LOS ANGELES : Kalau sudah namanya anak saudara, tentu sekali terlalu banyak persamaan dapat dikesan pada wajah dan sosok tubuh dua beranak itu.
Justeru, usaha syarikat produksi Hollywood untuk menerbitkan filem biografi (biopik) seniman legenda Michael Jackson dipermudahkan dengan adanya pewaris seni Raja Pop dunia itu.
Jaafar Jackson yang juga anak saudara kepada mendiang Michael akan memegang watak utama dalam filem arahan Antoine Fuqua dan diterbitkan oleh Graham King itu.
Berusia 28 tahun, Jaafar merupakan anak kepada Jermaine Jackson iaitu abang Michael Jackson.
Jaafar mengikut jejak langkah bapa serta bapa saudaranya, Michael dan ibu saudaranya, Janet Jackson sebagai penyanyi dan penari di Hollywood.
Selain watak utama Michael, pihak produksi juga sudah mengenal pasti pelakon-pelakon lain untuk memegang watak adik beradik Michael yang pernah dikenali sebagai Jackson 5 iaitu Jermaine, Marlon, Tito dan Jackie Jackson pada pelbagai peringkat umur
Biopik “Michael” tidak hanya akan bercerita mengenai sisi hidup Michael semata-mata, sebaliknya, Jackson 5 yang menjadi platform awal kemasyhuran Michael juga akan kembali ‘dijelmakan.’
Selain Jaafar yang memegang watak Raja Pop, pelakon Juliano Krue Valdi pula akan memegang watak Michael pada usia muda.
"Naskhah sebenar filem ini memerlukan sejumlah 10 pelakon dengan bakat untuk menggambarkan Jackson 5 sepanjang tahun.
"Saya sangat teruja untuk membawa kumpulan pelakon dan penghibur yang luar biasa ini kepada penonton di seluruh dunia dalam filem ini," kata King semasa mengumumkan senarai pelakon filem "Michael."
“Michael” yang dijangka ditayangkan di pawagam pada 18 April 2025, kini sedang menjalani penggambaran. - Agensi
Agensi
Wed Feb 28 2024

Jaafar Jackson yang berusia 28 tahun akan memegang watak sebagai bapa saudaranya, Michael Jackson dalam filem biopik arahan Antoine Fuqua.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Legenda muzik Quincy Jones meninggal dunia pada usia 91 tahun
Jurucakapnya, Arnold Robinson, berkata Jones meninggal dunia dengan tenang di kediamanannya di Bel Air, dikelilingi ahli keluarga.

Abang Michael Jackson, Tito meninggal dunia
Beliau bersama adik-beradiknya Jackie, Jermaine, Marlon, dan Michael membentuk kumpulan Jackson 5 yang menjadi fenomena global pada era 1970-an.

Lukisan Michael Jackson bakal dilelong di Los Angeles
Sejumlah 78 hasil karya Michael Jackson akan dilelong dengan setiap satu ditandatangi oleh beliau sendiri.

Jaafar Jackson pegang watak utama bapa saudaranya dalam filem biopik “Michael”
Filem biopik "Michael" akan turut 'menjelmakan' semula kumpulan Jackson 5 yang menjadi platform awal kemasyhuran Michael Jackson.

Anak saudara bawa watak Michael Jackson dalam filem biografi
Berusia 26 tahun, Jaafar Jackson merupakan anak kepada abang Michael iaitu Jermaine Jackson yang juga seorang penyanyi dan penerbit.

Gelaran Raja Pop hanya milik Michael Jackson, tiada yang lain - Anak saudara
Keluarga dan penjaga hak Michael telah meletakkan tanda dagangan bagi frasa 'King Of Pop' atau Raja Pop.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

American Idol persembahkan semula 'We Are The World', pertama kali dalam 35 tahun
Ia menjadi persembahan televisyen pertama dalam 35 tahun selepas pelancaran lagu itu, yang pada asalnya ditulis untuk bantu warga Afrika.

Penerbit filem Bohemian Rhapsody meterai perjanjian filem Michael Jackson
Selepas menghasilkan filem Bohemian Rhapsody, Produser filem tersebut, Gharham King kini telah menandatangani perjanjian untuk membuat sebuah filem mengenai MJ

Di sebalik kontroversi, pameran seni Michael Jackson dibuka di Finland
Bagaimanapun, pihak penganjur pameran berkenaan menegaskan acara itu bukanlah sebagai satu 'sambutan' kepada penyanyi terbabit.