Isu demonstrasi menuntut kuih tradisional popia sebagai hak milik Indonesia dan Malaysia diminta tidak membuat sebarang tuntutan mengenainya, tidak harus diperbesarkan kerana tidak memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
Ketua Dewan Perwakilan Daerah Indonesia Irman Gusman berkata demonstrasi itu dibuat sekadar bertujuan memperkenalkan kuih itu yang dinamakan 'Lumpia Semarang' sebagai makanan warisan republik itu.
"Isu popia ini bagai masalah adik dengan kakak yang melibatkan hal-hal kecil sahaja dan langsung tidak memberi masalah kerana selepas itu kita akan berbaik semula," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di Bangunan Parlimen di sini, hari ini. Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.
Jumaat lepas, satu demonstrasi diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta yang meminta Malaysia menarik balik tuntutan pemilikan ke atas popia atau Lumpia Semarang.
Terdahulu, Irman bersama-sama 20 delegasi Indonesia meluangkan masa hampir dua jam bertemu Abu Zahar bagi membincangkan pelbagai perkara termasuk pengukuhan hubungan di antara kedua-dua negara terutama dalam bidang kebudayaan dan pendidikan.
Sementara itu, Irman berkata Indonesia dan Malaysia akan terus berusaha membawa bahasa Indonesia-Melayu diiktiraf sebagai bahasa antarabangsa.
"Hubungan kebudayaan ini penting kerana Bahasa Indonesia-Melayu ini hampir ditutur oleh 600 juta orang dan ia berpotensi menjadi bahasa antarabangsa," katanya.
Bernama
Mon Feb 23 2015

Isu popia tidak harus diperbesarkan - Ketua Dewan Perwakilan Indonesia
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.
AWANI Ringkas: Kerjasama Institusi Pondok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Saya dah tunggu setahun untuk keputusan ini' - Sarah Yasmine tuntut RM875,000 daripada Aliff Aziz
Sarah juga memberi tempoh tujuh hari kepada Aliff untuk melunaskan jumlah yang diminta atau bersedia menghadapi tindakan lanjut.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur.
Angka korban akibat ribut di selatan Argentina meningkat kepada 15
Angka korban akibat ribut kencang yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina pada Jumaat meningkat kepada 15 orang dan dijangka akan terus meningkat.

Lady Gaga buat 4 konsert di Stadium Nasional Singapura pada Mei 2025
Singapura akan menjadi satu-satunya destinasi di rantau Asia bagi Lady Gaga dalam konsert jelajahnya kali ini.
"Amerika bukan Kanada", bidas Mark Carney terhadap ancaman AS
Bekas pegawai bank pusat, Mark Carney bertegas Kanada tidak akan pernah menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat dan sentiasa bersedia apabila ada pihak yang mencabar kedaulatannya.
Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza
Serangan berterusan di Gaza memberi kesan amat dahsyat kepada wanita, dengan seramai 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.

Lebih 120,000 terjejas akibat banjir di Indonesia
BNPB sedang menyelaraskan usaha bantuan termasuk pemindahan mangsa dan pengagihan makanan.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Kes tembakan APMM: Malaysia-Indonesia selesai secara damai - Saifuddin
Malaysia dan Indonesia sepakat menyelesaikan insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Selangor secara damai bagi memastikan hubungan diplomatik kekal terpelihara.

Terminal feri Puteri Harbour bakal sedia perjalanan ke Singapura, pacu pertumbuhan di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad tidak menolak kemungkinan bersedia bagi menawarkan perjalanan menerusi laluan air ke Singapura dari Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dalam masa terdekat.

Video 'deepfake' Prabowo jadi bahan perdaya rakyat Indonesia
Video penipuan menggunakan teknologi 'deepfake' berjaya memperdayakan ribuan rakyat Indonesia.

Indonesia kurangkan harga tiket penerbangan domestik 13-14 peratus sempena Aidilfitri
Pengurangan harga itu mencerminkan komitmen kerajaan menyokong rakyat yang merancang menyambut Aidilfitri di kampung halaman.

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu, Singapura, Thailand, Kemboja mulai Ahad
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada 1 Mac manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada 2 Mac.

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu
Kementerian Agama Republik Indonesia menetapkan 1 Ramadan 1446 Hijrah jatuh pada Sabtu, 1 Mac 2025, hasil sidang penetapan yang diadakan di Jakarta pada Jumaat.

"Yulia bukan pembantu rumah, dia sebahagian daripada keluarga kami"
Rafidah Partiman dan Ahmad Hakimi Tajuk Arus antara majikan bertuah yang pernah menerima kehadiran pembantu rumah yang bertanggungjawab.

Indonesia lancar kempen kutipan AS$200 juta untuk Palestin
Kempen berkenaan akan bermula pada Ramadan, dengan dana yang dikumpul diperuntukkan untuk bantuan kemanusiaan dan usaha pembinaan semula di Gaza.