Jabatan khas untuk membanteras jenayah berkaitan alam sekitar tidak sesuai ditubuhkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika ini kerana penubuhan sebarang unit baharu memerlukan kos dari segi penambahan pegawai dan anggota.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata walaupun idea itu baik, namun pelbagai aspek lain seperti soal kekangan kewangan kerajaan juga perlu diambil kira dalam melaksanakan apa-apa cadangan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Kejohanan Menembak Persekutuan Antarabangsa (IPSC) Piala Ketua Polis Negara di Markas Briged Utara Ulu Kinta, di sini, pada Ahad.
Beliau mengulas saranan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) supaya polis menubuhkan jabatan khas untuk membanteras jenayah berkaitan alam sekitar khususnya membabitkan kecurian dan kemusnahan alam di seluruh negara.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Fuzi berkata, cadangan PDRM untuk menambah keanggotaan dan memperbesarkan lagi Unit Tindak Khas (UTK) dan Komando VAT 69 (VAT 69) diharap dapat diluluskan kerajaan dalam Belanjawan 2019.
"Kita merayu agar kerajaan dapat luluskan permohonan ini, mungkin dalam bajet akan datang kerana pasukan elit ini amat diperlukan terutama dalam keadaan kritikal atau krisis.
"Sekarang ini kita ada lebih 600 anggota VAT 69 dan kita cadang untuk menambah kepada 992 anggota manakala UTK ada lebih 300 anggota dan kita harap dapat menambah jumlahnya kepada lebih 800 anggota," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 28 2018

Mohamad Fuzi (tengah) menyaksikan Datuk Fisol Salleh (kanan) memakaikan Lambang 69 Komando kepada Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani di Ipoh, 28 Okt, 2018. --fotoBERNAMA

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump "mengisytiharkan perang" terhadap straw kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sabah perkasa industri pelancongan melalui pemeliharaan warisan budaya, alam sekitar
Kerajaan Sabah akan mempergiatkan usaha menambah baik pemeliharaan warisan budaya dan pengurusan alam sekitar bagi memacu dan memperkasakan industri pelancongan di negeri ini.

Malaysia akan suaikan diri kepada perubahan global - Nik Nazmi
Keutamaan Malaysia adalah untuk memupuk kerjasama multinasional khususnya dalam berkaitan iklim dan kemampanan alam sekitar.

Cadangan hentikan penggunaan asbestos sepenuhnya sedang diperhalus - Nik Nazmi
Ketika ini Jabatan Alam Sekitar sedang menerbitkan kajian berhubung penggunaan asbestos dan kesannya kepada alam sekitar dan kesihatan.

Masa terbaik bakat mahir teknologi pulang ke Malaysia - Chang
Peluang hasil peralihan negara ke arah industri yang bernilai lebih tinggi menjadikan kini masa terbaik untuk bakat teknologi pulang.

Sarawak tidak anggap lombong REE sebagai industri utama negeri
Industri perlombongan REE boleh beri kesan negatif kepada alam sekitar, sekali gus bertentangan dengan matlamat kerajaan negeri.

190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.

Peranan minyak sawit seperti wira, kata ahli akademik AS
Kemajuan yang beterusan dalam amalan kemampanan membolehkan minyak sawit memberi sumbangan bermakna kepada matlamat kesihatan global.

Tomyan Kung Thailand tersenarai dalam Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO
Hidangan terkenal Thailand, Tomyam Kung kini tersenarai dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan oleh UNESCO.

Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.