GEORGE TOWN: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan mengadakan pertemuan dengan beberapa individu yang sebelum ini tidak dibenarkan mengadakan ceramah, khutbah atau majlis ilmu di negeri ini berikutan tidak mempunyai tauliah mengajar, Isnin ini.
Yang Dipertua MAINPP Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman yang juga Timbalan Ketua Menteri I berkata pertemuan itu melibatkan beberapa penceramah terkenal termasuk Datuk Mohd Kazim Elias.
"Saya ada menerima surat yang menyatakan hasrat beberapa individu termasuk Ustaz Mohd Kazim untuk berjumpa dan berbincang berhubung mengenai larangan mengadakan ceramah, khutbah atau majlis ilmu yang dikeluarkan terhadap mereka kerana tiada tauliah.
"Dalam perbincangan itu juga nanti kita akan terangkan mengapa larangan tersebut dibuat terhadap mereka. Saya difahamkan, ada daripada 16 individu tersebut sudah memohon (tauliah) dan sudah dapat pun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sagu Hati Guru Agama dan Al-Quran Pulau Pinang 2022 di sini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung tular surat yang dikeluarkan oleh enam individu iaitu Mohd Kazim, Datuk Ahmad Husam Baderudin, Sobri Arshad, Shahir Long, Aiman Subri dan Ahmad Dasuki Abdul Rani memohon untuk mengadakan pertemuan mahabbah untuk meredakan dan menyelesaikan isu-isu berbangkit.
Katanya menerusi pertemuan itu pihaknya akan memberi penjelasan bahawa mereka bukan disenarai hitam dan mereka boleh memohon kelulusan tauliah daripada MAINPP sekiranya mahu mengadakan kuliah agama secara berterusan di negeri ini.
"Peraturan ini bukan sahaja di Pulau Pinang malah semua negeri ada. Sistem tauliah ini kena ada, sesetengah ustaz tidak mahu ambil, ia adalah sistem kawalan. Jika tiada kawalan, siapa-siapa pun boleh bagi tauliah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 08 2022

Yang Dipertua MAINPP Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman yang juga Timbalan Ketua Menteri I berkata pertemuan itu melibatkan beberapa penceramah terkenal termasuk Datuk Mohd Kazim Elias. - Fail/BERNAMA

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Peruntukan BSAR di Pulau Pinang perkasa, terus majukan sekolah agama
Peruntukan RM4.61 juta bagi Bantuan Sekolah Agama Rakyat (BSAR) Pulau Pinang yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam akan memperkasa serta terus memajukan institusi itu.

Pulau Pinang beri pengecualian tauliah kepada tokoh ternama
Pengecualian itu beserta syarat tidak mengajar fahaman yang bertentangan ahli Sunnah Wal Jamaah serta tidak sentuh kedudukan Raja-raja.

Isu tauliah: MAINPP akan jumpa penceramah termasuk Kazim Elias Isnin ini
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan mengadakan pertemuan dengan beberapa individu yang sebelum ini tidak dibenarkan mengadakan ceramah, khutbah atau majlis ilmu di negeri ini.

Ustaz Kazim antara dilarang ceramah di Pulau Pinang
Kazim Elias merupakan antara 16 penceramah yang tidak mempunyai tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Zakat Pulau Pinang kutip RM110 juta
Ahmad Zakiyuddin berkata walaupun jumlah kutipan tahun ini agak perlahan, namun beliau percaya jumlah itu akan bertambah menjelang hujung tahun ini.

MAINPP larang aktiviti ziarah kubur ketika Aidilfitri
MAINPP tidak membenarkan aktiviti menziarahi ke tanah perkuburan ketika Hari Raya Aidilfitri sepanjang tempoh PKPB.