Jabatan Muzium Malaysia (JMM) mengalu-alukan mana-mana pihak atau individu yang ingin meminjamkan fosil dinosaur yang dijumpai untuk tatapan pengunjung di muzium.
Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Ismail berkata, mereka yang ingin berbuat demikian juga perlu memastikan kesahihan fakta dan keaslian artifak yang ingin disumbangkan.
Katanya, pihak berkenaan juga perlu merujuk kepada JMM terlebih dahulu sebelum mendakwa menemui sebarang fosil mengenai dinosaur.
"Jika ada apa-apa perkara yang memerlukan pihak kami bersama, kita tidak ada masalah. Kami sentiasa bersama pihak-pihak lain untuk mengenengahkan khazanah negara supaya ilmu dapat disampaikan melalui pameran," kata beliau.
Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas penemuan fosil spesies dinosaur pemakan ikan, Spinosaurid, di pedalaman negeri ini oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaya.
Jelasnya, JMM juga bersedia bekerjasama dengan pihak muzium luar negara yang lebih berpengalaman dalam mengendalikan fosil dinosaur jika ia diberikan kelak.
Astro Awani
Tue Mar 04 2014

Fosil spesies dinosaur pemakan ikan, Spinosaurid, yang dijumpai oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaya.

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

Trump kritik Zelenskyy keluar ‘kenyataan terburuk’ mengenai perang Ukraine
"Ini adalah kenyataan terburuk yang boleh dibuat oleh Zelenskyy dan Amerika tidak akan bertolak ansur dengannya lebih lama lagi!"
Menang Oscar, Pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel dan memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97 pada Ahad, menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Seorang maut, beberapa individu cedera dirempuh kereta
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di bandar Mannheim pada Isnin.
Trump akan maklum mengenai perbincangan galian Ukraine
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan memberikan maklumat terkini mengenai perjanjian galian Ukraine pada Selasa.
Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Inflasi global menekan ekonomi dan meningkatkan kos sara hidup rakyat Singapura. Perdana Menteri Lawrence Wong menegaskan cabaran ini melangkaui GST, didorong oleh ketidaktentuan global, sementara Bajet 2025 memperkenalkan langkah tambahan, termasuk Pakej SG60, untuk meringankan beban dan mempersiapkan negara menghadapi masa depan yang mencabar.

Aidilfitri: 12,600 tiket tambahan ETS mula dijual hari ini
Tiket bagi perkhidmatan tren tambahan ini akan mula dijual pukul 10 pagi ini (4 Mac).

Menggali fosil dinosaur: Kisah pengembaraan Rummy, ahli paleontologi dari Malaysia
Dia individu sebenar yang tidak kisah mengotorkan tangannya, berjemur di bawah terik mentari demi mencari makhluk yang telah dilupakan ini.

Fosil telur dinosaur ditemukan di wilayah barat daya Korea Selatan
Fosil itu ditemukan hanya 100 meter dekat dengan tapak sarang fosil dinosaur karnivor dijumpai pada 2009.

Jabatan Muzium Malaysia alu-alukan pinjaman fosil dinosaur untuk pameran
JMM sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk mengenengahkan khazanah negara supaya ilmu dapat disampaikan melalui pameran.