Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) hari ini menegaskan kejadian air di Sungai Gong, Rawang menjadi hitam, bukan berpunca daripada pelepasan efluen Loji Rawatan Kumbahan Kawasan Perindustrian Rawang seperti dilaporkan media pada Sabtu.
Sebaliknya, Ketua Pegawai Eksekutif IWK Narendran Maniam berkata pihaknya telah mengenal pasti terdapat buangan bukan kumbahan berwarna kuning dalam kebuk masuk loji tersebut sehingga menyebabkan efluen di peringkat proses akhir loji tercemar dengan warna kuning pekat.
“Sehubungan itu, petugas IWK terus menghentikan pelepasan discaj efluen dan operasi pembersihan segera dilaksanakan, dan akan siap sepenuhnya hari ini. “
“Loji ini merupakan “Oxidation Ditch (OD) Plant” yang bersambung kepada 11,106 penduduk setara, yang hanya meliputi kawasan perindustrian,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Tambahnya punca sebenar berkemungkinan daripada pembuangan sisa secara haram.
Mengulas lanjut, beliau memaklumkan bahawa loji rawatan air kumbahan direka bentuk hanya bagi merawat air kumbahan dan ia tidak mampu merawat sebarang bahan kimia atau sisa lain yang dilepaskan secara haram ke dalam jajaran paip pembentungan.
Tegasnya, pembuangan sisa haram bukan kumbahan adalah satu kesalahan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.
Astro Awani
Sun Sep 20 2020

IWK menegaskan kejadian air di Sg Gong menjadi hitam, bukan berpunca daripada pelepasan efluen Loji Rawatan Kumbahan Perindustsrian Rawang. - Gambar fail/BERNAMA
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

IWK tambah 30 lori tangki septik tahun ini
Sebanyak 30 lori tangki septik akan ditambah tahun ini untuk meningkatkan perkhidmatan pengosongan tangki menerusi Ops Sedut Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).

Mendapan baharu di Jalan Masjid India: DBKL, IWK ambil tindakan, pastikan keselamatan awam
Tindakan segera telah diambil oleh DBKL untuk memastikan keselamatan kawasan di sekitar Jalan Masjid India susulan mendapan baharu.

Lurang kumbahan lokasi hingga lurang kumbahan hilir dipecahkan hingga 69 meter - DBKL
IWK juga telah melaksanakan 'flushing' di lurang kumbahan, namun belum menemui sebarang petunjuk.

Tanah jerlus Masjid India: Operasi cari mangsa di IWK Pantai Dalam diteruskan dengan bantuan pakar
Pakar dalam SAR membabitkan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Tanah jerlus Masjid India: Dua kali 'flushing', mangsa belum dijumpai - DBKL
Indah Water Konsortium turut memulakan 'flushing' di lurang kumbahan 5 dan mengambil masa sehingga jam 2 pagi Isnin.

Tanah jerlus Masjid India: IWK akan buka semua injap pintu saluran kumbahan - Polis
Ia bagi meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang terjatuh akibat tanah jerlus di Masjid India.

IWK dijangka tidak perlu subsidi kerajaan bermula tahun depan - Nik Nazmi
Indah Water Konsortium (IWK) dijangka tidak lagi memerlukan subsidi daripada kerajaan bermula tahun hadapan berikutan usaha pengoptimuman konsesi itu bagi kos pengurusan dan pengoperasian.

Tangki kumbahan kini wajib dinyahenap cemar setiap dua tahun
Notis penjadualan akan mula dikeluarkan oleh Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. kepada 1.3 juta pengguna bermula Julai ini.

Air Selangor, IWK terus majukan industri bekalan air pulih guna
Central Water Reclamation Sdn Bhd akan mengenal pasti usaha sama lain berkaitan dengan loji rawatan IWK, termasuk loji di Pantai 2, Kuala Lumpur dan Seksyen 23, Shah Alam, Selangor.

Empat suspek dipercayai ada kaitan pencemaran air ditahan - PDRM
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, kesemua suspek ditahan antara tengah malam hingga awal pagi tadi.