IPOH: Siasatan penuh masih dijalankan bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung isu tular seorang lelaki yang mendakwa sebagai guru, diasingkan di bilik simpanan stor tukang cuci oleh pihak sekolah di sini, kerana belum menerima vaksin COVID-19.
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mah Hang Soon berkata, orang ramai diminta supaya tidak memperbesarkan perkara itu, dan perlu menunggu laporan hasil siasatan dijalankan oleh kementerian bersama pihak-pihak berkaitan.
"Pada saya elok jangan kita uar-uarkan perkara ini kerana akan menjadikan keadaan bertambah keruh. Jangan buat spekulasi dan tunggulah laporan penuh," katanya yang juga Timbalan Presiden MCA, selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan MCA Perak, di sini hari ini.
Rabu lepas, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Perak Ahmad Saidi Mohamad Daud dilaporkan berkata hasil siasatan penuh dan terperinci oleh Jabatan Pendidikan Negeri, telah dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan.
Dalam pada itu, Mah berkata, kerajaan sentiasa menjaga kebajikan semua pihak khususnya murid dan guru ketika berada di sekolah, bagi sesi pembelajaran secara bersemuka.
"Mengenai guru belum sedia divaksinasi atau antivaksin serta mereka yang kita telah dikenal pasti tidak menerima vaksin, kita masih menunggu arahan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) berhubung tindakan yang boleh diambil.
"Bukan mudah hendak menjaga kebajikan guru, keutamaan kita juga kepada kebajikan guru lain yang telah lengkap vaksinasi dan murid," katanya.
Sementara itu, video berdurasi lebih seminit yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok itu menunjukkan lelaki berkenaan meluahkan rasa kesal atas layanan yang diberi, dan mendakwa pada awalnya dia ditempatkan di stor pendidikan jasmani sebelum ditukarkan ke stor tukang cuci yang berdindingkan zink, atas alasan ia merupakan kawasan laluan dan mempunyai banyak peralatan sukan.
Lelaki itu juga mendakwa bilik stor tukang cuci itu hanya mempunyai meja dan kipas, tetapi tidak mempunyai kerusi serta plag untuk kegunaan komputer riba.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 27 2021
![Isu tular: Guru antivaksin diasingkan, tunggu siasatan lengkap Isu tular: Guru antivaksin diasingkan, tunggu siasatan lengkap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61632321454_MahHangSoon.jpg)
Mah berkata, kerajaan sentiasa menjaga kebajikan semua pihak khususnya murid dan guru ketika berada di sekolah. - Bernama
![Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739939398_TBLiewChinTong.jpg)
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Menurutnya Malaysia telah diletakkan di bawah kategori Tahap 2 menerusi sekatan baharu itu selain Singapura, Indonesia dan Vietnam, dengan negara-negara berkenaan diberikan akses yang terhad dan terkawal bagi eksport teknologi AI termaju.
![Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739940056_TBkemalangan.jpg)
Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta
Seorang lelaki berdepan detik cemas setelah kereta jenis Mercedes dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Bukit Puchong di sini pada Selasa.
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lalu.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
A$ap Rocky dibebaskan dari dua pertuduhan, 'lompat' ke arah penyokong di mahkamah tanda lega
Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, A$Ap Rocky dibebaskan daripada dua pertuduhan jenayah serangan dengan senjata separa automatik selepas juri mahkamah di Los Angeles mendapati beliau tidak bersalah dalam insiden yang berlaku pada 2021.
![Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739940422_TBMahkamah.jpg)
Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.
![Agensi antirasuah Indonesia dan Britain tingkat kerjasama Agensi antirasuah Indonesia dan Britain tingkat kerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739259414_rasuah.jpg)
Agensi antirasuah Indonesia dan Britain tingkat kerjasama
KPK Indonesia dan SFO United Kingdom bersetuju memperkukuh kerjasama dalam kes rasuah rentas negara.
![Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739356198_Suaram.jpg)
Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.
![Polis tahan 10 lelaki merusuh di Jempol Polis tahan 10 lelaki merusuh di Jempol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739026624_HooChangHook.jpg)
Polis tahan 10 lelaki merusuh di Jempol
Polis menahan 10 lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kejadian merusuh menggunakan senjata yang berpunca daripada kemalangan jalan raya di Taman Acbe, Bahau, dekat Jempol semalam.
![BAM ucap terima kasih kepada SPRM, komited tingkat aspek tadbir urus BAM ucap terima kasih kepada SPRM, komited tingkat aspek tadbir urus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735732197_TBBAM.jpg)
BAM ucap terima kasih kepada SPRM, komited tingkat aspek tadbir urus
BAM nyatakan komitmen untuk meningkatkan aspek tadbir urus persatuan itu dengan menerima dan melaksanakan cadangan yang dikemukakan SPRM.
![Polis siasat dua kes penipuan bernilai lebih RM2.3 juta Polis siasat dua kes penipuan bernilai lebih RM2.3 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718803228_LogoPDRM.jpg)
Polis siasat dua kes penipuan bernilai lebih RM2.3 juta
Polis sedang menyiasat dua kes penipuan membabitkan pembekalan produk kecantikan dan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
![Nahas Jeju Air: GE Aerospace sertai siasatan Nahas Jeju Air: GE Aerospace sertai siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735942089_SouthKoreaPlane.jpg)
Nahas Jeju Air: GE Aerospace sertai siasatan
Enjin pesawat tersebut dihasilkan oleh CFM International, usaha sama antara GE Aerospace dan Safran.
![Pensyarah, penuntut UM antara tujuh individu dirakam keterangan kes kematian kucing Pensyarah, penuntut UM antara tujuh individu dirakam keterangan kes kematian kucing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732514753_RusdiMohdIsa.jpg)
Pensyarah, penuntut UM antara tujuh individu dirakam keterangan kes kematian kucing
Sebelum ini, Kelab Kucing Malaysia meminta siasatan terhadap kes kematian kucing di UM dijalankan secara terperinci.
![Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara' Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735178076_MykhailoMudryk.jpg)
Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'
Pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan hukuman larangan berpanjangan jika didapati bersalah.
![Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735054139_MazupiAbdulRahman.jpg)
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
![Gangguan seksual: Zambry arah UM laksana siasatan segera Gangguan seksual: Zambry arah UM laksana siasatan segera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734791232_TBZAMBRY.jpg)
Gangguan seksual: Zambry arah UM laksana siasatan segera
Arahan juga dikeluarkan supaya UM tidak mengambil ringan kes tersebut, bagi memastikan kes itu benar-benar mendapat keadilan.