Polis Sabah menafikan kebakaran dua buah rumah di Kampung Keningau, Keningau tengah hari tadi merupakan markas Parti Solidariti Tanah Airku (Star).
Sebaliknya, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, video yang tular itu merupakan kebakaran rumah persendirian penduduk.
"Malah, kebakaran itu dipercayai akibat litar pintas dan bukannya dibakar seperti dakwaan sesetengah pihak.
"Saya minta jangan percaya video dan kenyataan yang tular mendakwa markas parti Star dibakar," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Keningau, Mudi Pengiran berkata, dua buah rumah musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Keningau, Keningau di sini 12 tengah hari ini.
Mudi berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan p-ada pukul 12.38 tengah hari.
"Dua buah jentera bomba dengan kekuatan 10 anggota diketuai Mudi bergegas ke lokasi kejadian.
"Operasi berjaya dikawal pada pukul 1.34 petang manakala punca dan kerugian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Astro Awani
Thu May 10 2018

video yang tular itu merupakan kebakaran rumah persendirian penduduk.

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

'Saya terkejut polis jawab telefon, beritahu isteri meninggal'
Sebelum kejadian, dia bersama isteri menaiki kereta milik rakan membawa anak yang melecur terkena air panas ke hospital, bagi mendapat rawatan.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

Pejabat Parlimen Lembah Pantai salur RM40,000 untuk 40 surau, semarak aktiviti Ramadan
Sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap surau untuk menyokong pelaksanaan aktiviti moreh.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

Itu bukan markas Parti Star Sabah yang dibakar
Dua buah rumah musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Keningau, Keningau di sini tengah hari ini.