KUALA LUMPUR: Mohd Ezra Mohd Zaid dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta lima yang lain telah mencapai persetujuan berhubung taksiran ganti rugi yang diperoleh Pengarah ZI Publications Sdn Bhd itu berikutan pendakwaan salah yang dilakukan oleh Ketua Pendakwa Syarie Selangor terhadapnya, pada 2013.
Perkara itu dimaklumkan peguam Fahri Azzat, yang mewakili Mohd Ezra, ketika dihubungi pemberita selepas prosiding secara dalam talian di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, hari ini.
"Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan tuntutan tersebut (taksiran), namun terma-terma penyelesaian yang terkandung di dalam penghakiman persetujuan tidak dapat didedahkan.
"Mahkamah hari ini telah merekodkan penghakiman persetujuan kedua-dua belah pihak untuk isu tuntutan itu diselesaikan," kata peguam itu.
Pada 29 Mei 2012, JAIS menyerbu premis perniagaan ZI Publications serta merampas 180 buku bertajuk 'Allah, Kebebasan dan Cinta' karya penulis warga Kanada Irshad Manji dan Mohd Ezra turut ditahan.
ZI Publication dan Mohd Ezra memfailkan semakan kehakiman pada 9 Julai 2012 dan menamakan JAIS, Ketua Pengarahnya, Kerajaan Negeri Selangor, Ketua Pegawai Penguatkuasa JAIS, Ketua Pendakwa Syarie Selangor dan Kerajaan Malaysia sebagai responden, untuk mencabar serbuan yang dilakukan JAIS dan pada 7 Mac 2018, Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka.
Pada 25 Sept 2019, Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan mereka kemudian membatalkan keputusan Ketua Pendakwa Syarie Selangor untuk mendakwa Mohd Ezra di Mahkamah Syariah atas pertuduhan menerbit, mengedar dan memiliki buku terjemahan penulis kontroversi itu, yang dianggap bertentangan dengan undang-undang Islam.
Mahkamah Rayuan turut memerintahkan taksiran ganti rugi dibayar kepada Mohd Ezra kerana tekanan jiwa, penderitaan dan keseksaan yang dialami beliau berikutan tindakan salah laku JAIS terhadapnya.
Pada 29 Sept 2020, pihak pendakwaan syariah Selangor tidak meneruskan kes ke atas Mohd Ezra susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.
Pada 17 Dis 2020, Mohd Ezra dibebaskan daripada pertuduhan menerbitkan buku yang didakwa bertentangan dengan hukum syarak selepas Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya menolak permohonan pendakwaan untuk melepas tanpa membebaskannya daripada pertuduhan itu.
Mohd Ezra didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 2013 atas pertuduhan menerbitkan buku Irshad Manji di premis perniagaan ZI Publications, B-2-19, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, PJU 3 di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 13 2022

Mohd Ezra didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 2013 atas pertuduhan menerbitkan buku Irshad Manji di premis perniagaan ZI Publications, B-2-19, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, PJU 3. - Gambar fail/BERNAMA

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Isu taksiran ganti rugi berhubung pendakwaan salah terhadap Ezra Zaid selesai - Peguam
Perkara itu dimaklumkan peguam Fahri Azzat, yang mewakili Mohd Ezra, ketika dihubungi pemberita selepas prosiding secara dalam talian di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

Mohd Ezra, JAIS cuba selesai taksiran ganti rugi secara baik - Peguam
JAIS sebelum ini menyerbu premis perniagaan ZI Publications serta merampas 180 buku bertajuk 'Allah, Kebebasan dan Cinta' karya penulis warga Kanada Irshad Manji dan Mohd Ezra turut ditahan.