MELAKA: Jabatan Penjara bercadang untuk membina bangunan baharu bagi menggantikan bangunan lama berusia lebih 100 tahun yang dibina terutamanya pada era 1800an di beberapa negeri.
Pengarah Pengurusan Banduan Jabatan Penjara Komisioner Penjara Ajidin Salleh berkata cadangan itu melibatkan penjara Alor Setar, Pulau Pinang, Taiping, Batu Gajah dan Seremban berikutan struktur asal bangunan yang semakin usang dan tidak relevan dengan keadaan semasa.
"Kita melihat ada keperluan kerana penjara-penjara ini ada yang masih menggunakan 'Bucket System' iaitu bilik tahanan tidak mempunyai tandas dan kalau diikutkan dalam dunia moden ini reka bentuk seperti ini tiada lagi.
"Jadi kita akan mengusulkan perkara ini untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia akan datang supaya dapat digantikan penjara-penjara lama itu sama ada membina bangunan baharu di tapak lain atau sedia ada," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney 2021 di Telok Mas di sini hari ini.
Ajidin berkata Jabatan Penjara juga menyasarkan untuk memastikan penghuni Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney mempunyai sekurang-kurangnya satu sijil atau diploma setelah mereka bebas kelak.
Beliau berkata pihaknya juga menyediakan satu perancangan pemulihan untuk memastikan setiap daripada mereka dapat merancang masa depan sepanjang tempoh penahanan.
"Kita akan melihat apakah kecenderungan atau minat mereka dalam mana-mana bidang sama ada pendidikan atau kemahiran sebelum mereka dibantu sama ada mengikuti program sijil jangka pendek, program sijil bersama Sijil Kemahiran Malaysia atau diploma dan seterusnya di institusi pengajian tinggi (IPT).
"Seperti baru-baru ini, kita telah memeterai kerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah menaja 25 pesalah muda mengikuti Diploma Keusahawanan, selain kita juga mempunyai 50 penghuni melanjutkan pengajian di Asia College of Exercise Medicine (ACEM) dalam Diploma Exercise Medicine bagi kohort pertama.
Katanya, Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney seluruh negara merekodkan pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun apabila berjaya mencapai gred purata 4.57 iaitu di bawah Gred Purata Nasional 4.80.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 05 2022

Jabatan Penjara bercadang untuk membina bangunan baharu bagi menggantikan bangunan lama berusia lebih 100 tahun yang dibina terutamanya pada era 1800an di beberapa negeri.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Abdul Aziz dilantik Komisioner Jeneral Penjara baharu
Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional) Datuk Abdul Aziz Abdul Razak dilantik sebagai Komisioner Jeneral Penjara yang baharu.

Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.

Berkemampuan, disiplin tinggi pikat majikan gaji bekas banduan
Permintaan pekerja daripada golongan Orang Diparol dan Orang Bebas Berlesen di Melaka meningkat susulan kemampuan dan disiplin tinggi yang ditunjukkan mereka dalam pekerjaan.

LPP mahu perluas kerjasama dengan Jabatan Penjara dalam bidang penternakan
Lembaga Pertubuhan Peladang berhasrat memperluaskan lagi kerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia dalam membangunkan projek berkaitan aktiviti penternakan.

Jabatan Penjara tubuh lembaga siasatan kenal pasti punca kes banduan lari
Jabatan Penjara tidak akan berkompromi dan akan ambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuai atau tidak patuh prosedur semasa melaksanakan tugas.

Lapan penjara berusia lebih 100 tahun, usang dalam perancangan diganti bangunan baharu
Lapan penjara di negara ini yang dikenal pasti berusia lebih 100 tahun dan mempunyai bangunan lama serta usang dalam perancangan untuk digantikan dengan bangunan baharu secara berperingkat.

Peningkatan kes baharu dadah sebabkan kesesakan penjara
Jabatan Penjara mendedahkan berlaku kesesakan penjara di seluruh negara berikutan peningkatan kes baharu melibatkan dadah.

Ambil banduan bekerja, majikan bantu ubah masa depan
Peluang kedua bagi memperbaiki kesilapan dan mengubah masa depan dengan menawarkan pekerjaan kepada banduan memberikan seribu makna kepada golongan ini.

Aidilfitri: Keluarga dibenar lawat penghuni penjara pada raya ketiga, keempat
Keluarga penghuni penjara dibenar membuat lawatan sempena Aidilfitri tahun ini pada raya ketiga dan keempat.

Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas 27 dan 28 Dis
Keluarga kepada semua penghuni di bawah institusi Jabatan Penjara dibenarmembuat lawatan sempena perayaan Krismas pada 27 dan 28 Dis ini.