SHAH ALAM: UMNO perlu menghormati pendirian Parti Amanah Negara (Amanah) mengenai isu pengampunan diraja terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad menegaskan, dasar hormat menghormati dan kesepakatan untuk memelihara negara perlu diberi keutamaan berbanding perbezaan pendapat berhubung isu-isu khusus seperti pembebasan bekas Presiden UMNO itu.
“Kita akui Najib adalah individu berjasa bagi UMNO, jadi kita menghormati pendirian mereka (gesaan membebaskan Najib).
“Tetapi mereka (UMNO) perlu menghormati pendirian kita yang berbeza (iaitu) untuk tidak mengampunkan Najib,” katanya memetik laporan Harapan Daily.
BACA: Pemimpin Amanah berhak suarakan pandangan - Mohamad Sabu
BACA: Isu pengampunan Najib: Amanah parti 'kawan makan kawan' - Puad Zarkashi
Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Amanah sebagai parti ‘kawan makan makan’ susulan kenyataan Khalid yang merayu agar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak pengampunan ke atas bekas Ahli Parlimen Pekan itu.
Dalam pada itu Khalid menjelaskan, pendirian Amanah yang menolak pengampunan diraja ke atas Najib tidak seharusnya menjejas kesepakatan dalam Kerajaan Perpaduan.
Beliau berkata, prinsip 'agree to disagree' perlu dirai memandangkan kerajaan yang terbentuk hari ini terdiri daripada beberapa parti yang mempunyai perbezaan pemahaman politik.
Jelasnya, prinsip itu diperlukan bagi mengukuhkan kerjasama dan kesepakatan untuk memulihkan negara.
“Kerjasama ini terdiri daripada pelbagai parti dan kita berkongsi satu citra yang lebih besar iaitu pentadbiran yang bersih, cekap dan berkesan serta keselesaan rakyat
“Oleh itu, persamaan tersebut perlu mengatasi perbezaan dalam isu-isu tertentu,” tegasnya.
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu turut memohon maaf sekiranya pandangan Amanah terhadap isu pengampunan Najib menyebabkan segelintir ahli UMNO rasa terkilan, namun menyifatkan perkara berkenaan adalah hakikat yang diketahui umum.
"Bukan niat saya untuk melukakan hati mana-mana pihak tetapi sekadar menyatakan pandangan kami dalam isu yang penting ini,” ujarnya.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 30 2023

Khalid menegaskan, dasar hormat menghormati dan kesepakatan untuk memelihara negara perlu diberi keutamaan berbanding perbezaan pendapat berhubung isu-isu khusus seperti pembebasan bekas Presiden UMNO itu. - Gambar fail/Astro AWANI

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana akan mengambil beberapa langkah penting bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Isu pengampunan Najib: Kenyataan Khalid bukan mewakili Amanah - Zahid
Ahmad Zahid berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu selepas mengadakan perbincangan dengan pimpinan tertinggi Amanah.

Isu pengampunan Najib: UMNO perlu hormat pendirian Amanah - Khalid Samad
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad menegaskan, dasar hormat menghormati dan kesepakatan untuk memelihara negara perlu diberi keutamaan.

Semua pihak digesa henti komen tidak sepatutnya berhubung isu pengampunan Najib - Zahid
Ahmad Zahid menggesa semua pihak agar berhenti memberikan komen yang tidak sepatutnya berhubung isu pengampunan terhadap Najib Razak.