KUALA LUMPUR: Dua tokoh wanita hari ini menzahirkan sokongan ke atas lantikan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
Pengerusi Lembaga Pengarah Heriot-Watt University Malaysia Datuk Yasmin Mahmood menyifatkan kepimpinan Izzana mampu membawa perubahan.
"Ini (pelantikan Izzana) adalah kepelbagaian yang sangat diperlukan!
"Izzana bukan sahaja seorang wanita muda yang berkelayakan dan berprestasi tinggi, malah beliau juga mempunyai visi untuk memacu perubahan," katanya menerusi perkongsian di Twitter rasminya.
Seruan sama disambut baik Pro Canselor Universiti Heriot-Watt Malaysia (HWUM), Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, yang turut mengulang ciapan perkongsian Yasmin.
Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mempertahankan tindakan beliau melantik Izzana sebagai pengarah dalam MDEC.
Katanya, Izzana bukan sahaja layak malah lebih daripada layak untuk menduduki jawatan tersebut.
BACA: Jawatan MDEC: Izzana Salleh bukan sahaja layak malah lebih daripada layak - Annuar Musa
Malah, pelantikan yang dibuat Kementerian Kewangan itu berdasarkan merit dan Izzana merupakan wanita yang berkelulusan tinggi serta mempunyai pengalaman tersendiri.
Untuk rekod, Izzana dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif MDEC berkuat kuasa 1 Dis lalu.
Pelantikan Izanna menjadi pertikaian memandangkan dia adalah anak kepada bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang juga bekas Ketua Wanita UMNO.
Nursyazwani Saiful Sham
Thu Dec 09 2021
Pelantikan Izanna menjadi pertikaian memandangkan dia adalah anak kepada bekas ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Laporan akhir kematian pakar patologi didedah bulan depan
Laporan akhir kematian pakar patologi di Lahad Datu didedah bulan depan
Laporan akhir pasukan petugas khas bebas berhubung kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah dijangka didedahkan bulan depan.
Laporan akhir pasukan petugas khas bebas berhubung kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah dijangka didedahkan bulan depan.
Kebenaran bina semula rumah mangsa belum diluluskan
Lebih 600 mangsa kebakaran di Kampung Sri Aman Dua di Tawau kini berada dalam dilema, kerana kebenaran untuk membina semula rumah masih belum diluluskan berikutan status tanah milik kerajaan.
Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk, waspada
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Telupid, Beluran dan Sandakan hingga Jumaat.
Hujan lebat berterusan, bandar Sandakan terjejas
Penduduk di Sandakan, Sabah, terus berdepan kesukaran akibat banjir kilat yang melanda sejak pagi tadi, dengan hujan lebat tanpa henti menyebabkan beberapa insiden kenderaan terkandas dan mangsa terperangkap.
Dua wanita warga emas rugi lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam'
Dua wanita warga emas di Pahang kerugian RM327,829 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM).
ASEAN 2025 | 16 Jan
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Kes Wan Saiful: Wang berjumlah RM46,487.85 dimasukkan ke akaun bank sebuah syarikat
Wan Saiful didakwa memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM46,487.85 ke akaun Hong Leong Bank milik Good Square Sdn Bhd.
Pantau Agenda Reformasi: Tindakan menyeluruh tangani kegiatan scam
Bersama Muhammad Sha’ani Abdullah, Setiausaha Kehormat Pertubuhan Pengguna Ekonomi Digital Malaysia membincangkan tentang tindakan menyeluruh tangani kegiatan scam.
Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan minta, terima rasuah RM1 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta.
Hamas hargai negara Asia Tenggara sokong pembebasan Palestin
Ahli biro politik Hamas, Khalil al-Hayya memuji pendirian terhormat Malaysia dalam menyokong Palestin semasa konflik yang berterusan.
Menerusi sidang media terkini pada Khamis, Khalil turut menzahirkan setinggi penghargaan ke atas beberapa negara Asia Tenggara lain termasuk Indonesia kerana memberikan sokongan berterusan selama ini.
Menerusi sidang media terkini pada Khamis, Khalil turut menzahirkan setinggi penghargaan ke atas beberapa negara Asia Tenggara lain termasuk Indonesia kerana memberikan sokongan berterusan selama ini.
PRU15: Cadangan pindaan perlembagaan galak lebih ramai wanita jadi calon bertanding
Di Malaysia, kesedaran politik di kalangan wanita semakin mendapat tempat dengan akses pendidikan lebih baik termasuk sokongan Kerajaan yang menggalakan kaum wanita aktif dalam politik.
Jawatan MDEC: Tiada masalah jika Izzana Salleh tiada kepakaran bidang IT - Annuar Musa
Annuar berkata, MDEC bukan hanya berkaitan digital namun merangkumi pelbagai bidang termasuk pertanian dan perniagaan.
Izzana layak, berprestasi tinggi, ada misi - Dua tokoh wanita sokong lantikan
Izzana bukan sahaja seorang wanita muda yang berkelayakan dan berprestasi tinggi, malah mempunyai visi untuk memacu perubahan.
Jawatan MDEC: Izzana Salleh bukan sahaja layak malah lebih daripada layak - Annuar Musa
Izanna Salleh dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif MDEC berdasarkan merit dan kelulusan akademiknya.