Jabatan Peguam Negara digesa supaya tidak menimbang untuk mendakwa Azman Noor Adam, adik kepada anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam, kerana menghina Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menteri yang bertanggungjawab bagi hal undang-undang Datuk Liew Vui Keong berkata kes itu tidak sepatutnya diteruskan kerana Dr Mahathir sendiri tidak kisah dengan apa jua kenyataan yang dibuat tentang beliau.
"Ini mencerminkan Perdana Menteri kita begitu berjiwa besar. Sebagai pemimpin negara dan menteri kerajaan, kami sering menjadi bahan cemuhan dan kritikan orang ramai.
"Perkara yang perlu diperhatikan ialah sesuatu kenyataan yang dibuat terhadap pemimpin politik janganlah besifat menghasut kerana undang-undang memperuntukan bahawa tindakan boleh diambil terhadap orang yang menabur fitnah. Malah, undang-undang juga memperuntukkan bahawa seseorang yang difitnah, boleh mengambil tindakan dari segi undang-undang," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
Liew berkata demikian bagi mengulas penahanan Azman baru-baru ini selepas dia didakwa menyebar gambar yang menghina Dr Mahathir melalui media sosial.
Pada Khamis, Dr Mahathir berkata beliau tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil terhadap Azman kerana ahli politik perlu bersedia untuk dikritik.
Menurut perdana menteri, beliau pernah dicemuh dengan pelbagai gelaran semasa menyandang jawatan itu sebelum ini, tetapi tidak pernah mengambil tindakan terhadap mereka yang berbuat demikian.
"Saya tak kisah dihina oleh sesiapa pun; ia tidak memberi kesan kepada saya," katanya.
BACA: Jangan halang orang kritik saya - Tun M
Menyentuh tentang Akta Hasutan, Liew berkata, pada masa ini, proses memansuhkan akta itu sedang diteliti jawatankuasa dan kementerian berkenaan.
"Kertas Kabinet akan dikemukakan untuk pertimbangan jemaah menteri tidak lama lagi," katanya.
Beliau berkata terdapat peruntukan dalam Akta sedia ada yang memelihara kedudukan pemerintah negara itu iaitu Yang Di Pertuan Agong daripada semua bentuk serangan hasutan.
"Sebagai Raja Berperlambagaan kita, baginda perlu dihormati dan kita perlu sentiasa setia kepada Raja kita seperti yang termaktub dalam Rukun Negara," katanya.
Sementara itu, Liew berkata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman tidaklah terlalu terkhilaf dalam kenyataannya kerana Akta Hasutan belum dimansuhkan lagi.
Terdahulu, Azis, yang juga Anggota Parlimen Sepanggar daripada Warisan, berkata kenyataannya sebelum ini berhubung isu itu tidak bermakna beliau bersetuju Akta itu dikekalkan.
--BERNAMA
Bernama
Fri Oct 05 2018

Liew berkata, pada masa ini, proses memansuhkan Akta Hasutan sedang diteliti jawatankuasa dan kementerian berkenaan. - Gambar fail

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.

Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.

Hak jagaan adik Zayn Rayyan diserah kepada nenek saudara
Mahkamah Majistret di sini memberikan perintah hak jagaan sementara adik lelaki kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin kepada nenek saudaranya, bermula Jumaat.

Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.

Jenazah pelakon, pengarah Jit Murad selamat dikebumi
Jenazah Allahyarham Jit Murad atau nama sebenarnya Aziz Mirzan Murad, 62, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara kira-kira pukul 3.15 petang ini.

PdPR: Kakak jadi 'guru' bantu tiga adik ikuti pembelajaran
Bergelar anak sulung bukan satu cabaran yang kecil, apatah lagi selepas kehilangan ibu bapa tempat bergantung harap.

Mahkamah tolak afidavit dakwaan UMNO miliki akaun rahsia
Mahkamah Tinggi menolak afidavit yang difailkan oleh pihak pendakwaan yang mengatakan bahawa UMNO mempunyai akaun yang tidak didedahkan.

JKM kemuka permohonan hak jagaan dua adik kanak-kanak lemas dalam tong esok
Permohonan itu ditangguhkan susulan kedua-dua beradik perlu menjalani pemerikaan kesihatan termasuk ujian calitan di Hospital Melaka hari ini.

Kerana hutang, adik ugut tikam dan bunuh kakak
Tertuduh Muhamad Shah Izuan Azmi, 28, yang pada awalnya mengaku bersalah bagaimana menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Zahid sumbang RM5.9 juta kepada adik untuk beli dua banglo - Saksi
Perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh adik Ahmad Zahid iaitu Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi yang merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan AL-Falah.

Adik Jamal Abdillah meninggal dunia
Menurut penghibur tersohor itu, Allahyarham Hamka menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur akibat sakit jantung.