Kementerian Pendidikan (KPM) perlu mendapatkan pandangan daripada pihak berkepentingan sebelum memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Tokoh Guru Kebangsaan 2019, Nawi Ismail berkata, kajian menyeluruh perlu dijalankan berikutan UPSR adalah kayu pengukur kepada tahap pencapaian sekolah rendah.
“Saya menyokong cadangan untuk mansuhkan UPSR namun harus diingatkan yang kajian menyeluruh perlu dijalankan untuk memastikan peperiksaan atau penilaian yang akan menggantikan ia nanti setanding atau lebih baik daripada peperiksaan awam itu bagi menilai pencapaian pelajar di peringkat sekolah.
“Peperiksaan yang dijalankan di sekolah perlu dipantau agar selaras dengan standard peperiksaan awam sedia ada.
"Soalan berbentuk objektif perlu dikurangkan kerana tidak dapat menilai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis seseorang pelajar itu,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Menurutnya, langkah itu akan dapat memantapkan sistem pendidikan dan seterusnya melahirkan pelajar yang lebih fokus dan tenang.
"Sistem kita hari ini terlalu berorientasikan peperiksaan. Ini memberi tekanan kepada pelajar dan mereka belajar secara membuta-tuli semata-mata untuk lulus peperiksaan tanpa memikirkan sama ada ilmu yang diperoleh boleh digunakan pada masa-masa akan datang," katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Seri Petaling, Fauzi Ahmad Marzuki berkata, peperiksaan awam itu masih relevan dan penting untuk menilai tahap pencapaian akademik murid.
“Saya tak bersetuju jika UPSR dimansuhkan kerana ia dapat menilai sejauh mana pencapaian murid sebelum ke sekolah menengah. Jika dimansuhkan, dengan apa cara lagi kita dapat menilai murid terbabit.
“Kementerian perlu memperkenalkan sistem lebih baik daripada yang sedia ada jika ia akan dilaksanakan. Saya amat berharap pihak berkenaan tidak gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak,” katanya.
Sinar Harian
Tue Aug 06 2019

Ada pihak berpendapat peperiksaan awam UPSR masih relevan dan penting untuk menilai tahap pencapaian akademik murid. - Gambar hiasan
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Isu UPSR: KPM perlu dapatkan pandangan semua pihak
Tokoh Guru Kebangsaan 2019, Nawi Ismail berkata, kajian menyeluruh perlu dijalankan berikutan UPSR adalah kayu pengukur kepada tahap pencapaian sekolah rendah.