KUALA LUMPUR: Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique memberitahu Dewan Rakyat yang beliau tidak dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan membabitkan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).
Beliau menegaskan, siasatan yang dilakukan oleh SPRM ketika ini menjurus kepada dua perkara iaitu membabitkan unsur jenayah dan cadangan kepada penambahbaikan prosedur serta sistem pemberian geran.
"Saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak dipanggil (oleh SPRM) dan untuk makluman, kefahaman saya dan pihak kementerian ialah untuk kami terus memberikan kerjasama yang sangat baik kepada SPRM untuk meneruskan siasatan. Bukan menubuhkan satu jawatankuasa yang mana SPRM bersama pihak Kementerian Perpaduan Negara melihat 337 program-program yang akan dibawa dalam siasatan.
"Sebab itu saya jemput SPRM masuk menjalankan siasatan bukan kerana Yang Berhormat membangkitkan isu MITRA, baru SPRM masuk.
"Kita minta SPRM masuk untuk jalankan siasatan untuk menentukan semua penyaluran dana MITRA telah digunakan dan dibelanjakan, dan tidak sepatutnya ada penyalahgunaan dan penyelewengan. Kita telus dan terbuka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.
Menjawab celahan M Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) kenapa tidak diadakan siasatan dalaman bagi menyiasat dan meneliti penyelewengan membabitkan MITRA, Halimah berkata, perkara itu akan dilakukan selepas siasatan SPRM selesai.
"Apabila saya dilantik menerajui Kementerian Perpaduan Negara, saya mendapati perlunya kepada siasatan kerana kita mahu melihat sama ada dana itu dibelanjakan dengan baik atau tidak.
"Ini termasuk bukan sahaja sewaktu MITRA di bawah Kementerian Perpaduan Negara malah ketika di bawah Jabatan Perdana Menteri," katanya.
Beliau turut menafikan dakwaan kononnya kementeriannya berselindung di sebalik SPRM dan cuba menutup maklumat kepada umum.
"Saya bukan berselindung di sebalik SPRM... kita terbuka malah menjemput SPRM masuk untuk siasat. Jadi, berilah ruang kepada SPRM menjalankan siasatan mereka," katanya.
Astro Awani
Tue Nov 23 2021
![Isu MITRA: 'Saya tidak dipanggil SPRM' - Halimah Sadique Isu MITRA: 'Saya tidak dipanggil SPRM' - Halimah Sadique](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637661033_parlimen.jpg)
Halimah menafikan dakwaan kononnya kementeriannya berselindung di sebalik SPRM dan cuba menutup maklumat kepada umum. - Gambar/ Japen
![Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024 Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.
![Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739950800_indonesia.jpg)
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.
![Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728964477_HafizulHawari.jpg)
Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.
![Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739952443_ZalihabintiMustafa.jpg)
Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.
![Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739951176_TBMohdAzizi.jpg)
Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
![Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734062392_tbMITRA.jpg)
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
![Dana RM30 juta program TVET bukti kerajaan tidak abai masyarakat India - Mitra Dana RM30 juta program TVET bukti kerajaan tidak abai masyarakat India - Mitra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714623069_PPrabakaran.jpg)
Dana RM30 juta program TVET bukti kerajaan tidak abai masyarakat India - Mitra
Sebanyak RM30 juta yang diperuntukkan bagi Program Khas Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Masyarakat India (MISI) KESUMA-MITRA.
![Ramanan masih Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra Ramanan masih Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702453577_TBDATUKRRAMANAN.jpg)
Ramanan masih Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra
Ramanan yang baru dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, kekal memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra.
![Mitra terima penarafan risiko 'rendah' daripada SPRM Mitra terima penarafan risiko 'rendah' daripada SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700894954_RamananRamakrishnan.jpg)
Mitra terima penarafan risiko 'rendah' daripada SPRM
Pemakluman itu dibuat secara rasmi kepada Mitra melalui satu surat ditandatangani Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) SPRM.
![Mitra telah agihkan RM62 juta kepada lebih 100,000 penerima Mitra telah agihkan RM62 juta kepada lebih 100,000 penerima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700386825_RRamanan.jpg)
Mitra telah agihkan RM62 juta kepada lebih 100,000 penerima
Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Mitra Datuk R. Ramanan berkata bantuan itu turut disalurkan ke Program Bantuan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Mitra Untuk Masyarakat India.
![Pegawai SPRM dipinjam ke Mitra, pantau pengurusan dana Pegawai SPRM dipinjam ke Mitra, pantau pengurusan dana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699608228_RamananRamakrishnan.jpg)
Pegawai SPRM dipinjam ke Mitra, pantau pengurusan dana
Seorang pegawai SPRM akan dipinjamkan ke Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).
![Mitra disaran kerjasama dengan RISDA bantu wanita India ikuti TVET - Ahmad Zahid Mitra disaran kerjasama dengan RISDA bantu wanita India ikuti TVET - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694385853_TBQueenpreneur.jpg)
Mitra disaran kerjasama dengan RISDA bantu wanita India ikuti TVET - Ahmad Zahid
Beliau turut berharap Mitra dapat mencari pembiayaan untuk wanita pelbagai bangsa di Bagan Datuk yang mahu mencari pendapatan sampingan.
![Permohonan subsidi yuran IPT masih dibuka - Mitra Permohonan subsidi yuran IPT masih dibuka - Mitra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683278865_RamananRamakrishnan.jpg)
Permohonan subsidi yuran IPT masih dibuka - Mitra
Mitra masih lagi membuka permohonan bagi subsidi bayaran yuran semester sekali bayar sebanyak RM2,000 sehingga 15 Sept ini.
![Program Kompetensi KKP NIOSH-Mitra diperluas kepada golongan M40 Program Kompetensi KKP NIOSH-Mitra diperluas kepada golongan M40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692610232_VSivakumar.jpg)
Program Kompetensi KKP NIOSH-Mitra diperluas kepada golongan M40
Program Kompetensi KKP anjuran bersama NIOSH dan Mitra kini diperluas bagi merangkumi belia India daripada golongan M40.
![Mitra: Bekas pengerusi, bendahari PWBSM didenda guna baucar bayaran palsu Mitra: Bekas pengerusi, bendahari PWBSM didenda guna baucar bayaran palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689666291_TBCourtHammer.jpg)
Mitra: Bekas pengerusi, bendahari PWBSM didenda guna baucar bayaran palsu
Tindakan bekas Pengerusi PWBSM dan bekas bendaharinya menggunakan dua baucar bayaran palsu bagi peruntukan dana di bawah Mitra mengundang padah apabila mereka didenda di mahkamah.