KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan bersetuju dengan Laporan Interim yang dibentangkan Pasukan Petugas Khas (PPK), bertujuan mengkaji dakwaan dalam buku bertajuk 'My Story: Justice in the Wilderness' tulisan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataan hari ini memaklumkan laporan akhir yang disediakan PPK akan dibentang untuk pertimbangan Jemaah Menteri bagi menentukan tindakan selanjutnya.
"PPK dijangka menyiapkan laporan penuh menjelang penghujung bulan Jun 2022.
"Kerajaan amat komited dalam meneliti isu berbangkit berhubung badan perundangan dan kehakiman negara bahkan penubuhan PPK ini merupakan antara langkah untuk memperkasa sistem keadilan Malaysia ke tahap terbaik," katanya yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan itu hari ini.
Beliau berkata Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 22 Dis lepas bersetuju dengan penubuhan, keahlian dan terma rujukan PPK berhubung Siasatan ke atas Dakwaan-Dakwaan dalam Buku Bertajuk 'My Story: Justice in the Wilderness' tulisan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
Wan Junaidi berkata pasukan itu telah mengadakan 10 mesyuarat melibatkan sesi perbincangan dan konsultasi dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia dan agensi kerajaan berkaitan serta individu yang dikenal pasti mulai 23 Dis 2021 hingga 12 April lepas.
"PPK ini adalah sebuah pasukan yang memberi fokus kepada pencarian fakta terhadap dakwaan dalam buku tulisan Tan Sri Tommy Thomas.
"PPK telah menjalankan pemerhatian dan analisis secara menyeluruh terhadap buku tersebut berpandukan kepada terma rujukan yang telah diluluskan oleh Kabinet," katanya sambil menambah pasukan itu dipengerusikan bekas Peguam Besar Negeri Sarawak dan Penasihat Undang-Undang Kerajaan Sarawak Datuk Seri Fong Joo Chung.
PPK dianggotai bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Hashim Paijan, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta bekas Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Datuk Dr Junaidah Kamarruddin.
Turut menganggotai PPK itu bekas hakim dan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Jagjit Singh Bant Singh, peguam Datuk Shaharudin Ali dan K.Balaguru serta wakil kerajaan Farah Adura Hamidi dan Mohd Najib Surip.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 18 2022

esyuarat Jawatankuasa Pemantauan bersetuju dengan Laporan Interim yang dibentangkan Pasukan Petugas Khas (PPK), bertujuan mengkaji dakwaan dalam buku bertajuk 'My Story: Justice in the Wilderness'. - Gambar fail
Penagih tegar Bukit Malut kena cekup
AADK Kedah menyerbu lokasi pengedaran dan pengambilan dadah di Bukit Malut, dalam operasi Op Perdana.
Suri rumah tikam suami hingga mati, tidak beri respons
Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang atas pertuduhan membunuh suaminya di sebuah pangsapuri di Bandar Teknologi, Semenyih, pada 16 Februari lalu.

PM Anwar lakukan lawatan kerja ke Vietnam esok, sampai ucaptama pada ASEAN Future Forum
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja ke Vietnam bermula esok dan akan menyampaikan ucaptama pada ASEAN Future Forum ke-2 pada Rabu.

Celik MADANI: 1 juta pelajar IPT akan terima pelaburan awal RM50 – Amir Hamzah
Seramai satu juta pelajar Institusi Pengajian Tinggi akan menerima pelaburan awal percuma sebanyak RM50 menerusi program Celik MADANI.

Konya, mutiara Turkiye yang kaya sejarah
Bandar tertua di Turkiye dengan populasi lebih dua juta penduduk itu, Konya sinonim sebagai pusat pemerintahan Seljuk antara 1071 hingga 1308.

OKU maut di stesen LRT: Loke nafi sistem PIES gagal berfungsi
Menteri Pengangkutan menafikan Sistem Keselamatan Penumpang (PIES) di stesen LRT Titiwangsa gagal berfungsi ketika kejadian seorang penumpang OKU mati digilis.

Utamakan graduan IMPAC, kurangkan kebergantungan pekerja asing - Johari
Pemain industri sektor perladangan dan agrikomoditi digesa aktif memastikan graduan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) memasuki pasaran pekerjaan dan merasai pengalaman praktikal.
Pendandan rambut maut, kemalangan empat kenderaan
Seorang pendandan rambut berusia 21 tahun maut selepas kenderaan yang dipandunya dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh tiga kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Semenyih-Kajang, Selangor pada Ahad.
"Tidak ada sekolah yang akan ditutup dibawah Kerajaan MADANI" - Menteri Pendidikan
Menteri Pendidikan menegaskan tidak ada SKJT yang akan ditutup dibawah Kerjaan MADANI.
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kerajaan jumpa TikTok berhubung sekatan 18 akaun TikTok Media
Kerajaan menerusi MCMC akan mengadakan perbincangan dengan pengendali platform TikTok bagi mendapat penjelasan mengenai 18 akaun TikTok organisasi media yang disekat, baru-baru ini.

Siasatan memoir Tommy Thomas: 'Saya ditanya empat soalan' - Wan Azizah
Ujarnya, beliau diminta untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menerusi satu mesej oleh pegawai polis bertugas.

Dua kertas siasatan dibuka terhadap Tommy Thomas - Timbalan Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia mengesahkan telah membuka dua kertas siasatan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berkaitan penulisan buku berjudul "My Story: Justice in the Wilderness".

Tommy Thomas nafi terlibat persetujuan lepas tanpa bebas Riza Aziz
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menafikan terlibat dalam persetujuan melepas tanpa membebaskan Riza Shahriz Abdul Aziz seperti yang didedahkan SPRM baru-baru ini.