Kementerian Pendidikan tidak pernah berniat untuk membelakangkan Bahasa Kebangsaan dalam usaha memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Demikian menurut Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan hari ini, ketika menjawab soalan yang dikemukakan beberapa Ahli Parlimen.
Ini adalah susulan keputusan kerajaan menaikkan had minimum kemasukan ke universiti dan syarat graduasi MUET yang diumumkan dalam Bajet 2015 baru-baru ini.
Muhyiddin berkata, usaha ini adalah semata-mata untuk memastikan graduan IPTA mampu memenuhi permintaan dan kehendak pasaran kerja di peringkat nasional atau antarabangsa.
“Namun, perlu ditegaskan di sini bahawa Kementerian tidak pernah berniat untuk membelakangkan Bahasa Kebangsaan dalam usaha untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris” katanya.
Dalam menjawab pertanyaan ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad mengenai kesediaan IPTA dalam melaksanakan tanggungjawab baru itu, Muhyiddin berkata pihak universiti diberi kelonggaran untuk menerima kemasukan pelajar pada tahun ini.
“Oleh kerana oleh kerana tahun ini adalah tahun pertama pelaksanaan, maka pihak univeriti diberi kelonggaran untuk menerima kemasukan pelajar, selagi ianya memenuhi syarat am kemasukan ke IPTA” katanya.
Muhyiddin turut berkata, Pusat Bahasa Inggeris, Jabatan Bahasa Inggeris atau jabatan-jabatan yang telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program bahasa Inggeris akan terus diperkasa.
“Organisasi ini akan bertindak sebagai pusat pengajaran, pembelajaran, perundingan, latihan dan penyelidikan dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan bahasa Inggeris termasuk bahasa, kesusasteraan dan komunikasi.
Selain itu, Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) juga akan diperluaskan peranannya sebagai pusat latihan kepimpinan untuk tenaga pengajar bahasa Inggeris di IPTA.
Ini untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan program pemerkasaan bahasa Inggeris di IPTA yang dilaksanakan mencapai matlamat yang ditetapkan” jelasnya.
Katanya lagi, pihak universiti perlu mengambil langkah-langkah tertentu supaya para pelajar IPTA terus dibimbing dan diberi peluang untuk meningkatkan penguasaan dan kemahiran berbahasa Inggeris dengan:-
i) Meningkatkan pencapaian MUET mereka dengan menghadiri kursus-kursus kemahiran bahasa Inggeris yang bersesuaian.
ii) Menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris di dalam sesi tutorial, pembentangan kertas kerja serta pembentangan kertas projek tahun akhir dan lain-lain sesi pembelajaran tidak formal.
iii) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum di dalam bahasa Inggeris seperti melaksanakan minggu/bulan bahasa Inggeris, English Language Camp serta beberapa program lain yang dilaksanakan oleh persatuan-persatuan pelajar dari semasa ke semasa.
iv) Meningkatkan kesedaran akan kepentingan untuk menguasai bahasa Inggeris melalui pelaksanaan program-program yang dirancang dan dilaksanakan secara berterusan oleh pihak IPTA.
Kata Muhyiddin, sebagai langkah untuk memantapkan proses pembelajaran dan pengajaran MUET di peringkat pra-universiti, satu Jawatankuasa Hala Tuju MUET telah ditubuhkan pada 7 Ogos lalu bertujuan agar kualiti dan standard MUET berada pada tahap yang setara dengan Common European Framework Of Reference For Languages (CEFR).
“Di bawah Anjakan Ke-2, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, kecekapan dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid akan terus dipertingkatkan melalui Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang telah dilaksanakan sejak tahun 2011. Ini adalah untuk memastikan pelaksanaan wajib lulus Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjelang tahun 2016 dapat direalisasikan” katanya.
Selain itu, bagi meningkatkan penguasaan guru Bahasa Inggeris, program pemantapan tahap pengajaran Bahasa Inggeris (Profesional Upskilling of English Language Teachers atau Pro-ELT) telah dilaksanakan melibatkan 5,010 orang guru (kumpulan pertama) pada tahun 2013.
“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 76.4 peratus telah berjaya meningkatkan tahap profisiensi mereka sekurang-kurangnya satu band. Pada masa ini, seramai 9,002 orang guru sedang menjalani kursus berkenaan yang dijangka menamatkan latihan pada April 2015. Manakala, 10,000 orang guru lagi akan dapat dilatih secara berperingkat sehingga April 2016” kata Muhyiddin.
Terdahulu, Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2015 mengumumkan bermula sesi akademik 2015/2016 untuk Program Ijazah Sarjana Muda, tahap minimum Band MUET bagi kemasukan ke IPTA akan ditingkatkan seperti berikut:
(i) Pengajian Sastera dan Sains Sosial - Band 2
(ii) Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) - Band 3
(iii) Pengajian Undang-undang dan Perubatan - Band 4
Manakala syarat minimum bergraduat telah ditetapkan seperti berikut:
(i) Pengajian Sastera dan Sains Sosial - Band 3
(ii) Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) - Band 4
(iii) Pengajian Undang-undang dan Perubatan- Band 5
Pengajian STEM adalah merangkumi bidang Sains Tulen, Sains Teknologi Maklumat, Kejuruteraan, Geosains, Sains Hayat, Sains Matematik, Fizik, Astronomi, manakala Sains Sosial pula seperti Antropologi, Ekonomi, Psikologi dan Sosiologi.
Astro Awani
Wed Oct 15 2014
![ISU MUET: Tiada niat membelakangkan Bahasa Kebangsaan - Muhyiddin ISU MUET: Tiada niat membelakangkan Bahasa Kebangsaan - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/51402718165_295x200.jpg)
MUHYIDDIN: Tiada niat untuk membelakangkan Bahasa Kebangsaan dalam usaha memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar IPTA. -Gambar fail
![Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349606_TBINDONESIASENJATA.jpg)
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagangkan senjata api, bulan lepas.
![Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732176967_TBscam.jpg)
Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar
Inisiatif itu amat penting berikutan perkembangan pesat teknologi dan peningkatan kecekapan sindiket jenayah siber.
![BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3 BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739349155_tbBEREGUlelakinega.jpg)
BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3
Malaysia terpaksa akur tewas 2-3 kepada Hong Kong dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di China.
Gunung berapi Kilauea di Hawaii
Gunung berapi Kilauea di Hawaii memuntahkan lava sekali lagi dalam letusan baru pada Selasa.
Aset kripto jadi peluang baru pelaburan tetapi risiko masih ada
Namun Pengurus Negara, StashAway Malaysia, Wong Wai Ken berkata, pelabur harus tetap berhati-hati kerana aset kripto, walaupun banyak risiko telah dihapuskan, ia tetap merupakan kelas aset yang sangat volatil dengan potensi turun naik yang tinggi.
KWSP nafi salah laku, pelanggaran undang-undang dalam urus niaga MAHB
KWSP sekali lagi menekankan dasar "Chinese Wall" yang diamalkannya, iaitu pengasingan nyata antara kumpulan yang mempunyai akses kepada maklumat dalaman, dengan kumpulan yang berdagang di pasaran terbuka.
![Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739348672_SarawakAirBorneo.jpg)
Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.
![Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/41539605487_ADDICT.jpg)
Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.
![Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685516815_TBJHOLOW.jpg)
Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.
![Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349246_SemiconductorSemik.jpg)
Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA
Risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport Malaysia, khususnya semikonduktor adalah minimum.
![Kebolehpasaran lulusan TVET meningkat - Ahmad Zahid Kebolehpasaran lulusan TVET meningkat - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724486983_AhmadZahidHamidi.jpg)
Kebolehpasaran lulusan TVET meningkat - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran pelajar yang mengikuti program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) setakat ini berada sekitar 97.4 peratus, hasil kolaborasi pemain industri dan institusi TVET.
![Sekolah, institusi pendidikan KPM buka 20 Januari, IPT 1 Mac - Muhyiddin Sekolah, institusi pendidikan KPM buka 20 Januari, IPT 1 Mac - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41604885717_SANDAKANmurid.jpg)
Sekolah, institusi pendidikan KPM buka 20 Januari, IPT 1 Mac - Muhyiddin
Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) akan dibuka pada 20 Jan mengikut takwim yang diumumkan sebelum ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
![Kemasukan semula pelajar antarabangsa ke IPT bermula 1 Januari - Noraini Kemasukan semula pelajar antarabangsa ke IPT bermula 1 Januari - Noraini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602992977_TBNorainiAhmad.jpg)
Kemasukan semula pelajar antarabangsa ke IPT bermula 1 Januari - Noraini
Noraini bagaimanapun berkata, kebenaran itu tidak termasuk pelajar dari United Kingdom (UK).
![COVID-19: Cuepacs sokong saranan KPT tangguh pendaftaran kemasukan pelajar dari zon merah COVID-19: Cuepacs sokong saranan KPT tangguh pendaftaran kemasukan pelajar dari zon merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/81588001531_pelajariptbalik.jpg)
COVID-19: Cuepacs sokong saranan KPT tangguh pendaftaran kemasukan pelajar dari zon merah
Setiausaha Agung CUEPACS, Abdul Rahman Mohd Nordin berkata ia kerana kes semasa wabak COVID-19 semakin meningkat setiap hari.
![Kementerian Perpaduan pastikan kelab, sekretariat Rukun Negara diwujudkan di seluruh negara Kementerian Perpaduan pastikan kelab, sekretariat Rukun Negara diwujudkan di seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81598773373_HasniMohammad.jpg)
Kementerian Perpaduan pastikan kelab, sekretariat Rukun Negara diwujudkan di seluruh negara
Setakat ini terdapat 6,621 Kelab Rukun Negara di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara sejak 2004 dan 172 Sekretariat Rukun Negara di IPT.
![UNISEL nafi pensyarah terlibat dalam gabungan 115 ilmuan PhD UNISEL nafi pensyarah terlibat dalam gabungan 115 ilmuan PhD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/51592624163_UniversitiSelangor.jpg)
UNISEL nafi pensyarah terlibat dalam gabungan 115 ilmuan PhD
Dakwaan pensyarah atau institusi berkenaan terlibat dalam gabungan itu adalah tidak benar.
![Larangan merokok di IPTA, IPTS dipertimbang - Kementerian Larangan merokok di IPTA, IPTS dipertimbang - Kementerian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/61546949443_KEMPEN.jpg)
Larangan merokok di IPTA, IPTS dipertimbang - Kementerian
Kementerian Kesihatan sedang menimbang kemungkinan meluaskan lagi kawasan larangan merokok sehingga ke universiti.
![Enam pelajar IPTA, janda antara dicekup berkhalwat Enam pelajar IPTA, janda antara dicekup berkhalwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81451628560_Couple.jpg)
Enam pelajar IPTA, janda antara dicekup berkhalwat
Pasangan itu antara enam pasangan yang ditahan selepas disyaki berkhalwat tanpa sebarang ikatan sah di beberapa bilik hotel sekitar Melaka.
![Pelajar IPTA maut dikelar teman lelaki Pelajar IPTA maut dikelar teman lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/61368109033_295x200.jpg)
Pelajar IPTA maut dikelar teman lelaki
Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) maut dipercayai dikelar teman lelakinya di kilometer 228.2, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Bukit Gantang tengah hari tadi.
![Isu PTPTN: Pendapatan lebih RM8,000 tetap dapat pinjaman Isu PTPTN: Pendapatan lebih RM8,000 tetap dapat pinjaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/51412999012_295x200.jpg)
Isu PTPTN: Pendapatan lebih RM8,000 tetap dapat pinjaman
Orang ramai yang tidak menerima BR1M iminta tidak risau dengan pengurangan pembiayaan baharu PTPTN yang diumum 1 November lepas.