KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim mengharapkan semua pihak dapat berganding bahu dalam menyelesaikan isu naik taraf flat kos rendah di Johor khususnya di kawasan Skudai.
Ujar Marina, sudah berulang kali isu terbabit diketengahkan demi membantu menyelesaikan masalah rakyat namun usaha tersebut terhenti akibat ketidakstabilan politik.
"Sebagai ADUN Skudai, saya telah berulang kali menyuarakan kebimbangannya mengenai keadaan buruk di flat kos rendah di dalam dan di luar DUN, dan telah meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera.
"Saya sendiri juga turut membantu jawatankuasa pengurusan flat kos rendah di kawasan untuk memohon pembiayaan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menaik taraf flat kos rendah akan tetapi usaha tersebut terhenti kerana ketidakstabilan politik pada tahun lalu," jelasnya dalam kenyataan media pada Selasa.
Ujarnya, beliau menyambut baik titah Sultan Johor atas peringatan dan nasihat baginda mengenai keadaan perumahan flat kos rendah di Johor.
Malah harapan dititahkan baginda jelas Marina perlu diberi sokongan 100 peratus sebagai wakil rakyat demi keselesaan penduduk di negeri itu.
"Sebenarnya kebanyakan flat kos rendah di seluruh Malaysia menghadapi masalah yang sama, dan masalah ini seperti jalan buntu, dan tiada mana-mana pihak boleh menyelesaikan masalah jangka panjang.
"Unit-unit yang terlibat seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tenaga Nasional, Ranhill SAJ dan syarikat Indah Water harus memulakan mesyuarat meja bulat untuk membincangkan dan merangka penyelesaian jangka panjang.
"Penubuhan Kerajaan Perpaduan telah membawa kestabilan politik, dan saya amat berharap ahli parti pemerintah dan pembangkang menghentikan pertikaian dan perjuangan yang tidak bermakna, yang akan menjejaskan kestabilan politik negara kita," jelasnya lagi.
Ujarnya, di Skudai sahaja lebih 11 kawasan flat kos rendah menghadapi pelbagai permasalahan antaranya sistem pendawaian elektrik, sistem perpaipan, parit dan prasarana lain yang sudah uzur dan perlu dinaik taraf segera.
"Jika semua pihak tidak mengambil tindakan terhadap masalah tersebut, saya khuatir dalam tempoh 10 tahun akan datang ia akan menjadi masalah besar dan beban kepada kerajaan negeri.
"Hanya kestabilan politik yang dapat memastikan kerajaan dapat melaksanakan pelbagai dasar dengan lebih berkesan dan melakukan pembaharuan kepada negara untuk kepentingan rakyat," katanya lagi.
Terdahulu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, menzahirkan perasaan kecewa terhadap keadaan bangunan, penyelenggaraan serta tahap kebersihan flat-flat kos rendah di negeri itu.
Dalam hantaran terbaharu di laman sosial Facebook, baginda bertitah kebanyakan flat-flat kos rendah di Johor berada dalam keadaan daif, serta dipenuhi pelbagai sampah sarap yang dibuang merata-rata hingga menjadi tempat pembiakan serangga berbisa.
Fareez Azman
Tue May 16 2023

Marina Ibrahim mengharapkan semua pihak dapat berganding bahu dalam menyelesaikan isu naik taraf flat kos rendah di negara ini khususnya di kawasan Skudai. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Flat kos rendah: Jangan putar belit kenyataan saya - Sultan Johor
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi amaran kepada segelintir pihak supaya tidak menjadikan kenyataan baginda mengenai keadaan flat kos rendah di negeri ini sebagai isu politik.

Johor kerjasama dengan KPKT kenal pasti flat awam uzur
Katanya, kerajaan negeri atau pusat tiada bidang kuasa untuk membantu membaik pulih serta menyelenggara flat awam berkenaan.

Sultan Johor zahir rasa kecewa, keadaan flat kos rendah ibarat 'reban ayam'
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, menzahirkan perasaan kecewa terhadap keadaan bangunan, penyelenggaraan serta tahap kebersihan flat-flat kos rendah di negeri ini.