutamaan bersama.
Biodiesel: Indonesia kaji campuran 50 peratus biodiesel
Pengeluar minyak sawit terkemuka dunia itu tahun ini meningkatkan campuran mandatori minyak sawit dalam biodiesel kepada 40 peratus (B40) daripada 35 peratus untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api diesel yang diimport.
Pelita Raya: Penyertaan Thailand, Singapura bakal meriahkan acara
Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi memeriahkan program selama empat hari yang dijadualkan bulan depan itu.
Laos berhasrat majukan kawasan gunung berapi jadi tarikan
Usaha menaik taraf tapak gunung berapi yang tidak pernah meletus itu sedang dalam perancangan, dan ia disasarkan menjadi satu daya tarikan pelancongan.
AS kecam tindakan provokasi China ke atas Filipina
Duta Amerika Syarikat ke Filipina, Marykay Carlson mengecam tindakan china yang dianggap mendatangkan bahaya kepada juruterbang dan penumpang dalam pesawat peronda kerajaan Filipina di Laut China Selatan.
Filipina dakwa helikopter China lakukan provokasi
Pengawal Pantai Filipina mendakwa sebuah helikopter milik China melakukan penerbangan secara berbahaya di kawasan terumbu karang yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada Selasa.
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.
![Keputusan penerbit, pengarah filem 'Mentega Terbang' rujuk persoalan perlembagaan 14 Jun Keputusan penerbit, pengarah filem 'Mentega Terbang' rujuk persoalan perlembagaan 14 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713527412_KhairianwarJailani.jpg)
Keputusan penerbit, pengarah filem 'Mentega Terbang' rujuk persoalan perlembagaan 14 Jun
Permohonan pengarah dan penerbit filem bagi merujuk persoalan perlembagaan berhubung Seksyen 298 Kanun Keseksaan akan diputuskan pada 14 Jun.
![Pengarah, penerbit Mentega Terbang dapat kebenaran cabar perintah larang tayang filem Pengarah, penerbit Mentega Terbang dapat kebenaran cabar perintah larang tayang filem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706688830_TBMentegaTerbang.jpg)
Pengarah, penerbit Mentega Terbang dapat kebenaran cabar perintah larang tayang filem
Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar perintah kerajaan yang melarang tayangan filem itu.
![Polis ambil kenyataan pengarah, pelakon 'Mentega Terbang' Polis ambil kenyataan pengarah, pelakon 'Mentega Terbang'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678102108_TBmentegaterbang.jpg)
Polis ambil kenyataan pengarah, pelakon 'Mentega Terbang'
Khairi Anwar Jailani dan salah seorang pelakonnya, Arjun Thanaraju memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman siang tadi.
![Filem 'Mentega Terbang': Polis buka kertas siasatan Filem 'Mentega Terbang': Polis buka kertas siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678102108_TBmentegaterbang.jpg)
Filem 'Mentega Terbang': Polis buka kertas siasatan
Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, D5 Bukit Aman di bawah Seksyen 298A KK, Seksyen 505 (b) KK dan Seksyen 233 AKMM 1998.
![Isu Mentega Terbang: Jangan hipokrit... Kenapa PN tidak ambil tindakan waktu itu? - Fahmi Isu Mentega Terbang: Jangan hipokrit... Kenapa PN tidak ambil tindakan waktu itu? - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678002256_TBFAHMI.jpg)
Isu Mentega Terbang: Jangan hipokrit... Kenapa PN tidak ambil tindakan waktu itu? - Fahmi
Fahmi Fadzil mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang cuba membangkitkan provokasi mengenai Mentega Terbang pada ketika ini, sedangkan filem itu mula dikongsi di media sosial sejak April 2021.
![Kontroversi filem Mentega Terbang: Kerajaan serah kepada Finas, SKMM buat siasatan - Menteri Kontroversi filem Mentega Terbang: Kerajaan serah kepada Finas, SKMM buat siasatan - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41677995859_merasmikanMyDIGITAL.jpg)
Kontroversi filem Mentega Terbang: Kerajaan serah kepada Finas, SKMM buat siasatan - Menteri
Kerajaan menyerahkan SKMM dan Finas untuk menyiasat filem kontroversi Mentega Terbang yang didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam.
![Filem 'Mentega Terbang' jelas bertentangan dengan akidah Islam - Mohd Na'im Filem 'Mentega Terbang' jelas bertentangan dengan akidah Islam - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81677164470_DrMohdNaimMokhta.jpg)
Filem 'Mentega Terbang' jelas bertentangan dengan akidah Islam - Mohd Na'im
Jakim akan mengemukakan ulasan terperinci kepada MCMC, agar tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada.