PUTRAJAYA: Jabatan Landskap Negara diarahkan untuk mengenal pasti spesies pokok yang sesuai untuk ditanam di kawasan bandar yang tidak mengundang bahaya kepada orang awam, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Beliau berkata perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan kerja-kerja berkaitan akan dilaksanakan dalam masa terdekat oleh jabatan berkenaan.
"Jabatan Landskap Negara telah diberikan amanah untuk mengenal pasti spesies pokok yang sesuai ditanam dalam kawasan bandar iaitu di sepanjang jalan demi menjaga keselamatan orang awam," katanya pada sidang media selepas majlis prapelancaran Hari Landskap Negara 2024 (HLN 2024) di sini hari ini.
Menerusi hantaran di aplikasi X hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menanam semula 100 pokok baharu bagi setiap pokok yang terpaksa ditebang.
Langkah itu juga susulan beberapa insiden pokok tumbang di ibu kota dalam masa sebulan hingga ada yang maut akibat kejadian tidak diduga itu.
Insiden yang berlaku pada 7 Mei lepas di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur itu telah menyebabkan seorang lelaki maut dan seorang cedera selepas dihempap sebatang pokok tumbang susulan hujan lebat dan angin kencang.
Mengenai HLN 2024, Nga berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat merasmikan sambutan HLN 2024 di Taman Tasik Shah Alam, Selangor pada 25 Mei.
Menurutnya ini merupakan kali pertama dalam sejarah Yang di-Pertuan Agong berangkat mencemar duli untuk merasmikan Hari Landskap Negara.
Katanya sambutan HLN 2024 yang merupakan sambutan kali ke-25 bertemakan 'Industri Landskap Pemacu Pembangunan MADANI akan diadakan selama 10 hari bermula pada 24 Mei dan dijangka dihadiri 50,000 pengunjung.
Nga berkata penganjuran HLN 2024 bertujuan meningkatkan kesedaran dan apresiasi terhadap landskap terutamanya dalam kalangan generasi muda serta menyebar luas kepentingan landskap terhadap kesejahteraan kehidupan melalui program pembangunan landskap yang komprehensif.
"Sambutan ini juga bertujuan meningkatkan kualiti pembangunan landskap negara dengan mewujudkan kesedaran, menarik minat dan pengetahuan dalam kalangan semua pihak terhadap landskap," katanya.
Pelbagai acara dirancang untuk memeriahkan sambutan antaranya Larian HLN 2024, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, demonstrasi masakan 'From Garden to Kitchen', pertandingan melukis mural dan pembinaan arca dari bahan kitar semula.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024
![Jabatan Landskap Negara diarah kenal pasti spesies pokok sesuai di bandar - Nga Kor Ming Jabatan Landskap Negara diarah kenal pasti spesies pokok sesuai di bandar - Nga Kor Ming](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715780010_TBNgaKorMing.jpg)
Nga Kor Ming berkata, perkara itu dibincang dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan kerja-kerja berkaitan akan dilaksana dalam masa terdekat oleh jabatan berkenaan. - Bernama
![Tiga cedera, silinder gas meletup Tiga cedera, silinder gas meletup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739614165_Silindergasmeletup.jpg)
Tiga cedera, silinder gas meletup
Seorang pekerja patah kaki manakala dua lagi cedera ringan dalam insiden letupan silinder gas di sebuah kilang pembuatan dan penyelesaian komponen elektronik di Pulau Pinang.
![OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali' OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739609456_SamAltman.jpg)
OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'
OpenAI pada Jumaat secara rasmi menolak tawaran hampir US$100 bilion oleh Elon Musk untuk memperoleh organisasi tidak berasaskan keuntungan yang mengawal syarikat permulaan AI itu, lapor Xinhua.
![Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739607935_RihannaAAPRocky.jpg)
Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah
Penyanyi terkenal Rihanna dan pasangannya, A$AP Rocky, berpimpin tangan meninggalkan Mahkamah California selepas hujahan penutup selesai dalam perbicaraan kes tembakan pada Jumaat.
![50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram 50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739613931_kgpeluruke.jpg)
50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram
Serbuan di sebuah kilang memproses sampah elektronik (e-waste) di Telok Panglima Garang, di sini, membongkar penemuan kira-kira 50,000 kilogram (kg) peluru termasuk kelongsong, pada Sabtu.
Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat berkata beliau akan mengumumkan tarif ke atas kereta import pada awal April.
Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, pusat penipuan ke China
Thailand menghantar pulang 10 warga China dikaitkan dengan kes penculikan pelakon terkenal yang diselamatkan dari sebuah pusat penipuan siber di Myanmar.
![PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739612035_AnwarIbrahim.jpg)
PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni MADANI Bestari Jaya dijadikan model kerjasama antara estet dan kerajaan dalam membangunkan perumahan pekerja.
Rihanna, A$Ap Rocky tinggalkan mahkamah
Penyanyi terkenal Rihanna dan pasangannya, A$AP Rocky, berpimpin tangan meninggalkan Mahkamah California selepas hujahan penutup selesai dalam perbicaraan kes tembakan pada Jumaat.
Rundingan Petronas- Petros: Sarawak tidak tamak dan kedekut - Abang Jo
Tan Sri Abang Johari menegaskan rundingan Petronas dan Petros dijalankan dengan mengambil kira kepentingan kedua-dua phak dan dilakukan berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Sarawak.
AirBorneo fokus tawar harga tiket berpatutan - Abang Jo
Tanpa mendedahkan strategi model perniagaannya, Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, laluan sektor antarabangsa juga akan dibuka secara berperingkat, bermula dengan negara Singapura dan Indonesia.
![Jabatan Landskap Negara diarah kenal pasti spesies pokok sesuai di bandar - Nga Kor Ming Jabatan Landskap Negara diarah kenal pasti spesies pokok sesuai di bandar - Nga Kor Ming](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715780010_TBNgaKorMing.jpg)
Jabatan Landskap Negara diarah kenal pasti spesies pokok sesuai di bandar - Nga Kor Ming
Perkara itu dibincang dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan kerja-kerja berkaitan akan dilaksana dalam masa terdekat oleh jabatan berkenaan.