Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengenalpasti Indah Water Konsortium (IWK) antara penyumbang utama kepada masalah pencemaran pantai khususnya membabitkan Sungai Batu Ferringhi dan harus bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.
Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Chow Kon Yeow perkara itu dijelaskan berdasarkan laporan siasatan terkini yang dikemukan oleh JAS, pada taklimat kepada exco kerajaan negeri 28 Februari lalu.
Justeru Chow berkata, terpulang kepada pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap IWK memandangkan kertas siasatan telah diserahkan kepada pegawai undang-undang .
“Dalam taklimat itu, JAS telah kenalpasti punca pencemaran di Sungai Batu Ferringhi antaranya premis makanan, loji IWK, kegiatan dobi dan cuci kereta.
JAS negeri telah pun menyiapkan kertas siasatan terhadap IWK berhubung dgn masalah pencemaran di Sungai Batu Ferringhi, kertas sisaatan dibuat berdasarkan peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 dan diserahkan kepada pegawai undang Jabatan Alam Sekitar Persekutuan,” kata Chow.
Tambah Chow, menerusi taklimat itu juga, pihak JAS meminta agensi lain yang berkaitan mengambil tindakan wajar termasuk mencari penyelesaian berhubung isu pencemaran air di kawasan Sungai Batu Ferringhi memandangkan ia di luar kawalan JAS.
Ini kerana selain IWK, tiga buah premis makanan, tiga buah kedai dobi dan sebuah kedai cuci kereta juga mungkin menjadi penyumbang utama kepada pencemaran di kawasan peranginan itu.
Chow berkata demikian di pejabatnya tengahari tadi bagi memberitahu perkembangan terkini isu pencemaran pantai Batu Ferringhi.
Isu pencemaran sebahagian air laut di pantai Batu Ferringhi yang dilaporkan media sejak awal Februari lalu mendapat perhatian umum memandangkan kawasan berkenaan popular sebagai destinasi pelancongan.
Air laut di kawasan itu bertukar hitam dan berbau didakwa berpunca daripada saluran paip loji kumbahan milik IWK.
Manakala maklumat awal yang diperolehi JAS mendapati adanya elemen bakteria (escherichia coli) e-coli dalam sampel air yang diambil dari Sungai Batu Ferringhi.
IWK bagaimanapun menafikan punca pencemaran datang dari loji kumbahan milik mereka.
Sementara itu, ketika dihubungi Astro AWANI, Pengurus Kanan Bahagian Komunikasi IWK Shahrul Nizam Sulaiman berkata pihaknya belum lagi meneliti laporan tersebut.
"Kami tidak berani komen atau buat apa-apa andaian lagi sebelum membaca kandungan laporan itu.
Bagaimanapun, kami menekankan bahawa IWK akan sentiasa bekerjasama dengan semua pihak untuk mengendalikan perkara ini secara baik," katanya.
Astro Awani
Tue Mar 04 2014
-gambar arkib: Sg Batu Feringhi
China tolak rancangan Trump untuk "ambil alih" Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin
China pada Rabu menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, untuk "mengambil alih" Gaza dengan menyatakan ia menentang pemindahan paksa rakyat Palestin ke negara jiran.
AWANI Tonight: Trump's takeover plan will threaten regional stability
Trump's proposal for the U.S. to take over Gaza would displace millions of Palestinians, heighten tensions, and undermine the peace process, according to Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad from MyAqsa Foundation.
AWANI Tonight: Thailand cuts power to Myanmar border areas linked to fraud
Thailand will suspend electricity supply to certain border areas shared with Myanmar to curb scam operations, with further discussions to be held by Prime Minister Paetongtarn Shinawatra and the National Security Council.
AWANI Tonight: Philippines: House votes to impeach VP Sara Duterte
The Philippine Lower House has endorsed an impeachment complaint against Vice President Sara Duterte, which will now move to the Upper House for trial, potentially leading to her removal from office and a lifetime ban from holding any future government position.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Pertahanan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Konflik Gaza | Titah Adendum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Petronas, anak syarikat tidak perlu dilesenkan laksana pengoperasian petroleum di Sarawak
Petronas serta anak syarikatnya tidak perlu dilesenkan dan tidak tertakluk kepada sebarang prosedur tambahan untuk melaksanakan pengoperasian petroleum di Sarawak.
JKM pastikan bantuan makanan cukup untuk mangsa banjir di Sabah, Sarawak
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa memastikan bantuan bekalan makanan mencukupi bagi mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak.
agenda 9pm 0502
Langganan 5G di seluruh negara cecah 18.19 juta setakat suku keempat 2024 - Fahmi
Pengguna rangkaian 5G di seluruh negara mencecah 53.35 peratus atau 18.19 juta langganan setakat suku keempat tahun lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Pencemaran e-coli: Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin ditutup hingga Januari 2025 - Exco
Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Arena Larkin akan ditutup hingga awal Januari tahun depan susulan isu pencemaran bakteria escherichia coli (e-coli).
Politeknik Mersing cipta inkubator kesan pencemaran dalam sumber air terawat
Inisiatif itu tercetus apabila mendapati ahli mikrobiologi sering berdepan isu bagi menguji sampel air di kawasan punca air.
IWK dikenalpasti antara punca utama pencemaran Batu Ferringhi
Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengenalpasti Indah Water Konsortium (IWK) antara penyumbang utama pencemaran di Sungai Batu Feringhi.
Bakteria E-coli ditemui dalam Sungai Batu Ferringhi
Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri telah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk tindakan lanjut.