TUARAN: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah mengaktifkan Op Payung sebagai langkah siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam termasuk banjir sepanjang berlangsung peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang bermula hari ini hingga 29 Mac.
Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Mistirine Radin berkata, ini bagi memastikan peperiksaan awam itu berjalan lancar dan semua calon SPM dapat mendudukinya mengikut jadual.
Beliau berkata pihaknya telah menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang diedarkan kepada semua Pejabat Pendidikan Daerah serta sekolah di Sabah, memandangkan keadaan cuaca kini yang tidak menentu, dikhuatiri boleh menyebabkan bencana banjir serta tanah runtuh.
"Langkah kesiapsiagaan ini boleh digerakkan segera apabila diperlukan. Semua pegawai pendidikan daerah juga diarah mengaktifkan Jawatankuasa Keselamatan Peperiksaan Awam Daerah," katanya kepada pemberita selepas meninjau hari pertama SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tamparuli di sini, hari ini.
Seramai 39,250 calon SPM berdaftar di Sabah akan menduduki peperiksaan awam itu di 315 pusat disediakan di seluruh negeri yang dikendalikan oleh 4,650 petugas peperiksaan.
Mistirine berkata, pihaknya turut menyediakan SOP ketat sebagai usaha mengekang penularan jangkitan COVID-19 di pusat peperiksaan termasuk menyediakan bilik khas bagi menempatkan pelajar didapati bergejala, sebelum dihantar untuk perhatian lanjut petugas kesihatan.
Beliau berkata bilik gerakan peperiksaan juga telah diwujudkan di semua daerah yang antara lain akan memberi laporan harian terutama berkenaan kehadiran calon pada setiap sesi peperiksaan termasuk mereka yang dikuarantin atau berada di hospital.
"Laporan kehadiran calon menerusi e-Kehadiran akan diterima setiap pukul 4 petang. Laporan itu akan dianalisis untuk mengetahui jumlah calon yang sedang berada di hospital mahupun menjalani kuarantin," katanya.
Mistirine juga berkata mana-mana calon SPM di negeri itu yang disahkan positif COVID-19 dan tidak boleh menghadiri peperiksaan, dibenarkan membuat permohonan untuk menduduki peperiksaan berkenaan pada sidang kedua dijadual April ini.
Sementara itu Pengetua SMK Tamparuli Mozidah Hamzah berkata 297 calon menduduki peperiksaan SPM di sekolah berkenaan, dengan tiga pusat peperiksaan disediakan yang dikendalikan oleh 25 petugas.
Beliau berkata semua calon SPM yang menghadiri peperiksaan di sekolah itu pada hari ini berada dalam keadaan sihat, namun pihaknya merekodkan tiga calon disahkan positif COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 02 2022

Langkah berkenaan bagi memastikan peperiksaan awam itu berjalan lancar dan semua calon SPM dapat mendudukinya mengikut jadual. - Gambar hiasan

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.

Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan
Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.

38 calon SPM di Johor terkesan banjir
Daripada angka itu, seramai 21 orang calon SPM tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

KPM nafi dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024
Menurut KPM, siasatan terperinci telah selesai dijalankan, termasuk semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di media sosial.

Lebih 400,000 calon SPM duduki peperiksaan bertulis hari ini
Cuaca cerah pagi ini di kebanyakan negeri membantu melancarkan perjalanan calon untuk menghadiri ujian penting itu.

Peperiksaan SPM di Johor tetap ikut jadual 6 Januari depan
Seramai 49,980 calon di Johor akan duduki kertas peperiksaan Bahasa Inggeris kertas satu dan dua serta Tasawwur Islam pada Isnin depan.

SPM: 133 pusat peperiksaan alternatif di enam negeri berisiko banjir
Langkah tersebut antara mekanisme dan pelan integrasi bagi memastikan kesemua calon SPM di negeri berisiko banjir dapat menduduki peperiksaan.

Calon SPM berdepan masalah, maklum segera kepada sekolah, JPN
Wong berkata, pihaknya bersedia membantu calon-calon SPM dalam memastikan mereka tidak tercicir untuk mengambil peperiksaan.

Banjir: 'Anak-anak kita jauh lebih kental' - Fadhlina puji kehadiran calon SPM lebih 97 peratus
Peratusan kehadiran calon ujian bertutur Bahasa Melayu SPM di tiga negeri yang paling terjejas akibat banjir melepasi 97 peratus.