KUALA LUMPUR: Isu rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara angkara sindiket penipuan pekerjaan luar negara telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Plenari Menteri-Menteri Keselamatan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) yang ke-16, pada Rabu.
Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan, mesyuarat AMMTC tahun ini diadakan secara sesi sidang dalam talian dan disertai oleh 10 negara ASEAN, Negara Rakan Dialog ASEAN serta Sekretariat ASEAN, anjuran Kerajaan Kemboja selaku Pengerusi ASEAN tahun 2022.
"Ketua Delegasi Kerajaan Kemboja, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negerinya, Samdech Kralahom Sar Kheng, memberikan maklum balas positif dengan menyatakan komitmen untuk menyelamatkan mangsa serta bersama-sama dengan negara-negara yang terlibat bagi membanteras sindiket penipuan pekerjaan yang beroperasi di Kemboja.
"Melalui platform yang sama, KDN turut memaklumkan tentang penubuhan pasukan petugas khas di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedang giat menjalankan tindakan bagi menangani isu sindiket penipuan pekerjaan luar negara serta turut bekerjasama dengan INTERPOL, ASEANAPOL dan agensi penguatkuasaan lain," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Pada Rabu, Kabinet menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membantu membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara berikutan sindiket penipuan kerja.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, jawatankuasa khas itu akan diketuai Kementerian Luar Negeri dan disertai pelbagai agensi berkaitan.
BACA: Sindiket penipuan pekerjaan: Kabinet tubuh Jawatankuasa Khas - Abdul Latiff
Sementara itu, KDN turut bersama-sama menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyatakan komitmen kerajaan membantu dan menyelesaikan isu rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara disebabkan oleh sindiket penipuan pekerjaan luar negara.
Mesyuarat AMMTC itu disertai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz yang mewakili Menteri Dalam Negeri; Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani; Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dan pegawai-pegawai kanan KDN.
Sehingga Isnin lalu, seramai 143 orang mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja berjaya diselamatkan daripada 301 kes yang dilaporkan.
Afiezy Azaman
Thu Sep 22 2022

Menurut KDN, mesyuarat AMMTC tahun ini diadakan secara sesi sidang dalam talian dan disertai oleh 10 negara ASEAN, Negara Rakan Dialog ASEAN serta Sekretariat ASEAN, anjuran Kerajaan Kemboja selaku Pengerusi ASEAN tahun 2022. -Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

15 mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar warga Malaysia - Kedutaan
Kesemua rakyat Malaysia termasuk tiga wanita berusia antara 19 hingga 44 tahun berada dalam keadaan sihat, walaupun ada yang masih trauma dan kelihatan keletihan.

Sembilan ditahan dipercayai terbabit penipuan pekerjaan antarabangsa
Polis Melaka menahan sembilan individu termasuk tiga warga China yang dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan antarabangsa.

Terpengaruh gaji lumayan, dua sahabat jadi mangsa sindiket penipuan di Kemboja
Dua sahabat yang ditawarkan pekerjaan di kasino dengan gaji RM4,000 sebulan di Kemboja akhirnya menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di negara itu.

Mangsa penipuan pekerjaan di Kemboja kembali ke tanah air
Tujuh rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan pekerjaan dijadual pulang ke tanah air pada Jumaat selepas hampir dua bulan ditahan di pusat tahanan imigresen Kemboja.

Kerajaan tubuh jawatankuasa khas tangani sindiket penipuan kerja
KLN telah memanfaatkan pelbagai platform yang tersedia seperti media sosial, media massa dan hebahan secara fizikal bagi mempertingkatkan kesedaran rakyat Malaysia.

Lelaki terkandas di Myanmar: Polis Johor minta bantuan Bukit Aman, Interpol
Polis Johor akan meminta bantuan Bukit Aman serta Interpol dalam usaha membawa pulang seorang lelaki warga Malaysia yang terkandas di Myanmar.

Anwar rakam penghargaan kepada PM Kemboja bantu bawa pulang warga Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada rakan sejawatannya dari Kemboja Hun Sen atas sokongannya membawa pulang rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan.

Menyoroti perjalanan mangsa penipuan pekerjaan
Artikel ini adalah bahagian pertama laporan bersiri dua bahagian mengenai rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket.

Polis Malaysia, Thailand setuju perkukuh kerjasama banteras penipuan pekerjaan luar negara
Polis Malaysia dan Thailand bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam usaha membanteras penipuan pekerjaan di luar negara yang membabitkan rakyat kedua-dua negara itu.

Sindiket penipuan pekerjaan: 'Jangan terperdaya tawaran gaji tinggi, kami sengsara 4 bulan' - Mangsa
Orang ramai terutama golongan muda diingatkan supaya berhati-hati dengan tawaran gaji lumayan oleh agensi pekerjaan luar negara bagi mengelakkan menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan.