KOTA BHARU: Cicit kepada Tok Kenali, Muhammad Hafiz Hukmi Wardi menjelaskan rakaman video yang menunjukkan sekumpulan lelaki sedang berzikir beramai-ramai dengan kaedah luar daripada kebiasaan bukan ajaran ulama terkenal itu.
Beliau berkata, perkara tersebut juga tidak mempunyai kaitan dengan Pondok Tok Kenali termasuklah kerajaan negeri Kelantan.
"Saya mendapat maklum daripada orang yang merakam video itu mengatakan dia tidak mengetahui kumpulan itu datang dari mana. Cuma kalau tengok van...katanya van itu plat pendaftaran dari Thailand...jadi wallahualam daripada mana (datang dari tempat mana).
"Kubur Tok Kenali ni, dia sentiasa terbuka untuk siapa-siapa sahaja... 24 jam sentiasa terbuka.
"Tengah malam pun ada yang datang, jadi muslimin dan muslimat segala amalan yang dibuat dalam video tadi tidak ada kena mengena langsung dengan ajaran Tok Kenali, dengan pondok Tok Kenali pun tak ada, dengan kerajaan negeri pun tak ada," katanya menerusi satu hantaran video penjelasan yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok pada Selasa.
Menurut beliau, sebagai wakil keluarga Tok Kenali menasihatkan kepada orang ramai yang mahu mengunjungi kubur ulama terkenal itu supaya menjaga adab dan akhlak ketika berada di kawasan itu.
Ujarnya, adab itu selari dengan apa yang diajar oleh alim ulama dengan caranya bersopan santun dah tidak berlebih-lebihan.
"Sebab ini akan menjadi fitnah kepada masyarakat kita sekarang. Jadi kalu boleh jaga khususnya orang perempuan minta tolong jangan masuk dalam pagar.
"Orang lelaki pun jangan buat perbuatan ataupun amalan-amalan yang khilafiah, amalan-amalan yang di luar pada uruf takut ia menjadi fitnah pada masyarakat," katanya.
Sebelum itu, tular video memaparkan sekumpulan lelaki sedang berzikir di luar kebiasaan sehingga menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 23 2023

Tangkap layar video tular memaparkan sekumpulan lelaki sedang berzikir di luar kebiasaan sehingga menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat. - Gambar/ Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

'Itu bukan ajaran Tok Kenali' - Cicit
Cicit kepada Tok Kenali menjelaskan rakaman video yang menunjukkan sekumpulan lelaki sedang berzikir beramai-ramai dengan kaedah luar daripada kebiasaan bukan ajaran ulama terkenal itu.