KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemukan sebarang transaksi pemindahan wang terhadap mana-mana pegawai di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang diterima daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Dapatan itu diperoleh SPRM berdasarkan siasatan awal terhadap aktivis politik pro-Perikatan Nasional Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga yang didakwa menerima ganjaran untuk membantu NGO itu mendapat geran kerajaan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata terdapat tohmahan yang mendakwa pihak JPM mendapat wang kembali selepas memberikannya kepada NGO terbabit.
"Siasatan mendapati dana itu diberi kerajaan kerana NGO terbabit membuat permohonan namun setakat ini tiada indikator yang menunjukkan wang itu diberi kepada pegawai tertentu di JPM," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah ke-10 di Dewan Tun Hussein Onn, World Trade Centre di sini yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Zuki Ali hari ini.
Azam turut mengulangi kenyataan beliau bahawa SPRM tidak menahan Ratu Naga sebaliknya hanya memanggil beliau dan pihak lain untuk dirakam percakapan berhubung dakwaan itu.
"Saya nak betulkan kenyataan beberapa pihak iaitu beliau tidak ditangkap. Kami memanggil semua termasuk saksi-saksi lain terlibat dengan NGO itu," katanya.
Aktivis politik itu disiasat berhubung dakwaan telah menerima beberapa peratus hasil kutipan sumbangan yang diberikan kepada sebuah badan bukan kerajaan.
Dalam perkembangan lain, Azam berkata pihaknya memberikan tempoh lanjutan bagi dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengisytiharkan harta mereka.
Beliau berkata kedua-dua anak Dr Mahathir iaitu Tan Sri Mohkzani dan Mirzan sebelum ini ada memohon lanjutan masa bagi mengisytiharkan harta dimiliki.
"Susulan permohonan lanjutan yang dipohon, menjadi satu kewajaran bagi pihak SPRM melanjutkan tempoh yang diberikan sebelum ini dan tempoh lanjutan selama 30 hari lagi diberikan setelah tempoh pertama diberikan bermula 17 Jan lepas untuk mengisytiharkan harta.
"Ini kerana harta-harta yang terlibat untuk disiasat adalah banyak dan perlu lebih terperinci untuk mendapatkan dokumen atau akaun yang berkaitan," katanya pada sidang media sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024

Azam ketika sidang media selepas Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Kali Ke-10 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini. - Foto Bernama

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Isu Ratu Naga: Tiada transaksi pemindahan wang libatkan pegawai JPM - Azam Baki
SPRM tidak menemukan sebarang transaksi pemindahan wang terhadap mana-mana pegawai di Jabatan Perdana Menteri yang diterima daripada NGO.

Ratu Naga tidak ditahan, hanya dipanggil beri keterangan - Azam Baki
Penyedia kandungan media sosial Syarul Ema Rena Abu Samah, atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga, tidak ditahan sebaliknya dipanggil untuk memberi keterangan oleh SPRM.

SKMM kesan 'Ratu Naga' didakwa muat naik gambar jelik dan fitnah
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengesan seorang wanita menggunakan profil Facebook 'Ratu Naga' untuk memuat naik gambar bersifat jelik dan berunsur menghina.

Deklarasi Rakyat: 'Ratu Naga' sumpah laknat tidak kenal Azharuddin
Syarul Ema Rena Abu Samah yang turut dikenali dengan gelaran 'Ratu Naga' di alam maya, hari ini, membuat sumpah laknat bahawa beliau tidak kenal pengaturcara komputer bebas bernama Azharuddin Othman.