KUALA LUMPUR: Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang bermula Khamis sehingga 14 Ogos ini, bakal mengetengahkan galeri-galeri menarik dan inovasi mekanisasi sektor perikanan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.
Ketua Pengarah Perikanan Mohd Sufian Sulaiman berkata pihaknya menanti kunjungan orang ramai terutama pelajar sekolah ke Laman Agro-Food Pertanian, iaitu antara tarikan ialah Galeri Sea of Life yang memaparkan konsep pengurusan pelbagai ekosistem.
"Pameran Usaha Konservasi Perikanan seperti tukun, penyu dan spesies terancam merupakan antara aktiviti yang dirancang di dalam galeri ini, sebagai usaha menyebarkan kepentingan konservasi kepada orang ramai.
"Igloo Showcase yang diadakan di Galeri Sea of Life pula adalah aktiviti interaktif 3D (tiga dimensi) dasar laut yang akan memberi pengalaman istimewa kepada pengunjungnya," katanya kepada Bernama.
Selain itu katanya Galeri Inovasi Perikanan pula akan mempamerkan projek di bawah Program Mekanisasi dan Automasi yang bermatlamat memudahkan kerja nelayan khususnya dalam tangkapan kerang.
Beliau berkata 10 penciptaan baharu, antaranya Ergo Cockles Harvester dan Hydro Cockle Sorter akan diketengahkan dalam galeri tersebut.
Katanya, tangkapan kerang boleh mencapai berat ratusan kilogram serta melibatkan penggunaan tenaga kerja dan kekuatan fizikal yang tinggi, justeru penciptaan Ergo Cockles Harvester amat bertepatan untuk tujuan itu.
Sementara itu, mekanisasi Hydro Cockle Sorter yang dipasang di dalam sesebuah bot membolehkan proses pengasingan kerang terus dilakukan sekali gus memudahkan penjualan kerang.
"Lazimnya kerang hanya boleh diasingkan selepas nelayan naik ke darat dan itu menjadi pembaziran masa," katanya.
Galeri lain oleh Jabatan Perikanan ialah 'Tuna in the House', Dunia Santuari Ikan Sungai, Dunia Sains Akuatik, Perikanan Tangkapan, Teknologi Akuakultur, Ikan Hiasan, Penguatkuasaan, Aquarius, Sangkar Ikan Air Tawar myGAP, myAgroprenuer Muda dan DOF Showcase.
Laman Agro-Food Perikanan adalah satu daripada lapan laman pertanian iaitu Laman Padi, Laman Ternakan, Laman Herba dan Sayur, Laman Buah-Buahan, Laman Nanas, Laman Jentera dan Laman Florikultur yang akan mewarnai MAHA 2020 bertemakan 'Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan'.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 01 2022

Ronald Kiandee (kanan) melancarkan checkpoint kelima (Laman Perikanan) oleh Jabatan Perikanan pada Media Tour MAHA 2022 @ Road to MAHA Zon Tengah di Laman Tiba 1 MAEPS, hari ini. - Bernama

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

MAHA 2022 capai sasaran satu juta pengunjung - PM Ismail Sabri
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang akan berakhir esok berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung hari ini.

Nilai jualan Laman Ternakan MAHA 2022 melebihi sasaran
Sebagai penutup tirai Laman Ternakan, jualan lelong ayam serama akan diadakan di zon Avian Valley pada hari terakhir MAHA 2022, esok.

MAFI arah pengurusan MAHA 2022 henti operasi tunda kereta serta-merta
Pengunjung dinasihat untuk meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan bagi mengelak sebarang kesulitan kepada pengguna jalan raya.

MAHA 2022: 22 PKS tandatangani MoU RM451 juta, produk Malaysia bakal tembusi pasaran Asia Pasifik - Azmin
Tumpuan dagangan akan diberikan pada beberapa buah negara seperti China, Jepun dan Australia.

MAHA 2022: Lebih 20,000 pokok digunakan di Laman Florikultur
Lebih 20,000 pokok daripada 77 spesies bunga dan herba digunakan bagi menyerlahkan keindahan konsep Miracle Garden.

MAHA 2022: Rasai pengalaman menuai padi
Buat kali pertama, simulasi menuai padi akan ditonjolkan sebagai tarikan baharu di Laman Jentera pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang bermula esok hingga 1

KPN: Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia jadi platform pupuk semangat perpaduan
Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat antara matlamat Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN).

MAHA 2022 : Inovasi Pineapple Night Farming galak petani muda bercucuk tanam
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) mempromosikan daya kreativiti dalam penanaman nanas menerusi Pineapple Night Farming.

Ladang Didi & Friends menanti peminat di pameran MAHA 2022
Ladang Didi & Friends di MAHA 2022 dijangka memberi pengalaman berbeza buat peminat siri animasi berkenaan.

Anak pokok durian Musang King jadi tumpuan pengunjung MAHA 2022
Salah seorang pengusaha membawa lebih 50 jenis anak pokok durian dan yang menjadi perhatian pengunjung adalah anak pokok Musang King Raub.