Isu berbangkit melibatkan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan akan menjadi keutamaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Dalam satu kenyataan lewat petang Isnin, Maximus berkata, peranan yang dipertanggungjawabkan kepada beliau cukup besar dalam mengetengahkan isu-isu Sabah dan Sarawak sekali gus mencari jalan penyelesaian.
"Bagaimanapun, ini adalah peluang untuk saya mewakili rakyat di Sabah dan Sarawak mencari jalan penyelesaian melibatkan hal-hal dalam lingkungan Persekutuan Malaysia sama ada dalam hal undang-undang, dasar, keselamatan dan pembangunan secara keseluruhannya.
"Kami (Parti Bersatu Sabah) sangat menghargai pelantikan itu dan saya akan berusaha melakukan yang terbaik," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
BACA: Senarai barisan Kabinet Malaysia 2020
Dalam masa sama, Maximus turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kepercayaan dan peluang untuk berkhidmat kepada negara.
Terdahulu, Muhyiddin pada sidang media khas di Putrajaya mengumumkan senarai ahli Jemaah Menteri bersama-sama beliau dalam Kabinet.
Selain Maximus, antara yang turut dilantik ialah Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Menteri Pertanian dan Industri Makana); Ahli Parlimen Keningau, Datuk Dr Jeffrey Kitingan (Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan) serta Ahli Parlimen Pensiangan, Arthur Joseph Kurup (Timbalan Menteri di JPM).
Assim Hassan
Mon Mar 09 2020

Isu berbangkit melibatkan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan akan menjadi keutamaan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tidak pernah guna istilah 'Tanah Besar Malaysia' merujuk Sabah, Sarawak
Hanifah Hajar berkata, kerajaan berpandangan istilah sedia ada dalam undang-undang adalah memadai.

Semua tuntutan Sarawak dinilai secara adil - Muhyiddin
Kerajaan Pusat akan menilai semua tuntutan yang dibawa oleh Sarawak terutamanya yang melibatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan adil.

Muhyiddin pastikan Sabah, Sarawak dapat layanan adil
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan memastikan Sabah dan Sarawak diberi layanan adil dalam pelbagai aspek, seiring dengan pewujudan portfolio Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.

Isu Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan jadi keutamaan - Dr Maximus Ongkili
Isu berbangkit melibatkan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan akan menjadi keutamaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sbah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.