SUBANG: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan mengadakan sidang media dalam masa satu atau dua minggu lagi bagi menjawab isu pelarasan tarif air yang menjadi bualan hangat dalam media sosial sejak kebelakangan ini.
Pengerusinya Charles Anthony Santiago berkata jemputan ke sidang media berkenaan akan dihantar dalam masa terdekat.
"Isu itu (tarif air) ialah isu hangat sekarang dan SPAN akan membuat satu sidang media dalam masa terdekat. Jadi, tunggu dan tengoklah," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek baik pulih paip pembetungan di Jalan SS15/4 dan Jalan SS15/8 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelarasan tarif air yang dijangka bermula tahun ini berikutan permohonan beberapa negeri seperti Pulau Pinang untuk menaikkan tarif bagi pengguna domestik di negeri itu.
Selain itu, terdapat juga negeri yang tarifnya tidak disemak melebihi 25 tahun iaitu Pahang dan Perlis dengan semakan terakhir masing-masing ialah pada 1983 dan 1996.
SPAN ialah sebuah badan kawal selia teknikal dan ekonomi yang berperanan mengawal selia perkhidmatan bekalan serta perkhidmatan pembetungan di Semenanjung Malaysia, Putrajaya dan Labuan.
Mengenai projek baik pulih paip pembetungan di Jalan SS15/4 dan Jalan SS15/8, SPAN katanya telah mendapat peruntukan sebanyak RM2.74 juta di bawah dana Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembentungan (KWSMP) bagi menaik taraf dan penggantian paip pembetungan di sepanjang jalan berkenaan.
Ini juga termasuk kerja mengganti dan menaik taraf paip pembetungan awam sedia ada bersaiz 150 milimeter (mm) kepada 225 mm selain mengganti 12 lurang kumbahan sedia ada.
Beliau berkata masalah itu disebabkan aliran paip pembetungan tersumbat dan tersekat serta kerosakan paip pembetungan awam sedia ada yang berusia melebihi 30 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2024

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Charles Santiago ketika sidang media selepas melawat tapak projek baik pulih paip pembentungan di sekitar SS15/4 dan SS15/8 hari ini. - Foto Bernama
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

SPAN saran langkah tangani isu pusat data
Pembangunan pusat data secara teratur dan lestari yang mengambil kira aspek penyahkarbonan dalam mencapai sasaran sifar bersih dapat menjamin perkembangan ekonomi serta kesejahteraan negara.

Curi air: SPAN serbu dua tapak pembinaan landasan kereta api
SPAN menyerbu dua lokasi tapak pembinaan landasan kereta api di Taman Melati, Gombak dan Serendah, Hulu Selangor, yang dikesan mencuri air.

SPAN tubuh Jawatankuasa Khas teliti insiden gangguan bekalan air berpunca pencemaran
SPAN akan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi meneliti insiden-insiden gangguan perkhidmatan air yang berpunca daripada pencemaran.

Kenaikan tarif air baharu minimum, tidak beban pengguna - Ahmad Samsuri
Sebanyak 73.8 peratus pengguna domestik secara purata hanya akan mengalami kenaikan purata antara RM1.80 hingga RM7.16 sebulan.

Isu tarif air: SPAN adakan sidang media dalam tempoh terdekat
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan mengadakan sidang media dalam masa satu atau dua minggu lagi bagi menjawab isu pelarasan tarif air.

SPAN siap sedia hadapi sebarang kemungkinan akibat banjir
Ia bagi memastikan bekalan air pengguna tidak terjejas sepanjang berlakunya bencana itu.

Dewan Rakyat lulus RUU Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023
RUU SPAN (Pindaan) 2023 itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas 25 Ahli Parlimen mengambil bahagian pada sesi perbahasan.

Charles Santiago dilantik semula sebagai Pengerusi SPAN
Bekas Ahli Parlimen Klang Charles Anthony Santiago dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkuat kuasa 20 Mac lepas.

Empat hari tiada air mulai esok, penduduk Lembah Klang simpan air cepat!
Gangguan bekalan air itu menjejaskan wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

MWA gesa kerajaan ambil tindakan tegas terhadap pencemar air
Persatuan Air Malaysia (MWA) melahirkan kebimbangan terhadap gangguan bekalan air terawat dan pencemaran sumber air mentah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)