KUALA LUMPUR:Kerajaan disaran mengambil langkah yang menyeluruh dan lebih berkesan dalam menangani gejala sosial, termasuk yang membabitkan aktiviti membabitkan aplikasi tidak bermoral.
Menurut aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi tindakan undang-undang dengan menyekat aplikasi sosial seperti Sugarbook yang menjadi perhatian masyarakat kebelakangan ini sahaja tidak mencukupi dalam menangani masalah itu.
Beliau dalam kenyataan bersama Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang juga mantan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini turut menyarankan 10 langkah yang perlu dilakukan segera bersekali dengan tindakan undang-undang.
“Kami menyarankan supaya Kerajaan menangani gejala sosial seperti ini dengan lebih berkesan secara mencegah kerana ini lebih baik daripada merawat simptom,” katanya.
Berikut 10 langkah yang disarankan kepada kerajaan dalam menangani masalah sosial:
1. Mewujudkan Kementerian Kanak-Kanak yang mempunyai peruntukan khas dan sumber tetap untuk melindungi kanak-kanak. Ini termasuk penyediaan talian bantuan khas yang merangkumi pelbagai bahasa untuk kanak-kanak dan pemerkasaan infrastruktur untuk kanak-kanak OKU seperti ahli terapi yang mencukupi;
2. Segera menambah Pelindung Kanak-Kanak serta Pembantu Pelindung Kanak-Kanak yang terlatih supaya Akta Kanak-Kanak 2001 boleh dikuatkuasakan dengan lebih efektif terutamanya dalam aspek perlindungan;
3. Menambah baik sistem perundangan sedia ada dalam jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak seperti mewajibkan tahanan reman selama 3 hari kepada OKT bagi mententeramkan mangsa;
4. Memantau pelaksanaan Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur supaya 58 program yang melibatkan 61 agensi Kerajaan boleh berjalan dengan lancar dan menepati jangka masa sehingga tahun 2025;
5. Jangan memberikan pelbagai alasan untuk pesalah jenayah seksual seperti tabiat menyalahkan mangsa (victim blaming) dan pemakaian mereka;
BACA: SKMM sekat laman web Sugarbook
BACA: Lima cadangan kekang kegiatan 'sugar baby' pelajar IPT - Mahasiswi Sabah
BACA: Kerajaan siasat aplikasi didakwa promosi budaya 'sugar daddy' - Ahmad Marzuk
6. Mengkaji semula pendidikan seks di sekolah dan membuat penambahbaikan seperti melibatkan ibu bapa kerana statistik Kerajaan telah menunjukkan penglibatan kanak-kanak dalam kegiatan ini berlaku seawal 12 tahun;
7. Memperkasakan kursus perkahwinan dan membantu ibubapa menjadi lebih efektif dalam komunikasi dengan anak-anak;
8. Membantu keluarga yang terkesan seperti penceraian, mempunyai anak luar nikah dan perkahwinan tidak berdaftar terutamanya bagi keluarga yang tidak mempunyai sokongan kewangan;
9. Menghapuskan sindiket yang berkaitan dan amalan rasuah yang melibatkan pihak berkuasa seperti penjualan methamphetamine dan pemerdagangan kanak-kanak atau wanita; dan
10. Menyediakan program pemulihan dan kaunseling yang menyeluruh serta mudah dicapai bagi membantu kanak-kanak yang didera atau trauma.
BACA: Data penglibatan mahasiswa dengan perkhidmatan 'sugar baby' meragukan - KPT
Mengulas lanjut, Syed Azmi berkata terdapat kanak-kanak dan remaja hari ini yang bergelut dengan krisis identiti dan mengalami kesukaran mencari tujuan kehidupan.
Fokus sepatutnya diberikan untk membina semula nilai murni dan budaya moral yang sihat dengan membantu mereka dan bukan menghakimi mereka.
Hakim Rahman
Tue Feb 16 2021

Syed Azmi berkata terdapat kanak-kanak dan remaja hari ini yang bergelut dengan krisis identiti dan mengalami kesukaran mencari tujuan kehidupan. - Gambar fail

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Bomba ambil masa dua hari selamatkan wanita Orang Asli dipatuk ular di Gerik
Seorang wanita Orang Asli mengalami gejala muntah dan tidak dapat berjalan selepas dipercayai dipatuk ular di Kampung Lenweng dekat Pos Kemar, Gerik pada Selasa lepas.

Wanita mengaku tidak bersalah pecah amanah wang pelaburan pelanggan
Alina Tommy, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Lelaki ditahan bawa beg berisi anggota badan isteri
Suspek dikatakan tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah atau terkejut dengan penemuan itu.

Isu jurang gaji siswazah antara jantina perlu ditangani - Nancy
Langkah segera perlu diambil untuk menangani jurang gaji antara siswazah wanita dengan lelaki di Malaysia, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.

Keterlibatan sukarelawan wanita penting dalam misi bantuan bencana
Nilai empati dan sifat prihatin wanita yang lebih dominan membantu dari segi bantuan psikosial kepada mangsa banjir.

OIC nyatakan kebimbangan larangan Afghanistan berhubung pendidikan perubatan wanita
Pihak berkuasa de facto Afghanistan melarang wanita daripada mengikuti kursus kejururawatan dan perbidanan.

Tahap kesedaran jalani imbasan awal kesan kehamilan kembar Siam masih rendah di Malaysia - Pakar
Tahap kesedaran wanita di Malaysia khususnya dalam menjalani proses imbasan awal bagi mengesan kehamilan kembar Siam masih berada pada tahap yang rendah.

Jumlah pemimpin wanita di Malaysia masih rendah - Teo
Jumlah wanita yang menjadi Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan menteri di Malaysia masih rendah, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.