Orang ramai yang tidak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diminta tidak risau dengan pengurangan pembiayaan baharu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diumum 1 November lepas.
Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, pinjaman tetap diterima walaupun pendapatan isi rumah sesebuah keluarga melebihi RM8,000 sebulan.
"Kita beri 75 peratus kadar PTPTN kepada peminjam atau ibu bapa yang mempunyai pendapatan bulanan bawah RM8,000.
"Bagi yang melebihi RM8,000 pula, pinjaman sebanyak 50 peratus daripada jumlah keseluruhan akan diberi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Shamsul mengulas pertanyaan melihat kemampuan golongan yang tidak menerima BR1M dalam membiayai anak untuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Sebelum ini, Ketua Pegawai Pemasaran dan Perhubungan Strategik PTPTN Mastura Mohd Khalid mengumumkan pengurangan pembiayaan baharu PTPTN untuk pelajar IPTA dikurangkan lima peratus dan 15 peratus untuk pelajar IPTS.
Bagaimanapun, jumlah pembiayaan pelajar ijazah Sarjana Muda Perubatan di IPTS dikekalkan dan tidak mengalami sebarang pengurangan kerana yuran pengajiannya yang tinggi.
Dalam pada itu kata Shamsul, terma baru itu sebenarnya penambahbaikan daripada syarat lama sebelum ini.
"Ada kebaikan daripada dahulu, sebelum ini hanya pembayaran yuran kepada mereka yang mempunyai pendapatan lebih RM5,000.
"Apa yang penting, tidak terima BR1M namun tetap dapat PTPTN," ujarnya.
Ujarnya, data BR1M digunakan sepenuhnya untuk rujukan maklumat pendapatan pemohon PTPTN.
"Kita jadikannya pengukur, ia dapat mengelakkan mereka yang sebenarnya mampu tetapi masih memohon PTPTN penuh," jelasnya.
Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad menyelar tindakan pengurangan pembiayaan PTPTN itu dengan alasan tidak wajar ketika rakyat berhadapan tekanan kewangan.
Katanya, akses pendidikan kini dilihat bukan satu kemewahan sebaliknya menjadi satu keperluan.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sebelum ini memberitahu, lebih 500,000 peminjam PTPTN sehingga kini masih liat membayar balik pinjaman masing-masing walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan oleh kerajaan.
Astro Awani
Wed Nov 05 2014

Shamsul: Pendapatan lebih RM8,000 tetap dapat pinjaman
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.

20 tahun terkurung, bekas banduan Al-Ma'unah kekok dengan dunia luar
Ahmad, yang sepatutnya menjalani hukuman penjara sepanjang hayat, adalah antara 13 bekas ahli kumpulan Al-Ma'unah yang dibebaskan awal susulan pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong.