PUTRAJAYA: Isu perolehan, penguatkuasaan dan 'grand corruption' merupakan penyumbang kepada risiko berlakunya rasuah yang paling tinggi dalam negara, kata Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Razim Mohd Noor.
Beliau berkata dalam statistik maklumat yang diterima dari tahun 2019 hingga April 2022, isu pentadbiran telah menyumbang 37.5 peratus, penguatkuasaan sebanyak 24.4 peratus manakala perolehan pula 24.2 peratus daripada jumlah maklumat keseluruhan yang diterima.
"Umumnya, masyarakat kita sedar dan tahu tentang kesalahan perbuatan memberi dan menerima suapan namun kesedaran untuk tidak mengamalkannya masih di tahap membimbangkan jika dinilai daripada statistik kes rasuah yang disiasat SPRM.
"Secara tidak langsung, ia membuktikan masih ada juak-juak tertentu yang perlu diberi perhatian agar perbuatan rasuah tidak terus menular," katanya ketika berucap pada Program Perolehan Bebas Rasuah: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Agensi Agama di Bangi pada Selasa.
Razim juga berkata pengurusan dana yang diterima daripada kerajaan perlu diurus dengan baik, telus dan adil supaya tidak berlaku penyelewengan.
"Tanggungjawab yang sangat besar sebenarnya dalam melaksanakan agihan peruntukan ini kepada penerima akhir agar tiada pihak yang didiskriminasi," katanya.
Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Aminudin Mohamad, yang membacakan teks ucapan Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata pegawai dan anggota agensi serta jabatan agama perlu membentuk nilai positif dalam diri, kuat dan amanah, cekap dan berintegriti serta sentiasa jujur dan telus dalam melakukan pekerjaan, mempamer budaya kerja Islam selain sentiasa bersungguh-sungguh dalam pekerjaan.
"Agensi agama perlu bersih dan dilihat bersih. Kita perlu berhemah dan berhati-hati dalam menguruskan wang rakyat. Kita tidak mahu agensi agama dilabel sebagai tidak efektif... Kita perlu menangkis persepsi dan tohmahan bahawa institusi agama turut terpalit dengan isu ketirisan, rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan," katanya.
Hakimah berkata agensi dan jabatan agama perlu sentiasa menunjukkan teladan yang baik dalam segala urusan dan tindakan selain berusaha menjaga nama baik organisasi serta imej Islam.
"Jika kita tersilap langkah, tersalah atur, akan memberi impak yang sangat besar kepada agama, sangat memalukan dan sangat mengaibkan," katanya.
Program Perolehan Bebas Rasuah: Jakim dan Agensi Agama, yang dihadiri 150 pegawai kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan sokongan, diadakan sebagai antara usaha ke arah pemantapan governans, integriti dan antirasuah bagi memastikan tidak berlaku rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan ketirisan dalam pengurusan perolehan kerajaan serta wang awam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 19 2022
![Isu perolehan, penguatkuasaan dan 'grand corruption' penyumbang tertinggi risiko berlaku rasuah - SPRM Isu perolehan, penguatkuasaan dan 'grand corruption' penyumbang tertinggi risiko berlaku rasuah - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658154350_SPRMMDBrasuah.jpg)
Pengurusan dana yang diterima daripada kerajaan perlu diurus dengan baik, telus dan adil supaya tidak berlaku penyelewengan. - Gambar fail
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Seorang pemandu lori kontena maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan di laluan keluar Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala Lebuhraya Kesas, awal pagi Selasa.
Kanak-kanak tujuh tahun lemas di kolam kondominium
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun disahkan meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di sebuah kolam renang di Tasik Residensi, Jalan Putra Prima Utama, Puchong, semalam.
Kanak-kanak dipukul telah dapatkan rawatan - Nancy Shukri
Kanak-kanak perempuan yang dipukul seorang wanita sehingga terkena bucu kerusi dan mengalami pendarahan di kening, telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Wanita pukul anak hingga terhantuk bucu kerusi ditahan
Polis menahan seorang wanita yang tergamak memukul anak perempuannya sehingga tersungkur jatuh dan terhantuk bucu bangku hingga berdarah pada dahi di hadapan sebuah pasar raya di Jejawi, Arau, pada Isnin.
Sambutan Thaipusam di Batu Caves terus meriah
Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim membawakan perkembangan terkini dari batu Caves sempena sambutan Thaipusam.
![Presiden Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra Presiden Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739247569_PresidenErdogan.jpg)
Presiden Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Sebaik tiba pada 11.10 pagi, Erdogan disambut Perdana Menteri Anwar sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
![1 maut, 3 cedera dalam insiden babitkan dua jet di Arizona, AS 1 maut, 3 cedera dalam insiden babitkan dua jet di Arizona, AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739246839_ScottsdaleAirport.jpg)
1 maut, 3 cedera dalam insiden babitkan dua jet di Arizona, AS
Sebuah pesawat Learjet 35A terbabas dari landasan dan melanggar jet perniagaan 'Gulfstream 200' yang berada di kawasan lapangan terbang Scottsdale.
[TERKINI] Istiadat sambutan rasmi sempena lawatan Presiden Turkiye
Istiadat sambutan rasmi sempena lawatan Presiden Turkiye
![Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735790030_singapore.jpg)
Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan
Parvane Heidaridehkordi dibatalkan pas lawatan jangka panjangnya, manakala suaminya Soo Thean Ling kehilangan status penduduk tetap.
![Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739245878_TBNANCY.jpg)
Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy
Nancy turut mengesahkan bahawa suspek wanita berkenaan telah ditahan oleh pihak polis.
![Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731742624_tbAzamBaki.jpg)
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
!['Saya tidak pernah jejak Ambank untuk lakukan rasuah' - Najib 'Saya tidak pernah jejak Ambank untuk lakukan rasuah' - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733135706_NajibTunRazak.jpg)
'Saya tidak pernah jejak Ambank untuk lakukan rasuah' - Najib
Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi KL bahawa, beliau tidak pernah menjejakkan kaki di Ambank Jalan Raja Chulan, di ibu negara untuk melakukan jenayah.
![Perolehan projek mineral: SPRM sahkan bekas CEO Sabah Mineral Management dirakam percakapan Perolehan projek mineral: SPRM sahkan bekas CEO Sabah Mineral Management dirakam percakapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731839512_tbSPRM.jpg)
Perolehan projek mineral: SPRM sahkan bekas CEO Sabah Mineral Management dirakam percakapan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd, Jontih Enggihon bagi membantu siasatan.
![SPRM berusaha kesan Mohamad Faizul Kamaruddin bantu siasatan kes SPRM berusaha kesan Mohamad Faizul Kamaruddin bantu siasatan kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724922901_tbSPRM.jpg)
SPRM berusaha kesan Mohamad Faizul Kamaruddin bantu siasatan kes
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang berusaha mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan.
![Op Favish: SPRM beku akaun persendirian, syarikat Vivy dan Fadza bernilai kira-kira RM1.1 juta Op Favish: SPRM beku akaun persendirian, syarikat Vivy dan Fadza bernilai kira-kira RM1.1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730902896_vivyyusofsuami.jpg)
Op Favish: SPRM beku akaun persendirian, syarikat Vivy dan Fadza bernilai kira-kira RM1.1 juta
SPRM membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar bernilai kira-kira RM1.1 juta.
![Bekas eksekutif syarikat petroleum dan gas direman terima rasuah RM370,000 Bekas eksekutif syarikat petroleum dan gas direman terima rasuah RM370,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61725030021_tbSPRM.jpg)
Bekas eksekutif syarikat petroleum dan gas direman terima rasuah RM370,000
Seorang bekas eksekutif kanan sebuah syarikat petroleum dan gas ditahan reman SPRM di ibu negara, pada Selasa selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah dianggarkan RM370,000.
![SPRM bertindak tanpa rasa takut, pilih kasih SPRM bertindak tanpa rasa takut, pilih kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724922901_tbSPRM.jpg)
SPRM bertindak tanpa rasa takut, pilih kasih
SPRM dalam kenyataan memaklumkan setiap tindakan penguatkuasaan yang dijalankan adalah tanpa rasa takut atau pilih kasih.
![Terima rasuah RM10,000: Dua penjawat awam ditahan Terima rasuah RM10,000: Dua penjawat awam ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717914597_BajuLokap.jpg)
Terima rasuah RM10,000: Dua penjawat awam ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan dua penjawat awam kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM10,000.
![Rasuah: Bekas pengurus bank ditahan SPRM Rasuah: Bekas pengurus bank ditahan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717914597_BajuLokap.jpg)
Rasuah: Bekas pengurus bank ditahan SPRM
Seorang bekas pengurus bank ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.
![Anak MB Perlis, empat yang lain dilepas dengan jaminan SPRM Anak MB Perlis, empat yang lain dilepas dengan jaminan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713938085_anakmenteribesarj.jpg)
Anak MB Perlis, empat yang lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini.