KUANTAN: Jabatan Perikanan Malaysia melancarkan kempen 'Laut Bebas Plastik' dalam usaha memastikan perairan negara ini bebas daripada bahan tersebut yang mampu menjejaskan jumlah dan kualiti tangkapan hasil laut nelayan.
Ketua Pengarahnya Mohd Sufian Sulaiman berkata usaha itu dilaksanakan dengan kerjasama agensi berkaitan termasuk Jabatan Alam Sekitar, pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan nelayan.
"Kita perlu menyelamatkan hidupan laut di perairan negara daripada memakan plastik yang dibuang ke laut kerana haiwan ini tidak hanya makan plastik besar tetapi juga mikroplastik.
"Apabila mikroplastik dihadam usus hidupan laut, rantaian terakhir ialah manusia yang akan memakannya yang dikhuatiri membawa kesan buruk kepada kesihatan untuk jangka masa panjang," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen itu di Pantai Sepat di sini hari ini.
Pada kempen itu, lebih 600 peserta daripada pelbagai agensi mengadakan aktviti berkaitan seperti gotong-royong membersihkan pantai dan penganjuran forum 'Laut Bebas Plastik' bagi memberi kesedaran berkaitan bahaya plastik kepada hidupan laut.
Mohd Sufian berkata, mereka juga akan merekodkan jumlah dan berat plastik yang dikumpul menerusi kempen yang dijalankan seluruh negara supaya data tepat berkaitan usaha pemuliharaan ekosistem laut dapat diketahui.
Beliau berkata data itu boleh dijadikan rujukan dalam usaha mencari pendekatan lebih berkesan bagi mengatasi masalah berkaitan pembuangan plastik di laut pada masa hadapan.
"Buat masa ini kita ada hampir 20,000 nelayan di seluruh negara yang dapat membantu kita mengumpul plastik yang dibuang di perairan negara.
"Kita juga akan pastikan mereka ini tidak membuang atau meninggalkan plastik di laut termasuk pukat dan tali yang digunakan ketika menangkap ikan kerana ini juga mengganggu ekosistem," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 19 2022
Manusia perlu menyelamatkan hidupan laut di perairan negara daripada memakan plastik yang dibuang ke laut. - Gambar hiasan/Unsplash
Kuaters KTMB, kereta, motosikal terbakar di Batu Gajah
Rumah kuaters tersebut yang musnah terbakar sebanyak 75 peratus, bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat 12,470 orang, penduduk di Bintulu masih fobia biarpun banjir sudah surut
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 12,470 orang membabitkan 3,618 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Jabatan Perikanan lancar kempen Laut Bebas Plastik
Usaha itu dilaksanakan dengan kerjasama agensi berkaitan termasuk Jabatan Alam Sekitar, pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan nelayan.