Pendirian Malaysia mengenai krisis Rohingya bukan satu tentangan terhadap Myanmar namun sebagai penyokong ke arah satu resolusi keamanan.
Pakar krisis kemanusiaaan Lilianne Fan berkata, sentimen antara Malaysia dan Myanmar telah menjadi cabaran utama bagi organisasi dan badan bukan kerajaan yang sedang menyalurkan bantuan di Rakhine.
"Saya berpendapat Malaysia bukan sengaja menimbulkan tentangan terhadap Myanmar. Malaysia menyatakan kebimbangan kerana melihat pelanggaran hak asasi manusia sedang berlaku di sana," katanya kepada Astro AWANI, di sini hari ini.
Jelasnya, Myanmar adalah anggota ASEAN dan sudah menandatangani Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN, oleh itu ia menjadi kepentingan semua pihak untuk melindungi rakyat rantau itu.
"Antara cabaran agensi kemanusiaan di Rakhine adalah golongan Buddha yang melihat komuniti antarabangsa hanya sebagai mencampur tangan terhadap isu di Myanmar.
"Terdapat sentimen anti-NGO (bukan badan kerajaan) dan anti-PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) ketika ini terutamanya di Rakhine.
"Ia bercanggah dengan mandat komuniti antarabangsa untuk melindungi golongan yang memerlukan bantuan, dalam kes ini mereka adalah golongan Rohingya Muslim," katanya.
Katanya, baru-baru ini kerajaan Myanmar sudah bersetuju untuk menerima bantuan dari Pusat Kordinasi Bencana ASEAN yang beroperasi di Jakarta.
"Sebelum ini, ASEAN sudah memberi respon kepada Myanmar pada 2008, dan kali ini ada potensi untuk melakukannya sekali lagi di Rakhine.
"Tetapi kita perlu memahami mandat dan mekanisme yang akan dilaksanakan seperti akses ke kawasan konflik dan pengedaran saluran bantuan," katanya.
Lilianne yang juga Pengarah Antarabangsa dan Pengasas Bersama Yayasan Geutanyoë menekankan kepentingan pelaksanaan cadangan Suruhanjaya Penasihat Rakhine, diketuai oleh pengerusi, bekas ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kofi Annan.
Menerusi laporan yang bertajuk “Towards a Peaceful, Fair and Prosperous Future for the People of Rakhine”, Annan memberi 88 cadangan yang menyentuh hal pembangunan ekonomi, akses kemanusian, kebebasan pergerakan dan undang-undang kewarganegaraan.
Dania Zainuddin
Tue Sep 26 2017

Myanmar adalah anggota ASEAN dan sudah menandatangani Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN, oleh itu ia menjadi kepentingan semua pihak untuk melindungi rakyat rantau itu. - Gambar fail
Harga makanan di seluruh Gaza melonjak lebih 100 kali ganda - PBB
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan bahawa harga makanan di seluruh Gaza melonjak lebih 100 kali ganda susulan tindakan Israel menyekat lintasan ke wilayah terkepung itu.
[TERKINI] Polis sahkan wanita Jepun jatuh dari tingkat 4 isteri usahawan dan pempengaruh
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya pagi Jumaat lalu adalah isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Abdul Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridzokumura.

Pendandan rambut mengaku tidak bersalah cederakan suami guna penyapu, pisau
Seorang pendandan rambut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mencederakan suaminya, Jumaat lepas.

Wanita dipenjara 10 tahun kerana amang seksual anak perempuan jiran
Seorang wanita dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, selepas didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 13 tahun.

Empat RUU berkaitan kecekapan perkhidmatan, kerajaan tempatan dibentang di Dewan Rakyat
RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 bertujuan meningkatkan kualiti, kecekapan, dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan.
[TERKINI] Dua lagi kakitangan digantung, pengurusan Astro bertemu MCMC
Astro Audio adakan siasatan dalam terperinci berhubung kes kandungan dalam talian yang menimbulkan sensitiviti dalam kalangan masyarakat khususnya kaum India. Pengurusan Tertinggi Astro telah mengadakan perjumpaan dengan MCMC.

Kandungan kurang sensitif: Astro Audio bertemu MCMC, gantung tugas Azad, Nabil, Radin dan dua lagi
Susulan insiden penerbitan kandungan kurang sensitif sehingga menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak, pihak Astro Audio telah menggantung tiga penyampai radio Pagi ERA dan dua lagi.

Pengembalian autonomi Parlimen sebahagian besar reformasi institusi Madani - PM
Kerajaan mahu pastikan Parlimen berfungsi sebagai badan legislatif yang benar-benar bebas, berwibawa, dan berdaya saing.
Hakim Jepun dipilih sebagai presiden baharu ICJ
Hakim Jepun, Yuji Iwasawa dipilih sebagai presiden baharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi tempoh 2025 sehingga 5 Februari 2027.
Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan
Peningkatan produktiviti boleh dicapai menerusi program menambah kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kewujudan pusat kecemerlangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu Rohingya: Pendirian Malaysia bukan sebagai tentangan terhadap Myanmar
Pendirian Malaysia mengenai krisis Rohingya bukan satu tentangan terhadap Myanmar namun sebagai penyokong ke arah satu resolusi keamanan.

Malaysia kutuk serangan di utara Rakhine
Wisma Putra berkata Malaysia sangat bimbang dengan serangan itu dan perkembangan susulan yang mungkin menyebabkan kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa dan pemindahan penduduk.