KUALA LUMPUR:Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai ribut tropika, Vamco yang boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.
Dalam kenyataannya semalam, MetMalaysia memaklumkan jarak dari bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu kira-kira 1,390 kilometer (km) ke Timur Laut Tumpat, Kelantan.
"Berdasarkan pencerapan pada 8 malam ini, kedudukan ribut tropika itu berada kira-kira 315 km ke Barat Laut Danang, Vietnam dan bergerak ke arah Barat Barat Laut dengan kelajuan 15 kilometer sejam (km/j).
"Kelajuan angin ribut tropika itu boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 65 km/j," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sun Nov 15 2020

Kelajuan angin ribut tropika itu boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 65 km/j. - Gambar hiasan
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Nasihat ribut tropika Nakri di perairan Sabah
MetMalaysia mengeluarkan nasihat Ribut Tropika (Nakri) yang boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan, berhampiran perairan Sabah.

Nasihat ribut tropika masih dikeluarkan bagi perairan Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) masih mengeluarkan nasihat Ribut Tropika (Podul) yang dijangka melanda kawasan perairan Sabah.

Jabatan Meteorologi keluar nasihat ribut tropika
Ribut Tropika (Lekima) kini berada kira-kira 908 kilometer (km) ke Timur Laut Luzon, Filipina dan sedang bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 20 km sejam.

Ribut tropika Tembin: Angka kematian di Mindanao hampiri 200 orang
Angka kematian daripada Ribut Tropika Tembin di Mindanao, Filipina meningkat ke hampir 200 orang sehingga awal pagi Ahad.