KUALA LUMPUR: Projek pembelian kapal tempur pesisir pantai (Littoral Combat Ship, LCS) bukanlah kerana negara mahu bersiap untuk berperang, tetapi untuk keselamatan perairan negara terutamanya buat kapal-kapal dagang.
Kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Herizal Hezri, walaupun tiada ketegangan antara mana-mana negara jiran, perairan negara sentiasa terdedah kepada pelbagai lagi bentuk ancaman.
Katanya, Malaysia adalah satu negara yang sangat komited ke arah Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali di mana kita mengetengahkan inisiatif yang tidak perlu ke arah peperangan.
Namun begitu harus difahami bahawa tanggungjawab terpenting mana-mana negara di dunia ini adalah untuk memperkukuhkan pertahanan negara itu sendiri.
“Hari ini cabaran kita bukan saja dari segi peperangan antara negara tapi juga ada bentuk-bentuk pergerakan atau kumpulan-kumpulan yang tidak mempunyai konsep kenegaraan yang berlegar-legar di perairan kita dan perairan jiran.
“Selat Melaka dan Laut China Selatan itu adalah laluan dagang yang penting, bagi saya kita perlu pastikan keselamatan di wilayah ini ditingkatkan supaya perdagangan tidak terganggu di laluan ini,” katanya.
Melihat kepada sejarah sendiri, Kesultanan Melayu Melaka dahulu merupakan satu kerajaan yang mana perdagangan laut adalah teras ekonominya, diteruskan sehingga hari ini sebagai negara yang bukan sahaja mementingkan perdagangan tapi juga keselamatan serantau.
Lanun antaranya yang boleh menggugat kelancaran laluan perdagangan laut yang secara langsung dapat menganggu rentak ekonomi sesebuah negara, malah berpotensi mencetuskan ketegangan di rantau ini.
Maka beliau melihat projek pembelian LCS itu perlu diteruskan hingga terlaksana dengan jayanya, meskipun dipalit kes salah laku urus tadbir, kerana manfaatnya cukup besar kepada negara.
Tonton temubual bersama beliau dalam program Agenda AWANI dihoskan oleh Dzulfitri Yusop, di sini:
Israr Khalid
Wed Mar 02 2022

Salah satu daripada enam unit Kapal Tempur Pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). - Foto BERNAMA

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Isu projek LCS: Bukan untuk perang, tapi keselamatan laluan dagang di perairan negara - Penganalisis
Walaupun tiada ketegangan antara negara serantau, perairan negara sentiasa terdedah kepada pelbagai ancaman.