PUTRAJAYA: Jabatan Pembangunan Kanak-kanak ditubuhkan berkuat kuasa 1 Sept lepas bagi menggantikan Bahagian Kanak-Kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata jabatan yang diumumkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada Feb lepas merupakan solusi terbaik dalam menangani segera isu pengabaian dan penderaan kanak-kanak yang semakin meruncing.
"Jabatan ini diyakini berupaya memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat khususnya kanak-kanak berlandaskan kepada lima teras utama iaitu pencegahan, pembangunan, perlindungan, pemulihan dan pengintegrasian ke dalam masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan itu, katanya jabatan itu telah meluluskan 169 perjawatan kontrak daripada pelbagai skim perkhidmatan dan gred untuk tahun ini bagi memastikan kecekapan dan perkhidmatan yang efektif serta profesional dapat diberikan demi kesejahteraan kanak-kanak di negara ini.
Selain itu, katanya usaha menggerakkan komuniti yang telah ditubuhkan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak serta pembantu pelindung juga akan ditingkatkan di semua 105 daerah.
Nancy turut meminta orang ramai untuk terus cakna dalam melindungi kanak-kanak dan melaporkan sebarang kes penderaan atau pengabaian kanak-kanak di Talian Kasih 15999 atau menerusi Whatsapp di talian 019-2615999 yang beroperasi 24 jam.
Anwar semasa membentangkan Belanjawan 2023 memaklumkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mewujudkan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak untuk memberikan perkhidmatan sokongan lebih komprehensif kepada kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023

Beliau berkata jabatan itu merupakan solusi terbaik dalam menangani segera isu pengabaian dan penderaan kanak-kanak yang semakin meruncing. - Gambar fail/Bernama

Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri hingga 1 tengah hari
Negeri-negeri terlibat ialah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

PM Anwar lakukan lawatan kerja dua hari ke Vietnam - Wisma Putra
Perdana Menteri Anwar dijadualkan menyampaikan ucaptama di ASEAN Future Forum (AFF) 2025.

Kejadian tikam di utara Melbourne, 4 remaja ditahan
Tiga lelaki cedera, manakala empat remaja ditahan susulan pergaduhan yang berakhir dengan insiden tikaman di utara Melbourne.

Industri gas global memainkan peranan utama dalam peningkatan permintaan tenaga dunia - IGU
Industri gas global memainkan peranan utama dalam mengenal pasti cara baharu untuk memenuhi keperluan permintaan tenaga dunia yang terus meningkat.

Kalau ada perkara yang saya rindu, ia adalah Old Trafford - Ten Hag
Sehingga kini, Ten Hag masih lagi jelas tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana kelab.

Restoran kari kepala ikan terkenal terbakar
Ketika kejadian restoran tersebut tidak beroperasi kerana kebanyakan pekerjanya sedang bercuti dan kebakaran tidak melibatkan mangsa.
Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI & digital - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada masa sama menegaskan, umat Islam perlu menyeimbangkan kemajuan teknologi dengan nilai-nilai kemanusiaan, akhlak, dan ihsan, seperti yang ditekankan dalam gagasan MADANI.
The worker and the future of AI-powered work in Malaysia
AI adoption in Malaysia is accelerating, reshaping jobs and productivity. With Budget 2025’s RM60 million investment in AI, how can employees and businesses navigate this transformation while ensuring sustainable workforce growth?

PGA tumpas cubaan seludup 20 biri-biri di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan cubaan menyeludup 20 biri-biri seberat lebih 600 kilogram di Kampung Seri Merbau, Pasir Mas pada Sabtu lepas.
#AWANIByte: HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, Peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.
Dilengkapi dengan engsel berketepatan tinggi, peranti ini menawarkan lipatan fleksibel dan lancar, membolehkan pengguna menikmati paparan luas 10.2 inci untuk pengalaman kerja dan hiburan yang lebih imersif.
Mekanisme tri-lipat inovatif, dengan keupayaan lipatan ke dalam dan ke luar, menampilkan engsel berketepatan tinggi serta bahan bendalir bukan Newtonian, memastikan ketahanan dan fleksibiliti unggul. Dengan reka bentuk ultra nipis 3.6mm, peranti ini memberikan pengalaman penggunaan yang lebih selesa dan ringan.
Sistem kamera XMAGE Ultra Aperture dengan 10 tahap apertur memastikan rakaman berkualiti tinggi dalam pelbagai situasi, sementara ciri Speed Snapshot menangkap setiap detik tanpa lengah.
Pra-pesan kini sehingga 14 Mac pada harga RM14,999 dan nikmati Huawei 1-Year Screen Protection percuma bernilai RM3,999!
Dilengkapi dengan engsel berketepatan tinggi, peranti ini menawarkan lipatan fleksibel dan lancar, membolehkan pengguna menikmati paparan luas 10.2 inci untuk pengalaman kerja dan hiburan yang lebih imersif.
Mekanisme tri-lipat inovatif, dengan keupayaan lipatan ke dalam dan ke luar, menampilkan engsel berketepatan tinggi serta bahan bendalir bukan Newtonian, memastikan ketahanan dan fleksibiliti unggul. Dengan reka bentuk ultra nipis 3.6mm, peranti ini memberikan pengalaman penggunaan yang lebih selesa dan ringan.
Sistem kamera XMAGE Ultra Aperture dengan 10 tahap apertur memastikan rakaman berkualiti tinggi dalam pelbagai situasi, sementara ciri Speed Snapshot menangkap setiap detik tanpa lengah.
Pra-pesan kini sehingga 14 Mac pada harga RM14,999 dan nikmati Huawei 1-Year Screen Protection percuma bernilai RM3,999!

Penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak akan dilaksana secara berperingkat - Nancy
Penubuhan jabatan itu dianggarkan menelan belanja RM86 juta, dan sebahagian besar kos adalah untuk mengambil kakitangan baharu.