PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengambil langkah proaktif untuk menambah baik Kod Sukan Selamat bagi memastikan isu tajaan acara sukan oleh syarikat rokok dan vape tidak berulang pada masa hadapan.
Menterinya Hannah Yeoh berkata kementerian bertegas tidak akan berkompromi dengan isu berkenaan kerana ia mampu mendatangkan kebimbangan kepada banyak pihak terutamanya ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka menyertai aktiviti sukan.
"Kita sedang melihat dalam pindaan Kod Sukan Selamat untuk masukkan perkara ini (tidak membenarkan penajaan rokok dan rokok elektronik dalam program sukan) berpandukan Kementerian Kesihatan Malaysia kerana akta itu berada di bawah mereka.
"...tetapi kita boleh gunakan kuasa sebagai pemilik fasiliti sukan dan aktiviti contohnya di gelanggang futsal atau perbandanan stadium kita (untuk) tidak benarkan (sebarang penajaan rokok atau rokok elektronik)," katanya kepada pemberita selepas melepaskan 68 peserta kategori elit lelaki pada Piala Triatlon Asia 2024 di Kompleks Sukan Air Putrajaya di sini, hari ini.
Kod Sukan Selamat merupakan garis panduan mengenai persekitaran sukan yang selamat, selain menekankan peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam menangani sebarang bentuk gangguan serta penderaan dalam sukan.
Justeru Hannah berharap pengajur lebih beretika dalam pemilihan penajaan walaupun mengakui bukan mudah mendapatkan tajaan bagi sektor sukan memandangkan kos penganjuran yang tinggi.
"Dunia media sosial sekarang memang tak akan terlepas, jadi kalau ada persatuan sukan yang rasa mungkin (mereka) dapat lepas, dan tiada siapa yang akan tahu, ia adalah mustahil kerana anda ada banyak penonton, dan orang juga akan merakam foto serta video.
"... dan satu lagi apabila anda membenarkan penajaan seperti itu, ia akan menjejaskan penaja lain kerana terdapat banyak penaja yang tidak mahu dikaitkan dengan rokok atau vape," katanya.
Rabu lepas (21 Feb) tular di media sosial berkenaan penganjuran Piala Polo 2024 yang berlangsung pada 17 dan 18 Feb telah ditaja syarikat rokok elektronik.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim pada 28 Jan pula memaklumkan menerusi aplikasi X bahawa kementerian akan menyiasat penganjuran program 'Foodie Futbol Fest 2024' yang turut mendapat tajaan dari syarikat menjual vape.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 25 2024

Hannah (empat, kiri) melepaskan peserta kategori elit lelaki pada Piala Triatlon Asia 2024 yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Putrajaya hari ini. -Bernama

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Mohd Azizulhasni tunggu masa sesuai umum hala tuju karier - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihaknya bersama jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sedang menunggu masa sesuai untuk mengumumkan hala tuju kariernya.

RM20 juta diperuntukkan untuk pembangunan lapan jenis Sukan Olimpik - Hannah
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi pembangunan lapan jenis sukan yang berpotensi meraih pencapaian membanggakan di temasya Sukan Olimpik.

Hannah jumpa Mohd Azizulhasni untuk bincang hala tuju karier
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dijadual akan mengadakan pertemuan dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

Tambah atau gugur atlet RTG diketahui Mac depan - Hannah
Hannah berkata, mesyuarat itu juga akan menjawab persoalan berhubung struktur jawatankuasa RTG yang baharu.

KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan dalam proses mencari pengganti Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak.

Sasaran pingat Sukan SEA 2025, ikut saranan pakar - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata sasaran pingat bagi Sukan SEA 2025 ditetapkan mengikut jumlah keseluruhan, bukan mengikut warna.

Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah
Katanya, penetapan itu turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).

Hannah Yeoh mohon batal keterangan saksi dalam kes saman fitnah Kamarul Zaman
Hannah Yeoh memohon Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keterangan empat saksi yang dikemukakan bagi menyokong pembelaan pensyarah UUM, Kamarul Zaman Yusoff, dalam kes saman fitnah yang difailkannya.

Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.