Jabatan Kesihatan Melaka sedang menyiasat dakwaan terdapat kes Rotavirus di negeri ini seperti yang tular di media sosial semalam.
Pada masa sama, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) turut menghentikan operasi air pancut di Dataran 1Malaysia di Klebang di sini yang didakwa punca ramai kanak-kanak yang bermain air pancut di situ dijangkiti Rotavirus.
Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Ghazali Othman berkata pihaknya telah mengambil sampel air di sekitar air pancut itu dan keputusan berkenaan dijangka diketahui dalam masa terdekat.
"Kita masih menjalankan siasatan terperinci berkaitan dakwaan ini. Setakat ini kita tidak boleh mengulas lanjut...tunggu siasatan selesai.
"Jabatan Kesihatan Melaka akan memaklumkan hasil siasatan berkenaan kepada umum apabila ia selesai dijalankan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Semalam, terdapat dakwaan ramai kanak-kanak yang bermain air pancut di Dataran 1Malaysia Klebang dijangkiti Rotavirus dan mendapatkan rawatan di Hospital Melaka, sehingga menjadi tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Ghazali berkata beliau tidak menafikan ada pesakit yang dirujuk di Hospital Melaka ekoran mangsa mengalami simptom penyakit berkenaan.
"Sebelum dakwaan berkenaan tular, penyakit tersebut berlaku tetapi ia tidak melibatkan kumpulan mangsa yang banyak seperti yang disebarkan di media sosial," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta penduduk negeri ini terutama masyarakat tempatan di kawasan Klebang supaya tidak panik atau mempercayai bulat-bulat dakwaan berkenaan sebelum laporan penuh siasatan tersebut siap.
Sementara itu, Setiausaha MBMB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Salim berkata operasi air pancut berkenaan telah dihentikan serta-merta sebaik dakwaan berkenaan menjadi tular di media sosial sejak semalam.
"Orang ramai perlu faham kawasan air pancut berkenaan bukan tempat untuk mandi-manda, sebaliknya ia dibina sebagai satu elemen landskap," katanya sambil menambah pihaknya telah mengambil sampel air di situ bagi diuji.
Menurut Sheikh Mohd Nasir, MBMB juga telah lama memasang papan tanda larangan bagi tujuan mandi-manda namun ia tidak diendahkan pengunjung yang datang ke dataran berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2017
Jabatan Kesihatan Melaka sedang menyiasat dakwaan terdapat kes Rotavirus di negeri ini seperti yang tular di media sosial semalam. - Gambar fail
UTeM cipta peralatan rehabilitasi bantu pulih pesakit dalam komuniti
Program itu bertujuan meningkatkan keberkesanan pemulihan fisioterapi untuk komuniti B40 di kawasan setempat.
Tahun Baharu Cina: Polis kenal pasti 21 lokasi 'blackspot' kemalangan di Terengganu
Polis juga mengenal pasti 34 lokasi yang kerap berlaku kesesakan disebabkan pertambahan kenderaan keluar masuk ketika musim perayaan di Terengganu.
MMA puji tindakan tegas terhadap klinik kesihatan haram
Dr Kalwinder menggesa orang ramai terus berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti kesihatan haram kepada pihak berkuasa tanpa kelewatan.
100 pemimpin wanita sertai program PERANTIS tahun ini - Nancy
Setiap daripada mereka akan menerima sehingga RM50,000 untuk melaksanakan program pembangunan kepimpinan dalam bidang masing-masing.
Umat Islam perlu kembali kepada al-Quran sebagai panduan utama - Raja Perlis
Baginda bertitah al-Quran adalah penyelesaian muktamad bagi perbezaan yang mungkin timbul dalam kalangan umat Islam.
100 pemimpin wanita sertai program perantis tahun INI - Nancy
Sebanyak 100 pemimpin wanita daripada pelbagai latar belakang profesional di seluruh negara dijangka menyertai Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) tahun ini.
Perpustakaan Syed Naquib Al-Attas bakal bertaraf premier - PM
Kerajaan bercadang menaik taraf Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) kepada perpustakaan bertaraf premier.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha ini diharap dapat dimanfaatkan generasi muda agar mereka meraih inspirasi hasil nukilan karya ilmuan ulung tanah air itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha ini diharap dapat dimanfaatkan generasi muda agar mereka meraih inspirasi hasil nukilan karya ilmuan ulung tanah air itu.
10 negeri dijangka ribut petir, hujan lebat sehingga 1 pagi
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) malam Ahad mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri sehingga 1 pagi Isnin.
PDRM perketatkan keselamatan Prabowo Subianto esok
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, prosedur keselamatan tersebut diambil susulan terdapat pertindihan tarikh dan waktu dengan kunjungan 1,000 pesawah ke Putrajaya esok.
[TERKINI] PM Anwar minta lawatan Prabowo tidak diganggu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta himpunan 1,000 pesawah di Putrajaya pada Isnin tidak mengganggu urusan lawatan rasmi Presiden Indonesia yang dijadual berlangsung pada waktu sama.
Jabatan Kesihatan Melaka siasat kes Rotavirus
Jabatan Kesihatan Melaka sedang menyiasat dakwaan terdapat kes Rotavirus di negeri ini seperti yang tular di media sosial semalam.