KUALA LUMPUR: Seramai 15 wartawan daripada pelbagai agensi berita Malaysia menyertai Program Jejak Serumpun Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia di Jakarta bermula 12 Feb sehingga 21 Feb 2024.
Lawatan ilmu direncana sebagai pendedahan kepada para wartawan Malaysia mengenai pelbagai dimensi perspektif di sebalik kerancakan Pilihan Raya Presiden (PILPRES) Indonesia 2024, pada 14 Feb 2024 dan Hari Pers Nasional (HPN) Indonesia 2024, yang berlangsung pada 20 Feb 2024, di Jakarta.
Menurut Presiden ISWAMI Malaysia, Ashwad Ismail, selain pendedahan kepada proses demokrasi antara yang terbesar di dunia dan membina keakraban bersama para wartawan Indonesia sempena HPN 2024, para wartawan Malaysia yang terpilih juga bakal didedahkan dengan kerancakan sektor teknologi hijau, kelestarian dan ekonomi digital di negara jiran itu.
“Kembara ilmu yang singkat tapi padat ini bukan sahaja berkisar tentang pendedahan kepada pesta demokrasi, tetapi juga pertemuan dan dialog dengan mereka yang menjadi cerminan kepada kehebatan Indonesia contohnya, pemain industri ‘fintech’ ekonomi digital, sektor pembangunan lestari serta keupayaan mereka merakyatkan teknologi hijau.
“Dalam lanskap geopolitik dunia yang kian mencabar ini, para wartawan Malaysia juga harus didedahkan juga dengan usaha-usaha diplomasi ‘Track 2’ oleh pelbagai institut dan badan bukan kerajaan di Indonesia yang mengangkat agenda kebersamaan antara rakyat di pentas ASEAN serta internasionalisme yang positif,” kata Ashwad.
Menerusi Program Jejak Serumpun yang ditaja oleh Berjaya Corporation Berhad, Green Growth Asia Foundation dan VFive Group ini juga, wartawan Malaysia akan mengikuti beberapa siri lawatan dan pertemuan bersama ISWAMI Indonesia yang diketuai presidennya Bapak Asro Kamal Rokan, dan mengadakan pertemuan bersama pimpinan media Indonesia serta agensi-agensi penting dalam mengukuhkan lagi kebersamaan dua negara serumpun ini.
Selain 15 orang wartawan tersebut, ketua-ketua pengarang dari Malaysia juga turut menyertai delegasi ISWAMI ke program HPN 2024, acara tahunan yang mengumpulkan lebih 6,000 wartawan dari seluruh Indonesia.
Secara tradisinya, ISWAMI Malaysia dijemput menghadiri HPN setiap tahun, yang diadakan di kota-kota berlainan setiap tahun.
Sambutan HPN adalah pada 9 Feb setiap tahun, bagimanapun ditunda pada 20 Feb berikutan berlangsungnya PILPRES 2024.
ISWAMI adalah forum wartawan Malaysia-Indonesia yang ditubuhkan pada 2003 sebagai jambatan kepada hubungan media Malaysia dan Indonesia berperanan membina kemakmuran bersama kedua-dua negara rumpun Nusantara.
Kenyataan Media
Mon Feb 12 2024

Kumpulan 15 wartawan yang menyertai Program Jejak Serumpun Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia di Jakarta. Turut bersama, Presiden ISWAMI Malaysia, Ashwad Ismail (lima, kanan). - Foto Astro AWANI

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.

ISWAMI Malaysia gerakkan 15 wartawan ke Indonesia melalui Program Jejak Serumpun
Seramai 15 wartawan daripada pelbagai agensi berita Malaysia menyertai Program Jejak Serumpun Ikatan ISWAMI Malaysia di Jakarta.