BAGAN SERAI: Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di sini bagi membantu siasatan berhubung satu hantaran di platform media sosial, Facebook oleh seorang individu berkaitan isu perkataan kafir yang tular sebelum ini.
Memetik portal Sinar Harian, Razman mengesahkan perkara itu menjelaskan, beliau diambil keterangan selepas dipanggil pihak polis susulan laporan dibuat oleh Setiausaha Politik Menteri Pendidikan hari ini.
"Ada satu akaun yang komen terhadap kenyataan tersebut. Mungkin polis mengesyaki sebab ada perkataan Razman itu, mungkin mereka ingat saya ada akaun kedua bagi tujuan menjatuhkan imej Menteri Pendidikan ini.
"Saya memang tidak ada kaitan apa-apa dengan akaun ini, jadi tak boleh dikaitkan dengan penghinaan terhadap Fadhlina Sidek," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol di sini pada Khamis.
Menurut ADUN Gunung Semanggol itu lagi, pihaknya bersedia untuk memberikan kerjasama kepada pihak polis jika kembali dipanggil dan menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak berkuasa.
Jelasnya, apa yang pasti penafian terhadap hantaran tersebut telah dibuat kerana ia bukan akaun Facebook kedua miliknya tetapi individu lain.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan mengenai perkara tersebut, namun enggan mengulas lanjut.
Menurutnya, perkara tersebut masih di peringkat awal dan pihak polis sedang melihat secara menyeluruh memandangkan ia sedang dalam siasatan.
Pada 31 Mac lalu, pihak polis mengesahkan telah menerima satu laporan berhubung isu fitnah mengaitkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang tular di aplikasi WhatApps dan Facebook.
Laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Sungai Maong, Kuching, Sarawak oleh Setiausaha Politik Menteri Pendidikan, Atiqah Syairah Shaharudin.
Terdahulu, Fadhlina dilaporkan berkata, video tular di media sosial berkaitan isu kafir itu telah diambil di luar konsensus dan diselewengkan konteks dengan cubaan jahat mahu mencalarkan imej serta kredibiliti beliau.
Dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook beliau sebelum ini, Fadhlina menyifatkan penularan video itu turut berniat mencetuskan kekecohan dalam isu berkaitan 3R (agama, bangsa dan institusi raja) dengan memercikkan pemesongan makna ucapan sebenar sehingga beliau ditohmah dengan ujaran kebencian, tuduhan tidak benar dan fitnah selain diancam keselamatan.
Agensi
Thu May 23 2024

Razman (tengah) bersama penyokongnya selepas memberi keterangan kepada polis di IPD Kerian di Bagan Serai hari ini. - Sumber foto FB Razman Zakaria

SVG Worldwide SS25 mendefinisikan semula fesyen jalanan Malaysia
Ashraf Anuar mencipta fenomena dalam dunia streetwear dengan koleksi yang diberi judul "The Journey."

“Nak beli baju raya? Rancang kewangan terlebih dahulu!” - Pakar
Boleh bergaya tapi jangan terjebak dengan hutang, nasihat Ketua Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya.
Malaysia harus percepatkan pertumbuhan produktiviti
Produktiviti Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan bagaimanapun tidak cukup pantas terutamanya jika dibandingkan dengan negara lain yang pernah berada pada kedudukan sama, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.
#AWANIRingkas 21 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 21 Februari 2025
1️⃣ Syarat menjadi jururawat lebih longgar
2️⃣ Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
3️⃣ Tolak usaha pindah Palestin secara paksa
#awaniringkas
1️⃣ Syarat menjadi jururawat lebih longgar
2️⃣ Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
3️⃣ Tolak usaha pindah Palestin secara paksa
#awaniringkas

TikTok LIVE Malaysia lancar kempen #BersamaDiRamadanRaya sempena musim perayaan
Inisiatif musim perayaan itu berlangsung selama lapan minggu dengan merubah platform tersebut menjadi hab yang meriah dengan reka bentuk baharu.
AWANI Pagi: Merancang kewangan 2025: Persiapan raya dan keperluan sekolah
Tahun ini, cabaran besar menanti keluarga apabila musim persekolahan bertembung dengan sambutan Ramadan dan Aidilfitri.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.

Boikot berterusan Starbucks, Maybank IB potong unjuran pendapatan Berjaya Food RM95 juta pada FY25
Katanya, kerugian bersih teras kumpulan pada 2QFY25 sebanyak RM31 juta menjadikan kerugian bersih teras 1HFY25 kepada RM65 juta.

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Isu perkataan kafir, Pesuruhjaya Pas Perak dipanggil bantu siasatan
Razman menjelaskan beliau diambil keterangan selepas dipanggil pihak polis susulan laporan dibuat Setiausaha Politik Menteri Pendidikan.

'Henti guna kafir, zionis, yahudi di Dewan Rakyat' - Speaker
Tan Sri Johari Abdul menegur Ahli Parlimen supaya tidak mengungkapkan perkataan-perkataan sensitif seperti kafir, zionis dan yahudi di Dewan Rakyat.

Kenapa ulama Pas 'takut' nak tegur wanita kafirkan penyokong UMNO, soal Razlan
Pengundi tidak seharusnya dimomokkan dengan agama apatah lagi dengan sentimen kalau tidak mengundi Pas, mereka akan menjadi kafir.

Jangan sesuka hati keluar 'fatwa' gelar suspek syahid, polis kafir - KPN
Tindakan beberapa individu yang mengeluarkan "fatwa" berlandaskan kefahaman sendiri dan melabelkan suspek sebagai "syahid" serta "polis kafir" adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

'Bukti penyatuan ummah berkesan' - Takiyuddin
Tindakan pihak tertentu cuba merosakkan hubungan Pas-UMNO menunjukkan kebimbangan mereka terhadap potensi besar bakal dikecapi hasil kerjasama dua parti Melayu itu.

Isytihar dahulu UMNO Islam, mesej Tun M kepada Pas
Beliau dalam nada sinis berkata sejak dahulu lagi Pas mengisytihar UMNO sebagai kafir dan kenyataan itu dilihat belum ditarik balik oleh parti Islam tersebut.

"Jangan menuduh orang sambut Hari Ibu sebagai kafir kerana ..." - Ini penjelasan PU Azman
Pencetus Ummah (PU) Azman tampil menjelaskan kekeliruan yang sering melanda orang ramai terutamanya yang beragama Islam dalam menyambut sambutan Hari Ibu.

Bukan Islam di Indonesia tidak lagi digelar 'kafir'
Cadangan mengharamkan menyebutkan warga Indonesia bukan Islam sebagai kafir tidak menghapus istilah itu dalam Al-Quran atau hadis, sebaliknya ia sikap teologis NU mengenai isu itu ketika ini.

LGBT berdosa tapi tak jadikan mereka kafir: Dr MAZA
Menurut Mufti Perlis, homoseksual merupakan satu dosa namun ia tidak menjadikan pelakunya terkeluar daripada Islam dan kadar dosa mereka hanya diketahui Allah.

Elak tudung corak 'dreamcatcher' - Mufti Wilayah
Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, dreamcatcher pada asalnya satu alat yang menjadi kepercayaan kuno penduduk asli Amerika.