KUALA LUMPUR: Isu berkaitan pelarasan pendaftaran pusat jagaan antara isu utama yang akan ditangani oleh Jawatankuasa Khas Kabinet Melindungi Golongan Rentan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Beliau berkata prosedur dan syarat berlainan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) menimbulkan kesukaran pusat jagaan untuk memenuhi syarat itu malah setiap prosedur juga saling berkait dan bersangkutan antara tugas dan kuasa di setiap kementerian terlibat.
Rina berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) komited untuk menjalin kerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan PBT bagi memastikan tatacara pendaftaran pusat jagaan dapat ditambah baik agar golongan rentan mendapat perlindungan sewajarnya.
"Kelulusan pusat jagaan bukanlah autoriti KPWKM semata-mata malah ia melibatkan pemeriksaan serta penilaian agensi teknikal yang lain seperti PBT, Jabatan Kesihatan dan bomba.
"Kesukaran mendapatkan lesen operasi akan menyebabkan banyak pusat jagaan tidak berdaftar wujud di negara ini demi memenuhi keperluan permintaan pelbagai pihak," menurutnya dalam kenyataan pada Ahad.
Rina berkata selain memastikan semua pusat jagaan adalah berdaftar, ia perlu diimbangi dengan kewajipan menjaga keselamatan penghuninya yang terdiri daripada kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya dan seumpamanya.
"Kita juga tidak mahu berlaku situasi banyak pusat jagaan didaftarkan namun kualiti pengoperasian dan khidmat penjagaan yang berikan kepada golongan rentan tidak mengikut SOP (prosedur operasi standard) tetapkan," katanya.
Beliau berkata pendekatan melaksanakan ujian saringan kesihatan mental terhadap pengasuh dan petugas pusat jagaan juga akan diteliti oleh jawatankuasa khas itu bagi memastikan mereka memiliki tahap kesihatan mental yang baik serta tidak cenderung melakukan pengabaian, penderaan serta penganiayaan terhadap individu jagaan mereka.
Katanya KPWKM akan membentangkan memorandum kepada Jemaah Menteri bagi melaksanakan penubuhannya dengan segera selain perincian berkaitan jawatankuasa khas itu akan diumum dalam tempoh terdekat.
Pada Sabtu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Melindungi Golongan Rentan bagi melindungi kebajikan golongan itu khususnya kanak-kanak, OKU, wanita dan warga emas.
Jawatankuasa itu, yang dipengerusikan Perdana Menteri dan dianggotai KPWKM, KPKT, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan serta Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), antara lain akan memastikan semua pusat jagaan yang beroperasi diurus mengikut prosedur dan peruntukan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 24 2022

Rina berkata KPWKM komited untuk menjalin kerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan PBT. - Foto BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Isu pusat jagaan antara fokus jawatankuasa khas kabinet lindungi golongan rentan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) komited untuk menjalin kerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan PBT.

Sumbangan wanita kepada ekonomi kukuhkan institusi keluarga
Beliau berkata kebelakangan ini, sebahagian besar masalah dan kegagalan rumah tangga disebabkan faktor ekonomi.

Skuad Waja daftar 123,721 sukarelawan - Rina Harun
Seramai 123,721 sukarelawan Skuad Waja telah didaftarkan di seluruh Malaysia setakat 3 Feb lepas sejak ia dilancarkan pada 2021.

16 calon wanita untuk bertanding PRN Johor - Wanita PN
Wanita Perikatan Nasional (PN) mengemukakan sebanyak 16 nama untuk disenaraikan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini.

KPWKM jangka penerima bantuan JKM tahun ini cecah 550,000 orang
Penerima bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun ini dijangka mencecah 550,000 orang.

5,731 PPS dikenal pasti mampu tampung 1.63 juta mangsa bencana banjir
Penyediaan PPS itu bagi mendepani monsun timur laut yang bermula Oktober lepas dan dijangka berakhir Mac 2022.

Projek Rintis Bayaran Bantuan Tanpa Tunai jana transaksi lebih RM300,000
Projek melibatkan penerima bantuan JKM di beberapa daerah di Perlis, Kedah dan Melaka, dengan penyertaan 246 premis.

Modul Skuad Waja akan ditambah baik
Modul yang digunakan sekarang bagi melatih sukarelawan adalah untuk menerapkan pengetahuan berkaitan kemahiran peringkat asas.

PRN Melaka: Enam calon wanita bukti keprihatinan kepimpinan PN - Rina
Beliau yakin calon yang dipilih berwibawa dan mampu memberi kemenangan kepada PN.

Bajet 2022 mampu perkasa golongan wanita - Rina
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyifatkan Bajet 2022 mampu memperkasa golongan wanita dan institusi kekeluargaan ketika pasca pandemik serta banyak memberi manfaat kepada pel